Kisah Saya- Saudara Baru

 Aku baru saja selesai baca buku ni KISAH SAYA -SAUDARA BARU, hasil pengalaman Puan Nuraisyah Chau Abdullah. Kisah Nuraisyah ni aku pernah dengar dalam radio IKIM. menarik juga pengalaman dia dari sebelum memeluk Islam sampailah ke alam perkhawinan,

Rintangan semasa dia dalam proses pembelajaran Islam memang banyak. Dengan kawan-kawan di universiti yang ada kurang memberi sokongan dengan keluarga Cinanya yang kurang memahami dengan Islam.
Banyak benda yang dia bangkitkan tentang sikap orang kita terhadap saudara baru. Pandangan dia tentang orang Melayu yang seolah-olah "memaksa" saudara baru menjadi orang Melayu..macam pakai kain sarong. Keluarganya menentang dia memeluk agama islam kerana takut akan berkhawin dengan orang Melayu tapi dengan kedatangan rakan-rakan saudara baru dia ke rumah membuatkan mak dia terbuka bahawa Islam bukan hanya untuk orang Melayu.

Jalan-Jalan masuk kampung

Pada 20 Ogos 2011, aku ikut geng Warga Kilang pi jalan-jalan masuk kampung di Gulau, Belantik, Nami di Sik. Aku agak-agak adala 40 biji kereta campur dengan MPV dengan 4WD yang ikut serta dalam program ni. Siap dengan security lagi jaga jalan untuk melancarkan perjalanan konvoi.

Kanak-kanak yang seronok bila dapat soft  toy yang dibawa.
Tengah tengok anak patung yang dihadiahkan.
Hensem anak Che Ros ni. Kerja kampung ,bersekolah setakat darjah 6 saja disebabkan kemiskinan. Che Ros hanya seorang peraut buluh untuk dijual.

Kebanyakan remaja lelaki ni bersekolah setakat sekolah rendah saja lepas tu depa kerja untuk membantu keluarga. Kebanyakkan ayah atau mak kerja sebagai penoreh getah yang rata-rata pendapatan sekitar 200-400 ringgit.

Banyak aku tanya soalan kat budak ni tapi dia senyum saja.


Seorang anak yatim .Menyambut Hari raya buat kali pertama tanpa ayah.Ayah telah meninggal empat bulan yang lepas . Mak kerja penoreh getah.
Pertanyaan .. adakah kanak-kanak ni akan mewarisi kemiskinan ayah dan ibu mereka?.Ada tak perancangan untuk mereka memperbaiki taraf kehidupan mereka?. Adakah program yang banyak di lancarkan oleh pihak-pihak tertentu tak sampai kepada mereka?. Usahkan program laptop 1Malaysia, pakaian sekolah pun belum tentu lagi boleh bertukar....Entahlah..


Ditahan sewaktu menjual

KAKITANGAN JKM (kanan) mengiringi seorang jurujual wanita dan lelaki yang mengaku guru asrama anak yatim untuk disiasat selepas ditahan di Ayer Keroh, Melaka semalam.


MELAKA - Empat guru asrama anak-anak yatim sebuah pusat tahfiz ditahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semalam apabila didapati menjual barangan menggunakan nama pusat berkenaan bagi meraih simpati orang ramai.

Penolong Pengarah Bahagian Kanak-kanak JKM negeri, Saidatul Aini Jafri berkata, tiga lelaki dan seorang perempuan berusia antara 25 hingga 29 tahun yang mendakwa guru dari pusat berkenaan yang terletak di Kedah ditahan ketika menjual pelekat ayat-ayat al-Quran, cakera padat, tisu dan madu kepada orang ramai.


"Mereka ditahan dalam operasi bersepadu JKM bersama-sama Jabatan Agama Islam Melaka, polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Operasi dijalankan setelah menerima banyak rungutan daripada orang ramai mengenai banyak kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti sebegini," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Saidatul Aini berkata, operasi di 15 lokasi sekitar bandar Melaka dan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh itu berjaya menahan keempat-empat individu terbabit ketika sedang melakukan jualan.
*********************************************************************************
Perkara ni dah lama berlaku .. Dulu dah berlaku dah..lepas tu senyap sekejap. Sekarang ada balik.  Masa di Taiping hari tu kat perhentian Semanggol Arah Selatan ada, kat stesyen minyak Kemunting pun ada. Kesian kat budak-budak tu .. Kadang-kadang malu-malu nak menjual kat kita.
 
Aku dengan kawan pernah jugak pi cari sekolah tahfiz di Simpang Empat Kangkung... tapi tak jumpa ..atau pun kami yang sesat..

Ijaz Ahmed datang ke Bertam Indah


"Man, satgi ada lelaki tertinggi di dunia mai masjid Bertam lepas asaq". kawan aku bagi tau petang 5 Ogos 2011. Masjid Bertam Indah, Kepala Batas ni memang penuh dengan aktiviti. Lepas kuliah asar, ramai yang bergambar dengan dia.  ketinggian Ahmed ni 2.38m.

Ijaz Ahmed ni mengalami masalah tulang dan hormon. Sesiapa yang bergambar dengan dia memberi sumbangan kat dia untuk perbelanjaan perubatan.


Ijaz Ahmed (also known as Ajaz Ahmed, born 1976) is a Pakistani farmer, claiming to be the world's second tallest living person. He hails from Bakkhar village in Daryakhan, Punjab, and claims to be 8 feet and 4 inches. (254cm). Ijaz Ahmed is a victim of hormonal disfunction. He suffers from an orthopaedic problem that afflicted his right leg after he underwent surgery for a hip-bone fracture. Being a farmer from a rural family, he came to the notice of a Pakistani social worker, Talat Mehmood, who helped him get in touch with Qamruddin Ansari, the manager for Ghulam Shabbir, a former holder of the Guinness Record for the biggest shoe size, and the late Alam Channa, the world's tallest man at the time.

sumber :http://www.thetallestman.com/ajazahmed.htm

Datuk Bandar Lithuanian langgar Mercedes dengan kereta kebal


Seorang datuk bandar Eropah Timur kecewa dengan orang ramai yang meletakkan kereta mewah mereka di lorong-lorong basikal secara haram di bandarnya telah menaiki sebuah kereta kebal untuk memastikan mesejnya didengar dengan “kuat dan jelas.”


Arturas Zuokas, datuk bandar Vilnius, ibu kota Lithuania, telah mengeluarkan satu rakaman video yang menampilkan dirinya di tempat kawalan sebuah kereta kebal lapan roda menggelek dan menghancurkan sebuah kereta Mercedes Benz yang diletakkan secara haram di lorong basikal.

Apabila pemilik kereta keluar daripada sebuah kedai dan melihat kerosakan yang berlaku, Zuokas menjabat tangan pemilik tersebut dan memberitahunya, “Lain masa,letakkan kereta anda secara sah.”

“Datuk bandar Zuokas inginkan mesejnya terang dan jelas menyatakan bahawa bandar itu tidak akan bersabar dengan tingkah laku biadab dan tidak tahu malu oleh pemandu yang tidak mematuhi peraturan meletakkan kereta.” jurucakap Zuokas, Irma Juskenaite memberitahu U.K Guardian.

“Datuk bandar berharap dia tidak perlu lagi mengulangi ‘persembahannya’ supaya semua pemandu mengendahkan mesejnya, walaupun dia mengatakan yang dia bersedia untuk berbuat demikian,” katanya.
Irma menambah bahawa kereta mewah itu dibeli khusus untuk ‘persembahan’ itu. 
 
*********************************************************************************
Kat Malaysia bila agaknya nak buat macam ni?. Tapi kat sini parking tak pernah cukup.

Selamat Menyambut bulan Ramadhan

  
Ramadhan datang lagi. Dengan tiba-tiba sahaja kita menjadi seorang yang kuat makan. Kita boleh tengok di pasar-pasar Ramadhan waktu petang , tangan mempunyai sepuluh jari dan kita gunakan sepuluh jari itu untuk menyangkut beg plastik yang mengandungi, ayan percik, gulai daging batang pisang, kuih, buah tembikai, air tebu, murtabak ( telur telah dibasuh) dan macam-macam lagi.

Tapi bila dah berbuka .. kita makan hanya beberapa jenis saja . yang lain?. Juadah yang lain kita makan selepas solat terawih.

Apa-apa pun bulan puasa ni bulan untuk kita mendidik diri dan peribadi . Dan bulan Ramadhan ni bulan yang cukup sesuai untuk mendidik diri dari berhenti merokok.

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...