Ramadhan pertama

Pada hari Sabtu yang lepas bila umat Islam menjalani ibadah puasa, Ain telah berjaya menghabiskan puasa pada hari pertama. Itu pun hampir-hampir tewas pada masa-masa terakhir.
Masa diisi dengan mencari mimpi yang indah..tapi tak menjadi ..

Selamat menyambut Bulan Ramadhan


Hari ini umat Islam di Malaysia bermula berpuasa di bulan Ramadhan .
Selamat Menyambut bulan Ramadhan.

Gambar lama

Gambar Pulau Pinang dulu-dulu
Tempat menunggu feri, Bahagian atas tu dah runtuh dalam satu peristiwa runtuhan tahun 80an

Feri . Sekali tengok macam filem Public Enemy la pulak heheheh

Gambar last ni special sikit sebab gambar kampung aku, Sungai Acheh.. gambar ni aku ambil dari blog Perpustakaan Desa Sungai Acheh ( http://pdsungaiacheh.blogspot.com/)





Nama kain




Bagi kaum lelaki ada yangtak kenal ikan laut..dan ada yang tak kenal nama -nama kain..Macam aku tak kisah nama-nama kain ni..kalau pi beli bayar ( tak boleh beli belah saja kena bayar) kain-kain pakaian perempuan ni ..sambil memantau pergerakkan anak-anak, aku tengok-tengok nama-nama kain .

Nama nama kain ni ikut kepopularan semasa.. Kalau dulu waktu Malaysia hantar ankasawan ..nama kain angkasawan pun ada..

Terbaru aku tengok nama kain Exora ..Tak tau lah aku kain ni Auto atau Manual..

Wabak H1N1


Sumber: Malaysiakini

H1N1: 10 di ICU, tiga risiko tinggi
Aug 4, 09 2:46pm

Tiga daripada 10 orang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan selesema A (H1N1) berisiko kerana masing-masing mengalami masalah obesiti, baru lepas bersalin dan imuniti rendah.

Bagi 14 kes terbaru, satu termasuk dalam angka mereka yang dirawat di ICU, kata Timbalan Perdana Menteri Tan SriMuhyiddin Yassin."Jumlah kes terkumpul kes influenza A (H1N1) di Malaysia setakat 8 pagi hari ini ialah 1,460 kes dengan jumlah kematian lapan orang," katanya.

Daripada 1,460 kes itu, 886 daripadanya jangkitan tempatan, katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik H1N1 di Putrajaya hari ini.

Daripada jumlah itu, 1,410 kes telah sembuh dan hanya 27 kes sedang menerima rawatan antivirus di hospital termasuk di ICU, manakala 23 lagi dirawat di rumah.

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...