Earth Hour




Kalau nak dikira kempen tutup lampu waktu malam ni .. Palastin dah lama dah sambut kempen ni sebab Israel bom sini sana..Tak tahulah banyak mana orang Malaysia yang menyambut kempen ni .. Apa yang saya tau ..kempen dibuat besar-besaran..malah jika ada pihak yang tak mengikut kempen ni dianggap "kolot".
Ada tak pihak yang beria-ria menyambut kempen earth hour ni menyokong kempen boikot israel.. ?


Hempas bayi

Hempas bayi
Oleh Rudy Syareme Sheriffudinam@hmetro.com.my

GEORGETOWN: Berang kerana tak tahan mendengar tangisan, seorang lelaki tergamak menghempaskan bayi perempuannya yang baru berusia empat bulan ke atas tilam, Ahad lalu.Tindakan bapa panas baran itu di rumah sewa mereka di Kampung Masjid, Sungai Ara di sini, membawa padah apabila bayi tidak berdosa itu, Nurul Ain Amirah, yang beberapa jam menderita akibat perbuatan kejamnya meninggal dunia.

Polis menahan lelaki itu selepas dia dan isteri membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, kelmarin.Wartawan yang mendapat maklumat mengenai kejadian itu bergegas ke tempat kejadian semalam, tetapi keluarga mangsa sudah pulang ke Pendang, Kedah, untuk mengebumikan jenazah mangsa.

Namun, seorang jiran kepada keluarga itu, Rafiah Mahmood, 39, yang menjadi orang pertama mengesyaki kejadian memilukan itu dapat ditemubual.

Menurutnya, dia terdengar jeritan kuat diikuti suara ibu mangsa beristighfar dalam keadaan mencemaskan selepas solat Subuh, kelmarin.Dia menyidai kain di luar rumah sebelum ibu bayi itu meluru keluar dari rumah dan memberitahu Nurul Ain diserang sawan tarik.“Saya terus ke rumah mereka dan melihat Nurul Ain masih bernyawa, tetapi keadaannya cukup lemah dengan kedua-dua mata separuh tertutup dan tangannya kejang.“Saya memegang tangan dan menggosok-gosoknya, namun tidak ada perubahan. Ketika itu, saya terlihat kesan lebam di kedua-dua pipi dan seluruh badannya. Apabila ditanya, si bapa mengaku dia mencubit dengan alasan geram kerana bayinya menangis setiap hari,” katanya.

Rafiah berkata, pasangan terbabit membawa Nurul Ain menerima rawatan secara tradisional.Ketika pulang semula tengah hari, si ibu memberitahu jiran berkenaan, Nurul Ain tidak minum susu sejak pagi dan kelihatan seperti sedang tidur, tetapi dia takut mengejutkannya.“Beberapa jam selepas itu, bayi berkenaan masih belum bangun menyebabkan ibunya memanggil saya sekali lagi kira-kira 4 petang (kelmarin).“Saya segera memegang Nurul Ain tapi badannya sudah sejuk. Apabila tak sedap hati melihat keadaannya, saya menyuruh suami isteri itu menghantar anak mereka ke hospital,” katanya.

Katanya, pasangan itu pulang jam 7 malam dan dia dimaklumkan ibu Nurul Ain, bayinya sudah meninggal dunia.Pasangan itu juga memaklumkan, mereka perlu ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya di Balik Pulau untuk membuat laporan.Bagaimanapun, kata Rafiah, ibu mangsa pulang ke rumah seorang diri bersama jenazah Nurul Ain kira-kira jam 4 pagi semalam.Sejurus kemudian, jenazah bayi itu dibawa ibunya pulang ke kampung halamannya di Pendang.Mengenai pekerjaan suami wanita itu, dia berkata, lelaki itu seorang buruh kasar manakala isterinya kerja kilang.“Kejadian itu menggemparkan penduduk setempat. Kami bagaimanapun tidak boleh membuat sebarang tuduhan dan biarlah pihak berkuasa menyiasat.“Sebagai jiran dan rakan, saya berharap wanita itu tabah menghadapi dugaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Md Zain, berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 4 petang kelmarin apabila ibu bapa mangsa membawanya ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menjalani rawatan.Menurutnya, sebaik tiba di HPP, doktor yang merawat mendapati bayi berkenaan sudah meninggal dunia.Beliau berkata, hasil bedah siasat menemui kesan penderaan berikutan banyak kesan lebam, termasuk di pipi, telinga dan kepala.Katanya, siasatan mendapati ibu mangsa mendakwa suaminya membaling bayi mereka ke atas tilam akibat tidak tahan dengan tangisannya sejak Sabtu lalu.“Polis menahan reman bapa bayi berkenaan berusia 35 tahun itu selama enam hari. Hasil pemeriksaan turut mendapati dia positif mengambil dadah jenis heroin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh,” katanya.Sementara itu, tinjauan Harian Metro semalam mendapati rumah mangsa berkunci.

Proton MPV : Tempahan dan hukumnya

Proton MPV : Tempahan dan Ulasan Hukum
Oleh Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/


Proton Exora, itulah nama bagi kenderaan baru proton, sebuah MPV. Info berkenaan kenderaan ini sudah lama saya ketahui dari vendor-vendor Proton, reka bentuknya juga banyak disebar di sana sini. Walaupun belum rasmi bentuk terakhirnya. cumanya masalah semakin membesar apabila terdapat dua bentuk proton mpv yang disebarkan.


PENGALAMAN SAYA DAN PROTON
Pengalaman saya mempunyai kereta. Dua kali saya membeli kereta proton dan kedua-duanya brand new car iaitu proton wira berwarna putih dan Proton Perdana V6 berwarna biru kehitaman. Saya membeli proton baru atas nasihat ramai rakan yang menggunakan proton used car atau second hand dan bergantung kepada nasib kata mereka. Iaitu jika bernasib baik, kereta second hand yang dibeli tiada banyak masalah besar, jika tidak akan habislah wang dan waktu kita untuknya.


Hasilnya, saya membeli kereta proton baru dengan harapan tinggi agar sekurang-kurangnya 3 tahun pertama menggunakannya tidak akan dijengah oleh sebarang masalah berat. Saya juga amat menjaga servis.


Setakat ingatan saya, Alhamdulillah kedua-dua proton yang saya miliki ini tidak begitu mendukacitakan, tiada masalah besar dan prestasi ok walaupun kualiti secara keseluruhannya kurang berbadning jenama Toyota, Honda dan lainnya. Cuma saya masih ingat bagaimana proton perdana saya mempunyai masalah aircond yang tidak sejuk sedangkan ia dalam tempoh jaminan. Apabila dibawa ke ejen proton servis mereka mengarahkan saya untuk pergi ke vendor aircond proton sendiri. Agak terkejut apabila mereka menyatakan bahawa satu bahagian dalam aircond yang saya dah tak ingat namanya, terdapat sedikit rumput dan daun kecil., menunjukkan ia pernah di'usik'. Lalu specialist bertanya sama ada saya atau mana-mana mekanik pernah membuak dna memperbaikinya.


Saya jawab tidak kerana memang tidak pernah, malah bahagian yang ditunjukkan juga adalah amat dalam dan tidak boleh dicapai oleh tangan biasa.


Dari situlah, baru saya ketahui saya menjadi mangsa membeli proton perdana baru tetapi ada kemungkinan telah terpakai atau terlalu lama disimpan. Hal ini semakin kuat mengganggu minda saya apabila ketika saya memasang tint di cermin, pakar di kedai tinted shop mengatakan tint asal di kereta Perdana saya sudah lama terpasang, sukar ditanggalkan dan ini menunjukkan kereta ini sudah lama walaupun saya beli brand new.


Itulah salah satu pengalaman sakit hati bersama Proton yang masih saya ingati. Saya yakin terlalu ramai yang mempunyai masalah yang lebih dahsyat dan kronik namun dalam maki hamun pengguna Proton, mereka masih setia mengguna dan membelinya. Banyak sebab dan bukan maskud saya untuk menghuraikannya di sini.


PROTON MPV DAN JUALAN PRA PELANCARAN
Bulan februari 2009, Proton MPV muncul, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Proton Holdings atas pengeluaran kereta baru ini dan tidak dinafikan bentuknya boleh dipuji, tetapi kualiti lain masih belum diketahui.


Cuma apa yang mendorong saya menulis artikel ini adalah pertanyaan dan laporan dari orang ramai yang sampai kepada saya mengatakan kereta MPV baru Proton ini sudah boleh ditempah, sedangkan harganya belum diputuskan. Ramai yang bertanya hukum kepada saya.


Sebelum saya memberikan ulasan, saya cuba mencari pengesahan pertanyaan ini. Namun tidak saya jumpai tawaran tempahan dibuka di web rasmi Proton Holdings iaitu

http://www.proton.com/ dan http://www.proton-edar.com.my/
Namun saya jumpainya di dalam laporan berita berikut :-


Exora dapat sambutan hangat
PETALING JAYA 21 Feb. - Kenderaan belum siap. Rupa bentuk fizikalnya pun tidak diketahui umum tetapi tempahan sudah mula diterima.


Sambutan rakyat Malaysia terhadap kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora, hasil tangan tempatan ini sememangnya menakjubkan.


Menurut Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, pihaknya mengunjurkan 4,000 hingga 5,000 tempahan menjelang pelancaran Proton Exora pada April ini.


‘‘Pada hari ini, kami menerima tempahan 15 hingga 20 buah MPV di cawangan ini,'' katanya pada Majlis Pra Pelancaran Tempahan Proton Exora di bilik pameran Proton di Mutiara Damansara hari ini.


Bagaimanapun, Syed Zainal berkata, pihaknya belum dapat menyatakan jumlah sebenar tempahan yang diterima di seluruh negara.


Tetapi jika cawangan di tempat lain juga menerima angka tempahan yang sama, ia sudah pun melebihi unjuran kerana Proton mempunyai 300 bilik pameran di seluruh negara.
Beliau berkata, setakat ini ramai orang telah datang bertanyakan mengenai Proton Exora .


SUMBER
Jelas dari berita di atas dan lain-lain berita yang boleh kita temui dari pelbagai web berIta nasional. Tempahan sudah dibuat sedangkan subject matter atau kereta itu masih belum diketahui bentuk sebenar luar dalam, harga tepat dan macam-macam lagi.


Hukum asal bagi setiap pembelian sebegini adalah HARAM disebabkan wujudnya gharar atau uncertainty harga, bentuk dan ciri specific kereta tersebut. Pembelian ini boleh dikategorikan sebagai Istisna' iaitu pembelian sesuatu barangan yang akan disiapkan oleh penjual melalui proses perkilangan dan pembuatan.


Beirkut adalah beberapa syarat utama secara ringkas yang mesti dijaga dalam jual beli bentuk tempahan baranagn pembuatan ini :


1) Kemestian menjelaskan sifat-sifat barang yang diingini dengan jelas.


2) Menetapkan tempoh siap pembuatan sama ada panjang atau pendeknya. Kecuali mazhab Hanafi tidak mensyaratkan sebarang tempoh tertentu, kerana itu adalah syarat dalam jualan as-Salam. [1]


3) Sebelum pembuat memulakan kerja, status aqad adalah ghayru lazim ( boleh dibatalkan oleh sebelah pihak walau tanpa persetujuan yang lain), namun setelah kerja tamat sebelum diberikan kepada penempah, aqad telah bertukar menjadi lazim (hanya boleh dibatal dengan persetujuan kedua belah pihak). Adapun, jika hasil kerja pembuat berbeza dengan perincian sifat yang ditempah, penempah boleh memilih sama ada untuk meneruskannya. Keputusan Akademi Fiqh OIC dan Majlis Syariah Majis Perakauan dan Kewangan Islam sedunia memutuskan bahawa istisna adalah aqad lazim. [2]


4) Harus penempah (pembeli) mengenakan denda dalam bentuk kewangan ke atas pembuat sekiranya ia gagal menyerahkan barang yang dijanjikan dalam masa yang ditetapkan. [3]
Keperluan mengetahui dengan jelas harga, tempoh serahan dan lain-lainya diadaptasi dari hadis Nabi s.a.w dalam hal jualan as-salam
من أسلف فليسلف في كيل معلوم , أو وزن معلوم إلى أجل معلوم
Barangsiapa yang membeli secara serahan barangan tangguh (as-Salam), hendaklah ia menetapkan timbangan, beratnya dan tempoh masa dengan jelas. (Riwayat al-Bukhari)
Namun demikian, hukum mungkin berubah dalam beberapa keadaan tempahan, iaitu:-


1- Tempahan tanpa sebarang bayaran. Ia harus atau dibenarkan menurut hukum kerana ia ibarat janji satu pihak untuk memeterai kontrak istisna sahaja.


2- Tempahan dibuat dengan bayaran namun pembeli boleh menarik balik. Iaitu jika harga tepat dikeluarkan, pembeli boleh menarik balik tempahan tanpa denda jika mereka tidak selesa dengan kualiti, bentuk dan harga terakhir kereta itu. Jika tempahan yang dibuat dengan sifat sebegini, ia mungkin boleh menjadi harus akibat kuantiti gharar yang mengecil bagi pihak pembeli, manakala gharar yang berlaku di pihak Proton adalah masih kecil selagi mereka belum memulakan proses pembuatan.


3- Tempahan dibuat tetapi harga kereta diberikan secara range iaitu dari RM 70,000 ke RM 80,000. Ia masih dikira gharar yang besar. Justeru, ia masih jatuh dalam hokum haram kerana bercanggah dengan syarat istisna dan salam yang ditentukan oleh Nabi s.a.w.


************************************************************************************

Tugu Tsunami di Kuala Muda


Sebuah tugu dibina bagi memperingati kejadian Tsunami 2004 di Kuala Muda. Binaan yang dibina dari sampan-sampan yang pecah untuk generasi muda memperingati kejadian yang meragut beberapa nyawa di kawasan berkenaan .

Awan


Dua tiga hari ni keadaan langit cerah. Tapi bila tiba waktu petang hujan pun turun.

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...