Pusat Dirasat Al Quran dan Tahfiz

Beberpa minggu lepas aku dengan beberapa kawan ke Batu Kurau untuk melawat ke Pusat Dirasat Al Quran dan Tahfiz. Ianya terletak di Kampung Sempeneh.
Sebut Batu Kurau memang dalam kepala dok ingat durian dan sememangnya banyak durian . Kena pulak waktu kami pergi tu musim baru bermula.
Kami berjumpa dengan En. Mohd Noor bin Haji Musa yang menguruskan Pusat Tahfiz ni. Banyak juagk yang dibualkan dengan kami ..salah satunya dia pun tak setuju dengan "Pusat-Pusat pengajian Tahfiz" yang menggunakan kanak-kanak mengutip derma. Secara tidak langsung akan menjejaskan nama-nama Pusat Tahfiz yang ada.
Siap beliau nagitau kalau ada sapa-sapa nampak logo Pusat ini mengutip derma menggunakan kanak-kanak . call dia .


Terdpat sebuah surau yang dalam pembinaan sesiapa yang nak menderma boleh lah menghubungi En. Mohd Noor.


En Mohd Noor bin Haji Musa.(019-4616355)
Akaun Bank Islam - 08-040--01002709-4 atas nama Pusat Dirasat Al Quran dan Tahfiz.




Pengurangan subsidi , peyelarasan harga dan harga baru

Ada kawan perasan yang dalam tajuk akhbar hari ni tak ada satu perkataan pun " NAIK" . Semuanya hanya tertera pengurangan subsidi dan penyelarasan harga.

Semua dah tahu bahwa harga bahan api dan gula telah dikurangkan subsidi oleh kerajaan. Gula telah dinaikan sebanyak 25 sen
dan seperti biasa peniaga dan penjual diberi amaran supaya tidak menaikkan harga . Tapi biasalah.. amaran tu amaran juga.. naik pun naik juga...
Lagi satu kenaikan harga gula ni adalah untuk membantu rakyat Malaysia supaya hidup dengan gaya sihat. Punyalah manja rakyat Malaysia sebab untuk gaya sihat pun kerajaan terpaksa menaikkan harga gula .. Kerajaan mahukan rakyatnya sihat .. jadi jangan komplen mengenai harga baru gula ni.
Harga minyak pula .. harga kita masih lagi rendah berbanding dengan harga jiran-jiran kita . Cuma ada kawan tanya ..awat tak banding harga kereta di negara kita jiran kita?.

Lama dah tak post ..

Lama dah aku tak update blog yang hanpir-hampir bersawang ni.. . Masalah ni jugak dihadapi oleh member-member yang lain .. tak update blog ... Satu saja alasan..: TAK DAN ( tak sempat). Masa buat blog dulu alasan ni tak nampak sangat. Orang buat blog ...kita pun buat blog.. orang update blog ... kita ..?????.(kita disini maksudnya aku la).

Piala Dunia atau World Cup dah habis.. hanya tinggal memori daun pisang saja. Memori berjaga malam, berkumpul di kedai mamak, memori kutuk-mengutuk ( secara bergurau) , memori beli jersey, memori dimana muka belakang akhbar menjadi muka hadapan.., dan tidak ketinggalan memori sotong Paul.

Tak lama lagi Ramadhan menjelma, sekali lagi kita digamit memori. Selalunya bermula Ramadhan sehingga Aidil Fitri, kita selalu teringat berpuasa dan berbuka sewaktu budak-budak . Hari raya walaupun ada orang kata hanya untuk kanak-kanak, tetapi bagi perantau ianya memang menyahdukan..

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...