Dia , Proton Waja dan surat khabar

Kadang kala setiap pagi aku ke kedai "uncle Inskandar" untuk mengambil dua surat akhbar ,Berita Harian dan Star yang dilanggan oleh pejabat.

Kadang-kala aku terserempak dengan dia di kedai uncle tu. Selalunya kedatangan dia diiringi oleh bunyian hon dari kereta Waja yang dipandunya. Sebenarnya tak ada apa-apa yang menarik tentang dia dan Proton Wajanya cuma aku tertarik dengan cara dia membeli surat khabar di kedai tu.

Aku selalunya 'parking" agak jauh dari kedai. Kiranya dapat jugak bersenaman berjalan dari kereta ke kedai surat khabar tu . Pagi-pagi  hari bekerja memang tak sempat bersenaman. Jadi dengan cara begitu dapat jugak bersenam.

Cara dia dengan memberi hon dahulu sebelum sampai di hadapan kedai tanda dia dah datang. Kemudian "parking " di hadapan kedai. betul-betul di hadapan kedai . Kalau ada kenderaan lain dihadapan kedai lagilah haru. Bunyi hon bertalu-talu. Dia bunyikan hon sebab nak suruh pekerja di kedai bawa surat khabar terus kepada dia tanpa dia turun dari kereta . Kalau pekerja lambat bawa surat khabar maka hon pun berbunyiiiii.

Mungkin dia ada sebab tersendiri bila buat macam tu. Cuma aku kesian kan dia sebab tak ambil kesempatan waktu membeli surat khabar untuk bersenam. 

Kisah di kedai makan simpang ke Lahar Kepar

Semangat untuk berniaga rasanya ada pada semua orang. Tambahan pula bila kerja "makan gaji" dengan orang lain dirasakan tidak lagi enjoy atau tidak membawa perubahan pada diri sendiri.
Perasaan kemuncak untuk memulakan perniagaaan sendiri memuncak bila membaca buku atau mendengar sesi seminar mengenai perniagaan ( aku salah seorang dari orang itu).

Baru-baru ni, seperti biasa sebelum ke pejabat, aku bersarapan jauh dari pekan Kepala Batas,maksudnya tak lah jauh sangat bila hanya bersarapan di Lahar kepar. Sarapan bersama penduduk yang bekerja di sawah, para tok wan yang menghantar cucu ke tadika memang menenangkan perasaan. Walaupun mereka tidak berbual dengan aku tapi bila mendengar berbualan mereka yang berkisar tentang sawah, cucu, anak dapat menurunkan perasaan kekalutan sebelum ke pejabat.

Kedai makan tu hanyalah kedai makan biasa yang menjual nasi lemak bungkus, kuih muih dan baru-baru ni ada menjual roti canai . Tapi yang menariknya kedai tu sentiasa penuh dengan orang. Mungkin pemandangan disitu menenangkan .

Masa aku pergi baru-baru ni, terpandang satu bakul baru makanan yang dibungkus. Bukan nasi lemak, bukan kuih muih, bukan tapai tetapi kacang rebus yang dibungkus dengan plastik.  Terus terdetik, mungkin seseorang  yang baru menceburi perniagaan kot.
Aku pandang dari jauh jika ada sesiapa yang ambil kacang tu untuk sarapan ...tapi tak ada pun.Timbul rasa kasihan pada tuan punya kacang tu. Apa perasaan dia bila ambil bakul tu nanti bila bilangan kacang yang dia hantar tadi sama. ?. Jika kacang tu dijual di kawasan atau semasa ceramah politik atau  perlawanan sukan   diadakan tentu laris.




Tiga bulan.

Selama3 bulan aku tak mengemaskinikan blog ni. Seperti biasa penyakit malas menyerang diri disamping kesibukan kerja-kerja harian.

Dalam masa tiga bulan banyak peristiwa yang melibatkan diri aku dan negara terjadi. Antaranyanya ialah sahabat baik aku dari 1983 Shukur Ahmad telah kembali ke rahmatullah sehari sebelum Aidil Adha. Pagi tu bila mendapat mendapat berita dari isterinya memang susah nak percaya.
Al Fatihah kepada Shukur Ahmad.

Peristiwa rompakan di Ambank yang menyebabkan kematian seorang pekerjanya memang memeranjatkan. Terbaru suspek telah di tangkap di Johor sewaktu hendak melarikan diri ke Indonesia. Tahniah PDRM.

Hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum 2013 meninggalkan kita . Terasa masa berlalu begitu cepat.


SELAMAT HARI RAYA

Esok 8 Ogos 2013 Hari Raya Aidil fitri disambut diseluruh Malaysia. malam ni kiranya tersenyum lebar para tokey-tokey syarikat telco kerana sms ucapan hari raya bertebangan di serata udara Malaysia.

Diterima pantun dari orang lain , kemudian di "forward" kepada oarng lain,last-last dapat balik pantun yang mula-mula kita forward tu. macam tu lah . bila dah malas nak karang pantun.

Apa yang diharapkan supaya semangat Ramadhan diteruskan dibulan -bulan seterusnya.

SALAM AIDILFITRI 

Kita dan puasa. ( peringatan untuk diri aku)

Sudah 13 hari kita menjalani ibadah puasa. Ramai lah para ibu bapa memujuk anak-anak yang baru belajar berpuasa supaya berpuasa penuh. bagi yang tak tahan separuh hari , lama-lama jadi sehari.
Ada satu ceramah dimana ustaz tu memberitahu bahawa kita lebih menekankan soal puasa daripada soal solat. Tumpuan supaya anak-anak berpuasa lebih di tekankan dari solat .
Jika pulang ke kampung , tok, nenek, ayah saudara, mak saudara lebih suka bertanya  kepada sikecil dengan soalan
" Adik , puasa tak hari ni? "
" Abang puasa dah berapa hari ?"
" Kak tinggal tak lagi puasa?"

jarang sekali dengaq soalan
" Adik dah solat zuhur tadi?"
" Abang tadi solat subuh kat mana?"
" Kakak tinggal solat tak lagi?"

Hmm peringatan untuk aku jugak ..

Memang ada keluarga yang menekankan soal kedua-dua ibadah ini .

Imej kita yang berpuasa kepada mereka yang belum Islam
" Slow sikit hari ni ,maklumlah puasa"
" Silap lagi.. dok silap saja ..mata mengantuk ..dari sahur tak tidur lagi ni."

Segala kesalahan atau kesilapan semuanya kita salahkan puasa. Sebab puasalah yang jadi macam tu  ,sebab puasalah jadi macam ni..macam-macam lagi. Padahal bulan tak puasa pun macam tu jugak.

Cuba fikir apa yang mereka yang belum Islam dengan rungutan -rungutan kita mengenai puasa ni. Apa pandangan mereka ?. Jika kita berterusan merungut , mereka yang belum Islam akan menjauhkan diri dari Islam. Tu yang kita lupa tu.. apa yang kita buat ,kita tuturkan jadi permerhatian mereka yang belum Islam.

Ada satu temubual dalam radio IKIM rancangan 'Islam agama ku" . Cerita mengenai mereka yang baru memeluk Islam. Ada satu kisah perempuan Cina muda berumur lebih kurang 20an. Masa dia belajar di Malaysia tak terbuka untuk memeluk Islam bila melihat gelagat orang Melayu di sekelilingnya . Tapi dia mendapat hidayah di UK bila melihat akhlak orang Islam di sekelilingnya .

Satau peringatan untuk diri aku jugak.. Ingat apa yang dibawa..



Sukan Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana

Pada 29hb Jun yang lepas ,rasanya semua sekolah mengadakan acara sukan sekolah. Sempat berbual dengan guru besar, memang padat jadual . Sepatutnya sukan dibuat pada minggu lepas tapi "berlaga" dengan sukan sekolah menengah . Tambahan pulak dikawsan Bertam Perdana ni hanya satu padang saja yang sesuai digunakan untuk acara sukan.
 Acara dimulakan dengan perbarisan murid-murid. Ada pertandingan perbarisan terbaik. Cikgu -cikgu jenuh nak perah idea nak cipta satu perbarisan dan pakaian yang sesuai untuk pertandingan ni.
 Lepas tu ada ikrar dari Mohd Wazif ,dengar kata dia olahragawan sekolah
 Murid-murid sekolah dari pasukan Puteri Islam bertungkus lumus membantu cikgu dari segi logistik, minuman,makanan kepada ajk sukan.
 banyak acara yang dipertandingkan Antaranya ialah acara lari,
 acara lari
 lumba lari
 acara untuk pra sekolah
 lari
dan lari lagi.
*****************************************************************************
Terima kasih kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana kerana mengadakan acara sukan ni.

Kisah seorang lelaki di kampung aku.

Minggu lepas balik kampung. Mak buat sedikit kenduri doa selamat untuk berangkat ke Mekah. Salah seorang tetamunya adalah seorang lelaki berumur 50an yang tinggal dekat dengan rumah aku.

Sekitar tahun 80an sewaktu aku masih lagi bersekolah dan waktu zaman Search, Battle Of The Band dulu, lelaki ni kerap masuk keluar penjara kerana menghisap dadah. Aku masih ingat lagi waktu kenduri si sebuah rumah, waktu kami nak makan nasi di celah-celah pokok pisang dalam belukar, terserempak dengan lelaki ni dengan rakan-rakan "seperjuangan" berkumpul ramai -ramai sambil bertingung. Di halaunya kami ,apa lagi bertaburan lah lari. banyak kisah dia keluar masuk penjara yang aku dengar.

Sekarang ni, lelaki ni masih lagi belum berkawin. Tinggal dengan mak nya yang sakit, dialah yang memasak, membasuh baju, mengemas rumah. kerjanya pergi ke laut dan mengambil upah memandu lori. Itu pun jika mak dia kelihatan sihat jika tak memang dia tak kerja. nasib baik adik beradik yang ada jauh membantu dari segi kewangan dan barangan keperluan.

" Sapa nak jaga mak kalau saya kawin " Jawap lelaki ni kalau orang tanya kenapa dia tak berkawin. Memang bertukar terus dari kisah lama dia.

Kisah lelaki ni adalah sedikit kisah masyarakat yang boleh kita ambil iktibar. Selalunya kita menjadi "hakim" dalam menentukan masa depan seseorang. Bila tengok kanak-kanak yang terlalu nakal, terus kita "jatuh" hukum budak ni tak ada masa depan yang cerah.


Kejayaan dari segi akedemik sering di raikan ,tapi kejayaan dari segi akedemik jarang di beri iktirafan dan mungkin orang yang berjaya dari segi akhlak sememangnya tidak mahu menonjolkan diri .



Kisah di kedai buku.

Hari Sabtu tengah hari, pukul 3.00 petang aku dengan keluarga aku ke kedai buku Hassani di Carrefour ( sekarang ni AEON Big, tapi aku lebih suka sebut Carrefour). Anak aku nak cari novel, sebab dah lama tak beli novel. Novel untuk kanak-kanak .

Sampai kat sana aku dok belek-belek buku-buku novel Islam, kisah-kisah motivasi ,saja baca dua tiga baris,letak balik. Tengah dok belek-belek buku,

" Laaa, tak pakai tudung pun cari buku Islam" aku toleh tengok ,ada dua remaja lelaki tengah pandang seorang perempuan ( dalam 30an) bersama anak kecilnya .
Aku pandang arah perempuan tu, dia tengah leka belek buku bercirikan Islam. Di tangan dah ada beberapa buah buku. Salah satunya adalah "Amalan harian Sepanjang Zaman" .Dato Ismail Kamus.

Sebelum apa-apa timbul dalam hati aku, aku pangkah awal-awal " Hidayah adalah kuasa Allah, ".

Kita selalu rasa kita lebih dari orang lain terutama dalam hal-hal ibadat. tambahan pula kita cukup solat 5 waktu, ditambah pula dengan solat sunat. kerap solat berjemaah. kadang -kala timbul riak dan pandang orang lain jahil. Kita ketawakan orang lain bila membeli buku-buku asas-asas dalam ibadah .Bila nampak seseorang ( tambahan orang itu dah berumur) beli buku "Cara-Cara solat" , terus kita buat tanggapan

" Ehhh dah tua tak tau solat lagi??" terus dalam hati kita kata " aku lagi alim walaupun aku muda lagi". takut juga bila terlintas rasa riak, bangga dengan amalan kita yang tak seberapa. Teringat aku masa satu kuliah seorang ustaz kata
" kita sangkakan kita dah kaya di akhirat tapi rupanya kita miskin". Maksudnya kita rasakan amalan yang kita buat dah cukup sebab solat cukup berjemaah lagi, kerap baca Al Quran, sedekah., tapi bila ditimbang rupanya ringan sebab amalan yang kit abuat disertai dengan Riak dan rasa bangga .
Ya Allah jauhkan lah kami dari rasa riak dalam menunaikan tanggungjawap kami sebagai hamba Mu"



Lagi kes kanak-kanak kena rogol dan bunuh

2 suspek ditahan

Oleh Hadzlan Hassan, Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Norul Awatif Romli

Klang: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan yang mati disyaki dirogol dalam kejadian di Jalan Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, di sini, semalam.
Kedua-dua suspek berusia 19 dan 24 tahun itu ditahan di tempat kejadian selepas dilihat cuba melarikan diri dari lokasi kejadian pada waktu mayat mangsa ditemui.


Mangsa Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, 11 dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar bermain kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerahj Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof berkata mayat mangsa ditemui kira-kira jam 10.30 malam dalam keadaan menyayat hati di kawasan tanah lapang berdekatan kawasan tempat meletak kenderaan.

Setakat ini, polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian

*******************************************************************************
 Menyirap darah aku kalau ada kes-kes macam ni. Masih lada lagi species yang *^^%$#^()((&^. ( tak boleh digambarkan dengan kata-kata).

"Promosi" tentang hukuman bila melakukan kesalahan merogol masih lagi gagal di pasaran. Tiada syarikat gergasi yang mahu menaja atau membuat iklan mengenai hukuman ini. Jika masih ada yang melakukannya maknanya hukuman sekarang masih "lembut"?.
Promosi tentang hukuman kesalahan rogol ni patut di buat billboard besar-besar, ditanyang di pawagam , dan disiarkan di TV masa iklan.
Jika boleh habiskan duit untuk bendera parti, billboard calon, rasanya tak jadi masalah kalau nak buat iklan mengenai hukuman kesalahan kes rogol.

Pilihanraya yang kita idamkan

Dah lama aku tak update ni. Penyakit kemalasan untuk menulis melanda. Padahal banyak cerita yang boleh dikongsi tapi ..alasan yang biasa diberi ialah SIBUK.

Sebenarnya banyak perkara yang terjadi di sepanjang bulan Januai hingga April. Terutama berita mengenai pilihanraya.Sejak tahun lepas lagi parti-parti politik telahpun berkempen. Masing-masing bertungkus-lumus untuk mendekatkan  dan "menjauhkan"dari masyarakat Malaysia.

Amat kurang kita dengar kempen-kempen dari parti politik ini yang menengahkan perancangan -perancangan mereka bila berjaya membentuk sebuah kerajaan. Yang selalu didengar ialah parti-parti politik ini menyerang peribadi pihak lawan.

"Saya akan buat yang terbaik buat saudara-saudara semua. Terpulang pada saudara untuk memilih saya atau pun tidak. Samaada saya atau atau pun calon pihak sebelah sana yang dipilih, apa yang penting ialah kebajikan pihak saudara semua dijaga"

 Jarang sekali aku dengar kempen macam ni. Tidak mengata orang atau pun pihak lawan.

Kalau di pandang dari pandangan lain. Calon-calon pilihanraya ni masing-masing tak sabar untuk menjadi  kuli kepada rakyat. Ini pandangan yang lurus bendullah. Kalau pandangan yang bengkang bengkok...masing-masing tak sabar untuk ...........................................................(isi tempat kosong).

Penyokong pulak, masing-masing bekerja keras supaya orang ramai membenci parti politik yang disokongnya .Hairankan?. Mana taknya sikap penyokong parti-parti politik ini kadang-kadang melampaui batas. Macamana pengundi atas pagar nak pilih sesuatu parti jika penyokong parti berkenaan tidak berkenan di hati .

Amalkanlah sikap berhemah . 

" Kita jangan gantung semua bendera kat kawasan ni. Bagi kat depa sama . Depa pun ada tinggal ruang kat kita untuk gantung bendera kat kawasan kampung sana."

Kalau ada macam ni kiranya penyokong parti memang dalam keadaan yang amat matang dan moden. malah berfikiran futuristik.

Tapi yang ada sekarang..

" Depa gantung bendera kat sini aku takek 18 kerat. Ni kawasan kita depa berani depa gantung . Hangpa jangan bagi ruang kat depa "

Baguih punya dok ada. Tu belum lagi yang dok salah guna jentera dan media lagi.

Apa-apa pun pilihanraya idaman belum lagi ada. Cuma sedikit catatan .. aku tulis ni pun dah lebih 10min.

Ada yang lebih susah dari kita...(Little brother needs to sleep)



rdn_4ea22d88b3b75 


rdn_4ea22d89e2174
rdn_4ea22d8845dbc

Kisah ini berlaku di Shanjiang, China. Kanak- kanak perempuan ni bawa adik lelaki dia yang menginap penyakit "malnutrition" yang menyebabkan kepalanya membesar dari keadaan normal.
Ibu -bapa mereka bekerja di bandar yang terletak jauh dan mereka tinggal dengan datuk dan nenek. Datuk dan nenek pulak sibuk kerja kat ladang.

Ini adalah salah satu kisah masyarakat dunia. Di sini pun ada kisah yang macam ni. Pelajar terpaksa ponteng sekolah bila menolong ibu bapa bekerja. Memotong getah, jaga adik di rumah, kerja di kedai makan. 
Dengan perbelanjaan harian ,bulanan yang bertambah memang memeritkan untuk menguruskan hal kewangan. Cuma pertambahan perbelanjaan itu adakah keperluan ataupun kehendak (nafsu ) kita?.
 

*********************************************************************************


2013

Hari ni permulaan tahun baru 2013. Seperti tahun-tahun yang lepas, sambutan tahun baru mesti ada bunga api, menyanyi dan tarian seperti beberapa tahun kurun yang lepas.Tak ada perubahan. Masih di takat.
 Cuma sejak dua menjak ni sambutan tahun baru dibuat dengan cara moden. Banyak masjid-masjid dan surau mengadakan ceramah, forum yang boleh memantapkan lagi iman kita.

Kalau baca akhbar di tahun baru , selalunya ada berita mengenai pasangan yang belum berkahwin di tangkap di hotel murah. Alasan yang diberi ialah ketinggalan bas atau keretapi. Memang sedih bila masih ada berita sebegini. Adakah penyampaian mengenai dosa zina tidak sampai atau keadaan sekeliling yang mendorong pasangan muda untuk berzina.?

Kanak-kanak masih lagi menjadi mangsa orang dewasa. Didera, dirogol dan  dibunuh.Tak tahulah apa  jenis specis yang sanggup buat begitu pada kanak-kanak.

Semoga kedatangan 2013 ni dapat membawa perubahan yang baik kepada kita semua .Amin

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...