Posts

Showing posts from November, 2008

Sumbangan .

Image
Susulan dari berita : http://speckmata.blogspot.com/2008/11/pekerja-sambilan-mangsa-rompakan-di.html

Sumbangan boleh dibuat :
Pn.Narjes binti Mokhtar (isteri arwah)
Bank : Bank Muamalat / No. akaun : 0804-0026888-72-8
Rumah beliau di Bandar Meru Raya, Ipoh..

Pekerja sambilan mangsa rompakan di stesen minyak

Image
IPOH: Seorang Pembantu Pentadbir Jabatan Agama Islam Perak yang bekerja sambilan sebagai juruwang di stesen minyak Petronas di Jalan Kuala Kangsar di sini, mati ditetak dalam satu rompakan di stesen minyak itu, pagi semalam. Dalam kejadian jam 6.50 pagi itu, Mohd Khairuddin Mohamed Isa, 42, dari Chemor mati di tempat kejadian selepas pendarahan serius di kepala.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisoner Azisman Alias, berkata sebelum kejadian itu, empat suspek yang menaiki sebuah kereta Proton Iswara datang ke stesen minyak untuk mengisi minyak. "Bagaimanapun, dua daripada mereka masing-masing bersenjatakan parang keluar dari kenderaan dan memasuki premis itu sebelum menghampiri mangsa yang berada di kaunter pembayaran. "Dua suspek terbabit dipercayai mengugut sebelum menetak kepala mangsa dan melarikan wang tunai berjumlah hampir RM1,000," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Beliau berkata, pada masa sama, seorang wanita berusia 30 tahun yang juga pekerja di st…

Lagak samseng bawa padah

Image
KUALA LUMPUR: Lagak samseng jalanan yang cuba ditunjukkan lima sekawan ketika jalan sesak akibat satu kemalangan maut di Jalan Loke Yew akhirnya membawa padah apabila mereka dibelasah orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, lima rakan terbabit masing-masing tiga lelaki dan dua wanita yang menaiki Proton Iswara hitam melalui Jalan Loke Yew yang kebetulan ketika itu berlaku satu kemalangan maut hingga menyebabkan kesesakan jalan.Difahamkan, pemandu kereta berkenaan cuba menunjukkan rasa tidak puas hatinya dengan membunyikan hon dan memandu secara bahaya hingga terlanggar sebuah kenderaan di hadapan.Tindakannya itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang kebetulan sedang menyaksikan kemalangan terbabit. Pemandu kereta yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya bersama empat rakannya itu menjadi mangsa amukan orang ramai apabila kenderaan mereka dikerumuni sebelum cermin belakang kereta itu dipecahkan. Mereka da…

Iklan lampu

Kalau bercerita tentang hantu diwaktu siang memang tak menakutkan. Waktu malam?
Iklan lampu dari Thailand ni lucu. Satu keluarga sedang makan malam diwaktu malam . Dengan kecerahan lampu segala hantu-hantu dapat dilihat.
Tapi bila lampu ditutup.................

Obama menang . Apa yang di harapkan?

Image
UKIRAN menggunakan pasir yang dihasilkan oleh Sudarshan Pattnaik di pantai Puri, India hari ini, tertera ucapan tahniah kepada Senator Barack Obama yang dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat WASHINGTON: Senator Barack Obama mencipta sejarah bergaya dengan memenangi pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) manakala Iran - negara yang pernah dilabelkan oleh Washington sebagai paksi jahat menyifatkan kejayaan senator itu sebagai "peluang dan ujian."
"Pemilihan Obama mengatasi (calon Republikan) John McCain adalah positif," kata Ahli Parlimen Iran terkemuka, Hamid Reza Babai semalam. "Obama telah menjanjikan perubahan dan perkembangan ini adalah peluang dan ujian bagi Amerika Syarikat," katanya.
"Kami menunggu untuk melihat perubahan," kata Hamid Reza. Kata beliau, sepanjang lapan tahun lalu Presiden George W. Bush telah mencetuskan persekitaran menentang AS di seluruh dunia dengan pendekatan ketenteraan dan krisis kewangan.
Obama, 47, turun gelanggan…

Kita dan larangan

Image
Manusia. makin dilarang makin nak dibuatnya. Satu permandangan biasa di Pantai Telok Air Molek ( Pantai Robina).

Asal usul tayar.

Image
Kalau ke Kuala Kangsar Jangan lupa ke tempat letaknya pokok getah yang pertama ditanam di Malaysia.
Bila duduk kat situ cuba bayangkan suasana semasa pokok ini di tanam. Bagaimana keadaan orangnya, pakaiannya, percakapannya , macam-macam lagilah. Agaknya disinilah "moyang" tayar kenderaan bermula. "Pada hari ini dalam tahun 1877, pokok-pokok getah Hevea Brasiliensis yang pertama telah ditanam di Kuala Kangsar, Perak oleh H.J. Murton, Penguasa Botanical Gardens, Singapura. Sebanyak 9 biji benih getah Hevea Brasiliensis telah ditanam di halaman rumah Residen British Perak, Sir Hugh Low. Bermula dari itu, penanaman pokok getah terus berkembang dan sehingga kini dianggarkan tanaman getah negara meliputi kawasan seluas 1.7 juta hektar. Bekalan yang pertama sebanyak 50 biji benih pokok dari Sri Lanka telah dihantar ke Singapura tetapi disebabkan oleh kelambatan di dermaga, usaha ini telah menemui kegagalan. Bekalan kedua sebanyak 22 biji getah telah dihantar dari Taman Kew, Engl…

2,000 maut ditelan pasir jerlus

Image
Tragedi pada 7 Jun 1962 lenyapkan satu pertiga daripada pekan Port Royal di Jamaica SEKITAR jam 11.40 pagi pada 7 Jun 1692, bandar pelabuhan Port Royal di Jamaica tiba-tiba dilanda gegaran teramat kuat. Selepas gegaran itu berhenti, bandar berkenaan mula tenggelam ke dalam tanah sehingga menyebabkan satu pertiga kawasan kotanya lenyap dan 2,000 penduduknya hilang ditelan pasir jerlus. Tragedi menggemparkan itu diceritakan saksi, Sir Hans Sloane: “Gegaran teramat kuat itu menenggelamkan sembilan hingga 10 kawasan pekan Port Royal dalam masa dua minit manakala bangunan di tepi dermaga pula tenggelam dalam masa kurang seminit.”
Lebih menakutkan adalah dalam tempoh singkat juga, pasir jerlus dahsyat itu menelan ribuan penduduk bandar berkenaan dan kejadian menyeramkan itu digambarkan seorang saksi lain: “Gegaran dahsyatnya menyebabkan pasir merekah dan penduduk mula ‘ditelan’ ke dalamnya.”
Bencana di Port Royal pada 1692 itu terus dikenang sebagai tragedi pasir jerlus paling dahsyat dalam …