Surat dari Gaza

Surat dari Ummi Taqi dari Gaza
Selasa, 20 Januari 2009

Kepada saudari/saudari, izinkan saya mengambil kesempatan ini utk menyampaikan berita daripada saudara seagama sekelian yang berada di Gaza kini. Tolonglah ketahui dan sebarkan situasi sebenar yang berlaku di sini kepada orang yang anda kenali atau tidak kenali.

Semasa rejim zionis menyerang kami pada 27hb Disember 2008, mereka bukan sahaja menyerang Hamas, atau penduduk Muslim di Gaza, mereka juga menyerang seluruh umat Islam di dunia. Mereka menyerang Islam dengan harapan bahawa mereka akan dapat melemahkan dan membinasakan seluruh umat Nabi Muhammad SAW.

Dan mereka tidak akan berhenti setakat itu sahaja. Mereka ingin menawan Al Aqsa, mereka menginginkan Tebing Barat Gaza, dan percayalah, mereka menginginkan seluruh Timur Tengah jatuh ke tangan mereka.Tetapi Insyaallah, mereka tidak akan berjaya dan mereka tidak akan dapat memadamkan sinar cahaya ALLAH SWT.

Keadaan kami disini memang tersangat daif, tetapi keimanan kami masih kuat. Alhamdulillah, kami masih hidup , walaupun kami tidak mempunyai bekalan air contohnya, kalau ada pun, ianya sudahpun tercemar ataupun berkuman penyakit.Kami tidak mempunyai duit untuk membeli air mineral. Apabila ada yang mempunyai wang untuk membeli air, mereka kata terlalu merbahaya untuk pergi keluar mendapatkan bekalan air. Kami tidak mempunyai gas untuk memasak sejak lebih daripada 4 bulan yang lalu.

Kami hanya memasak sedikit makanan menggunakan bahan api kayu sahaja.Suami kami semuanya telah kehilangan pekerjaan. Suami saya akan menghabiskan masanya keluar sehari suntuk hanya untuk mendapatkan bekalan air. Selalunya dia pulang dengan tangan kosong. Tidak ada sekolah, tidak ada bank untuk kami keluarkan duit. Hanya sedikit sahaja hospital untuk merawat mereka yang tercedera. Kami senantiasa mengetahui tentang bahaya yang menimpa samada kami berada di dalam rumah atau pun keluar rumah.

Mereka mengeluarkan perintah berkurung daripada pukul 1-4pm. Kami boleh keluar dengan selamat untuk mendapatkan bahan bekalan kata mereka, tetapi itu semua hanyalah tipu semata-mata. Mereka menggunakan peluang ini untuk menambahkan lagi ahli shuhadaa ke dalam senarai mereka.Kami hanya makan sekali nasi atau roti selang berganti hari. Daging dan susu hanyalah barang kemewahan.

Mereka menggunakan senjata kimia di kawasan sempadan . Mereka bukan setakat membunuh kami menggunakan peluru, kereta kebal dan B52, tetapi mereka juga membunuh kami perlahan-lahan dengan membuatkan anak=anak kami mati kebuluran, menyebabkan kami mengalami penyakit yang tidak terucap bentuk dan kesengsaraannya akibat senjata kimia. Dan mereka hanya akan ketawa melihat kesan kesangsaraan yang kami hadapi.Kami telah diberitahu bahawa masyarakat dunia telah menganjurkan demonstrasi.

Mashaallah , kami amat menghargai dan merasakan bahawa kami tidak keseorangan dalam perjuangan ini.Akan tetapi dimanakah tentera Islam, Di manakah pemimpin yang betul-betul berjuang untuk menyelamatkan kami dari dibunuh? Dimanakah tentera Salahudeen Ayubi?Jangan diharap kepada UN, mereka mengiktiraf Israel pada 1949 dan meletakkan keadaan kami seperti yang ada sekarang ini.

Jangan diharap kepada Amerika atau Britain, bukankah mereka yang menawan Iraq dan Afghanistan. Panggillah tentera di Mesir Syria, Turki, Saudi Arabia, Pakistan, Bangladesh, di Negara Teluk, di Indonesia dan Libya, di manakah mereka? Adakah mereka berpuas hati dengan hanya menonton kaum wanita menangis semasa mengkebumikan anak-anak mereka ?

Adakah laungan saudara sesesama Islam tidak dipedulikan? Bukankah kami juga berhak untuk makan dan minum dalam keadaan yang selamat? Bukankah kami juga berhak untuk ketawa dan mempunyai harapan untuk hidup?Ya, kami juga sudah penat. Apabila sahaja kami mendengar bunyi roket dan bedilan bom dan kapalterbang yang terbang rendah di atas bumbung rumah kami, saya menjerit ketakutan bersama anak kecil dan suami saya tidak dapat berbuat apa-apa.Kaum lelaki mesti tahu bagaimana perasaan hampa dan tidak berguna apabila tidak dapat menyelamatkan keluarganya dari terus dihimpit kesusahan.

Ianya mematikan sesuatu dalam diri seseorang itu. Kami selalu tertanya-tanya, bilakah kami akan akhirnya menjual tanah kami dengan harga murah. Apakah setelah beribu-ribu kematian? Kami akan menunggu sehingga tiba masanya. Pihak Israel telah pun membina penempatan mereka di Gaza. Dan beginilah nasib yang menimpa kami.Dengan segala kesengsaraan ini harapan kami hanyalah pada ALLAH SWT yang akan menyelamatkan kami.

Janganlah melupai kami, kerana hanya anda sahajalah yang kami ada sekarang. Segala sedekah dan bantuan yang dihantar tidak sampai kepada kami. Apabila mereka membuka pintu sempadan hanya segelintir sahaja yang boleh masuk menggadaikan nyawa hanya untuk mendapatkan bekalan makanan. Mereka akan membunuh sesiapa sahaja walaupun kanak-kanak umur 5 tahun yang membawa makanan untuk keluarganya. Teruskanlah perjuangan untuk ALLAH SWT dan doakanlah agar kemenangan akan datang akhirnya untuk menyelamatkan umat Islam, Insyallah.Semoga Allah SWT senantiasa memperkukuhkan keimanan kami samada di masa susah atau senang.

Ya Allah, berikanlah kami kemenangan yang akan menyinarkan kegemilangan Islam di mana saja kami berada, Ya Allah, hantarkan kami anak Salahudeen, tentera Islam yang akan menyelamatkan umah Nabi Muhammad SAW daripada terus ditindas di bumi kami tinggal. Ya Allah, lindungilah anak-anak kami dan hapuskanlah rejim zionis dari bumi kami. Ya Allah, bersaksikanlah hari ini pemimpin yang ada di kalangan kami sekarang , Kami berdoa agar di kembalikan pemimpin sebenar kami, Ya Khalifah, tidak lama lagi.

Amin.والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saudari anda, ummi Taqi

www.Muslimways.com

Best job in the world

Kerja lepak berbayar. Berminat sila buat permohonan sebelum Feruary 2009.


Australia offers 'best job in world' on paradise island
.
SYDNEY (AFP) An Australian state is offering internationally what it calls "the best job in the world" earning a top salary for lazing around a beautiful tropical island for six months.
The job pays 150,000 Australian dollars (105,000 US dollars) and includes free airfares from the winner's home country to Hamilton Island on the Great Barrier Reef, Queensland's state government announced on Tuesday.
In return, the "island caretaker" will be expected to stroll the white sands, snorkel the reef, take care of "a few minor tasks" and report to a global audience via weekly blogs, photo diaries and video updates.The successful applicant, who will stay rent-free in a three-bedroom beach home complete with plunge pool and golf buggy, must be a good swimmer, excellent communicator and be able to speak and write English.
"They'll also have to talk to media from time to time about what they're doing so they can't be too shy and they'll have to love the sea, the sun, the outdoors," said acting state Premier Paul Lucas."The fact that they will be paid to explore the islands of the Great Barrier Reef, swim, snorkel and generally live the Queensland lifestyle makes this undoubtedly the best job in the world."
Lucas said the campaign was part of a drive to protect the state's 18 billion Australian dollar a year tourism industry during the tough economic climate caused by the global financial meltdown."Traditional tourism advertising just doesn't cut it sometimes and we are thinking outside the box by launching this campaign."
Queensland Tourism Minister Desley Boyle said some people might question whether it was risky to let an unknown person become an unofficial tourism spokesperson for the state."I think the biggest risk will be that the successful candidate won't want to go home at the end of the six months," she said."This is a legitimate job which is open to anyone and everyone."Applications are open until February 22.
Eleven shortlisted candidates will be flown to Hamilton Island in early May for the final selection process and the six month contract will commence on July 1.
Job-seekers can apply on .
Islandreefjob.com

Kartun@Cartoon




(1) Kebanyakan kartun membuatkan kita ketawa. Dengan hanya satu lakaran atau sketsa mampu mengeletek kita.

(2) Seorang kartunis yang peka dengan keadaan semasa tidak hanya melakarkan kartun yang mengelek hati tapi membuat pembaca@penonton terasa percikannya malah kadang-kadang terasa disindir.




Photo dari sana.

Menangis menahan kesakitan
Kesakitan

Kematian

Israel killed on Monday, January 5, nine Gazan children, adding to the scores of kids killed and injured since it began the bloody offensive on the besieged Gaza Strip ten days ago. Three children were killed by an Israeli tank shell in their home in the eastern Gaza's Zeitoun neighborhood, while five more were killed along with their father and mother by an Israeli Navy strike in Gaza's Shati' refugee camp.
**********************************************************************************

Mat Rempit bunuh seorang ayah dan anak yang berusia 3 tahun.

Dugaan isteri dalam pantang

Oleh Zulfa Mohamadzulfa@hmetro.com.my
KEPALA BATAS:
Tiada berita paling memeritkan bagi seorang isteri yang masih dalam pantang apabila kehilangan suami dan anak sulung secara serentak selepas mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Permatang Tok Gelam, dekat sini, malam kelmarin.Lebih menyedihkan, Marsita Lope, 34, terpaksa menjadi ibu dan 'bapa' kepada bayi lelakinya, Mohd Adib Khusyairi yang baru berusia 34 hari dan belum mengenal bapanya.Suami Marsita, Mohd Rizal Shaari, 33, dan anak sulungnya, Nurul Fatin Hafiyah, 3, maut akibat cedera parah di kepala selepas motosikal mereka bertembung dengan sebuah motosikal lain dipercayai ditunggang 'Mat Rempit' yang sedang dalam perjalanan mahu menyambut tahun baru.

Sebelum kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, Mohd Rizal menunggang motosikal Modenas Kriss bersama anak sulungnya untuk memaklumkan berita mengenai kematian saudaranya kepada ahli keluarga lain.

**************
Al Fatihah

Selamat Datang 2009 , Selamat Tinggal 2008


Agak lama saya tidak mengemas kini blog ni. Ada beberapa sebab . Antaranya kerosakan talian talifon dan sreamyx di rumah dan kesibukan bekerja .


Pejam celik dah sampai ke 2009. Masih ingat lagi sewaktu menyambut 2008 dulu.. terasa 2007 sekejap saja. Begitu jugak dengan 2008. Adakah selepas ni 2009 juga terasa sekejap?.


2008 kita tinggalkan dengan peristiwa keganasan Israel.


Mari kita melawat laman yang memaparkan kanak-kanak yang menjadi korban pengganas Israel yang disokong oleh pengganas US.

http://www.islamonline.net/English/In_Depth/GazaHolocaustMuseum/index.shtml

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...