Tempat mandi kanak-kanak.Tikar boleh dibentangkan disebelah kiri sungai
Air terjun ni pulak terletak di bahagian lain. Kawasan ni pulak selalunya menjadi tumpuan anak-anak muda sebab air terjunnya memang kuat. Tapi cukup seronok kalau kita duduk dibawah air terjun tu..
Kawasan kolam utama. Kiranya inilah kolam yang paling luas di kawasan ni. Kadang-kadang sesak dengan orang.
Dalam keadaan semujajadi yang menarik ,ada juga beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak berkenaan seperti keadaan tandas yang tidak sempurna. Pintu pun tak ada akan mengundang rasa tidak selesa pengunjung untuk menggunakan tanda ini.
Bili persalinan juga tidak berpintu. Hanya penghadang saja. Nak tukar pakaian pun tidak selesa melainkan jika ada orang teman di luar.
Keadaan dewan yang uzur. Dengan keadaan siling berlubang sana-sini. Jika dibaiki untuk boleh dijadikan sebagai dewan makan untuk syarikat atau sekolah yang melawat tempat ini.
Surau yang pada aku juga perlu diberi perhatian. Sekurang-kurangnya cat semula untuk megembalikan keceriaan surau ini.
Keadaan dewan yang elok. Aku rasa ianya masih digunakan untuk acara-acara tertentu . Mungkin dari jabatan kerajaan.
Kebersihan memang dijaga. Walaupun dijaga sebagai pengunjung, janganlah buang sampah merata-rata. Kadang-kadang sampah terutama kertas surat khabar dan lampin pakai buang terdapat dimerata-rata. Jika kita nak datang lagi disini maka jagalah kebersihan tempat ini.
No comments:
Post a Comment