Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal

Dr Fatimah meneliti kertas bacaan ujian yang keluar dari alat analisis penyepadanan bio
Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan. “Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur. “Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya. Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang. Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak. Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah. “Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir. Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik. Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian. “Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. “Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya. Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah. Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat. Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot. Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan. “Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang.

Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya. Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus. “Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring. “Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring.

Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya. Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Sumber : Berita Harian


Masjid " Pagoda"




'Pagoda' mosque draws tourists

By : Sharifah Mahsinah Abdullah


RANTAU PANJANG: Thousands of visitors are flocking to a RM7.2 million new mosque here, with a design inspired by China's pagoda architecture.


Though still incomplete, it was used for terawih prayers during the recent Ramadan and Hari Raya Aidilfitri celebrations.


Deputy Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakub, the chairman of the building committee, said the mosque would be ready next month."Only the library and kindergarten are yet to be completed," he said."While it will be open to Muslims for prayer, everyone can have a good look inside and rest at the underground room.


"We hope the mosque will boost tourism in the state as it is located near Thailand. Many foreigners enter Kelantan through the checkpoint here."

Rantau Panjang member of parliament Siti Zailah Mohd Yusof, who hosted her Hari Raya open house for about 8,000 children and old folk at the mosque, said many people visited the mosque because of its unique design, said to be the first in the country."The response has been overwhelming.

Visitors from other states and southern Thailand also come to have photographs taken here." Built on a one-hectare site, the Sultan Ismail Petra Silver Jubilee Mosque is a double-storey building topped by a minaret and an unusual turban-shaped cupola.

Apart from the kindergarten and library, it will also house a computer centre, visitors room and bazaar.


Sumber : NST

Lagu raya


Nilai sentimental lagu raya



JIKA tiada aral melintang, lusa seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan Syawal setelah sebulan menahan lapar dan dahaga serta menempuh pelbagai cabaran sepanjang Ramadan.


Pastinya kini, semua sedang sibuk membuat persiapan terakhir dari segala segi terutama si ibu yang sedang memikirkan juadah yang perlu disediakan bagi tetamu yang hadir di pagi Syawal.
Kanak-kanak terutama yang paling tidak sabar meraikan Aidilfitri apabila dapat berkunjung ke rumah sahabat handai dan keluarga kerana inilah masanya untuk mereka mengumpul duit raya.
Namun satu yang pasti, setiap kali menjelangnya Syawal, tidak lengkap rasanya suasana itu dimeriahkan dengan rangkaian lagu-lagu raya yang berkumandang menghiasi segenap ruang angkasa.


Lagu-lagu raya sebenarnya memang dapat membangkitkan mood Syawal itu sendiri dengan melodi dan liriknya yang membuatkan kita sendiri terleka dan lebih bersemangat untuk menyambut ketibaan Syawal.


Lagu raya yang menjadi pilihan saban tahun adalah lagu raya lama dan malar segar berbanding komposisi baru yang dilihat langsung tidak menyengat dan tidak mampu untuk melahirkan suasana Syawal itu sendiri.


Kalau ada sekalipun, hanya boleh dibilang dengan jari yang mungkin berlandaskan kepada kualiti melodi, susunan muzik serta liriknya.


Koleksi lagu-lagu raya lama terlalu banyak dan tidak terhitung jumlahnya. Walaupun saban tahun, sering kali dimainkan, namun, rasa bosan langsung tidak timbul.


Untuk itu, dalam menghangatkan lagi suasana Hari Raya, Hits menyenaraikan 10 buah lagu raya yang mampu membangkit semangat raya di kalangan kita setiap kali munculnya Syawal.
Bukan itu sahaja, Hits juga berkongsi cita rasa artis dan selebriti tempatan mengenai lagu raya kegemaran mereka.

Judul: DENDANG PERANTAU

Penyanyi: P. RAMLEE

Lagu/Lirik: P. RAMLEE

Komen: Melodi dan lirik lagu ini sememangnya ringkas namun memberikan impak yang cukup besar sehingga generasi hari ini menjadikan lagu ini sebagai antara yang wajib untuk dimainkan setiap tahun.


Judul: SELAMAT HARI RAYA

Penyanyi: SALOMA.

Lagu/Lirik: AHMAD JAAFAR

Komen: Lagu ini sudah cukup untuk membangkitkan mood gembira dalam menyambut hari raya. Meskipun sudah berusia 35 tahun, namun, lagu ini tidak akan dimamah usia untuk selama-lamanya.


Judul: PULANGLAH

Penyanyi: AISHAH

Lagu: ADAM AHMADLirik: AISHAH

Komen: Tiada siapa yang pernah menyangka lagu yang berlandaskan muzik pop ini sudah mampu mencapai tahap malar segar. Apatah lagi ketika lagu ini mula diputarkan sekitar awal tahun 90-an, nama penyanyinya berada di puncak populariti sekali gus telah memberikan impak yang cukup besar dalam pembikinan lagu raya moden.


Judul: NOSTALGIA AIDILFITRI

Penyanyi: DATUK SHARIFAH AINI.

Lagu: DATUK SUHAIMI MOHD. ZAINLirik: LOGHA

Komen: Sebuah lagi lagu ciptaan Pak Ngah yang unik dan indah kerana elemen muzik tradisionalnya yang cukup kuat. Bukan itu sahaja, alunan si penyanyinya juga menambahkan lagi kekuatan lagu istimewa ini untuk diletakkan sebaris dengan lagu malar segar yang lain.


Judul: AIDILFITRI

Penyanyi: SANISAH HURI

Lagu: ZUBIR SAIDLirik: YUSNOR EF

Komen: Melodinya yang cukup mendayu dan liriknya yang begitu puitis dan universal menjadikan lagu ini begitu sesuai berkumandang di pagi Aidilfitri.


Judul: SELOKA HARI RAYA

Penyanyi: UJI RASHID & HAIL AMIR

Lagu: DATUK AHMAD NAWABLirik: ERNA

Komen: Lagu joget yang disulami dengan muzik moden ini juga menjadi antara lagu wajib setiap kali tiba hari raya. Gandingan pasangan duet ideal ini berjaya menterjemahkan lagu ini dalam menceritakan suasana riang Syawal itu sendiri sehingga kita terhibur dan tersenyum sendirian mendengarkannya.


Judul: SATU HARI DI HARI RAYA

Penyanyi: M. NASIR

Lagu/Lirik: M. NASIR

Komen: Tidak dinafikan lagu ciptaan komposer tersohor ini sememangnya mempunyai auranya yang tersendiri. Komposisinya mempunyai keunikan yang tersendiri manakala liriknya pula mempunyai maksud yang cukup mendalam.


Judul: DARI JAUH KU POHON MAAF

Penyanyi: SUDIRMAN

Lagu: S. ATANLirik: HARON ABDUL MAJID

Komen: Antara lagu yang cukup menyentuh jiwa dan mampu memecah hening pagi raya dengan tangisan bagi mereka yang mampu menghayatinya terutama bagi anak dagang di perantauan.


Judul: INDAHNYA BERAYA DI DESA

Penyanyi: AZLINA AZIZ

Lagu: S. ATANLirik: FAUZAN UDA AHMAD

Komen: Mendengarkan lagu ini membuatkan anak kota teruja untuk pulang ke desa dan meraikan Syawal bersama keluarga tercinta. Melodi yang cukup menarik perhatian dan ditambah pula dengan liriknya yang begitu kena dengan kehidupan anak dagang di perantauan, menjadikan lagu ini antara yang wajib dikumandangkan.
Judul:


SESUCI LEBARAN
Penyanyi: DATUK SITI NURHALIZA
Lagu: DATUK SUHAIMI MOHD. ZAIN
Lirik: HAIRUL ANUAR HARUN
Komen: Merupakan lagu raya pertama yang dihasilkan untuk biduanita muda ini oleh komposer yang tidak asing lagi iaitu Datuk Suhaimi Mohd. Zain atau Pak Ngah sekitar tahun 1998.
Melodi yang sarat dengan muzik Melayu menjadikan lagu ini begitu dekat di hati kita serta ditambah dengan penghayatan si pelantunnya sudah cukup
melengkapkan lagu indah ini.Malah lagu ini juga menjadi kegemaran penyanyinya.


SALAM AIDILFITRI

Wanita tak dapat diskaun zakat maki amil


KUALA LUMPUR: Hanya kerana permintaannya mendapatkan diskaun ketika membayar zakat tidak dipenuhi, seorang wanita bertindak luar batasan apabila dia sanggup memaki hamun amil bertugas di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral) di sini, kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, wanita terbabit pada mulanya berkunjung ke kaunter pembayaran zakat sebelum meminta diskaun 10 peratus daripada jumlah sepatutnya dibayar kepada amil bertugas.Namun, selepas diberikan keterangan dan permintaannya itu ditolak amil berkenaan, wanita terbabit tiba-tiba mengamuk dan memaki hamun petugas kaunter zakat itu.Adegan 15 minit itu menarik perhatian puluhan pengunjung KL Sentral yang terdengar kecohan.


Wartawan Harian metro turut mendapat rakaman video yang sempat dirakam seorang pengunjung yang secara kebetulan berada di kawasan itu untuk membayar zakat.


Dalam rakaman video kira-kira dua minit itu, seorang wanita berusia lingkungan 30-an berbaju coklat dan berseluar hitam mengeluarkan perkataan bodoh dan mendakwa petugas kaunter zakat terbabit menipunya berulang kali dengan suara yang kuat.Wanita terbabit dilihat duduk berhadapan amil yang hanya mendiamkan diri walaupun pelbagai perkataan kesat dilemparkan kepadanya.Ketika itu, dua anggota polis yang kebetulan membuat rondaan turut berada di lokasi berkenaan dan selepas beberapa minit ‘mengamuk’ wanita terbabit ditenteramkan petugas keselamatan KL Sentral sebelum dia beredar dari kaunter itu.Sebelum itu, wanita terbabit turut meminta anggota polis menahan petugas kaunter zakat berkenaan kerana mendakwa lelaki itu menipunya.Difahamkan, wanita terbabit meminta diskaun 10 peratus ketika hendak membayar zakat fitrah, namun amil yang bertugas enggan melayan permintaan itu.Saksi kejadian, Saifull Lah Ahtee, 30, berkata dia yang berniaga di kawasan itu tiba-tiba terdengar teriakan wanita terbabit yang duduk di kaunter hanya beberapa meter dari gerainya.“Saya segera bergegas ke situ dan mendapati seorang amil zakat fitrah yang menjalankan tanggungjawabnya dimarahi wanita terbabit.“Saya yang kehairanan kemudian bertanyakan kepada pengunjung lain di situ dan terkejut apabila mereka mendakwa wanita itu mula berang selepas permintaannya mengurangkan bayaran zakat ditolak amil terbabit,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.Pengurus Pemasaran dan Perhubungan Awam Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB), Norhayati Kudri, mengesahkan kejadian itu, namun mendakwa keadaan di stesen berkenaan terkawal dan menyifatkannya kes terpencil.“Saya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh kakitangan beberapa minit selepas kekecohan itu dan bergegas ke situ serta cuba menenangkan wanita terbabit.“Saya yakin wanita itu tidak berniat jahat...dia mungkin tidak dapat mengawal emosi ketika kejadian,” katanya.Menurutnya, wanita terbabit mula mengeluarkan kata-kata yang kurang menyenangkan selepas permintaannya bagi mendapatkan diskaun bayaran zakat ditolak amil itu.“Beberapa pegawai yang cuba menenangkan wanita itu terpaksa membiarkannya kerana dia bertindak agresif ketika didekati,” katanya.Norhayati berkata, ketenangan amil berkenaan yang hanya mendiamkan diri ketika wanita terbabit menghamburkan kata-kata kesat membuktikan kredibilitinya sebagai seorang yang penyabar dan sesuai dengan tugasnya.Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali, ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan.Bagaimanapun, beliau berkata hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan bertindak sedemikian.
Bila baca berita macam ni timbul satu persoalan................................................................................................ mana nak tengok rakaman kejadian tu..

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...