IMP - Islamic Manufacturing Practice



Hari isnin yang lepas , aku ada tugasan di Ipoh. lepas habis aku singgah sebentar di Kuala Kangsar untuk melihat kilang IMP ni . Sebabnya banyak aku dapat tau yang kilang ni lain dari yang lain. Apa yang lain dari yang lain tu lah aku berminat sangat nak pi tengok.

Aku dengan beberapa kawan aku sampai pun dah petang. Masa orang pejabat dah nak balik. Kami dengan muka selamba masuk ke kilang. Mungkin sebab masa tu kami pakai baju unifom nampak macam koperat la sikit.

Berjumpa dengan Ustaz Ahmad Tajuddin ( pengasas IMP) Encik Rahimi Hassan ,Ketua Unit pengilangan, dia menerangkan kat kami bahawa IMP ni adalah adalah sat piawaian atau standard untuk menghasilkan barangan produk bertaraf "HALAAN THOYYIBA". Maknanya barangan yang mempunyai piawaian IMP ni bukan sahaja halal dari segi "resepinya" malah suci dari segi rohaninya.


 Ustaz Ahmad Tajuddin no 3 dari kiri dan En Rahimi Hassan no 1 dari kanan.

 IMP memang menjaga keperibadian pekerja-pekerjanya. Buku Log Solat ni akan merekodkan nama-nama pekerja yang mendirikan solat. Ustaz Ahamd Tajuddin juga memberitahu bahawa pekerja -pekerja disini dinasihatkan supaya sentiasa berada dalam keadaan berwuduk. Jika batal ambik wuduk semula. Jadi barangan atau produk yang dihasilkan adalah hasil dari orang yang berwuduk.
Banyak ilmu yang kami dapat dalam pertemuan yang singkat tu. Misi Ustaz Tajuddin ni adalah untuk membaiki akhlak orang-orang Islam yang dah banyak "tercalar" akibat permakanan. Memang tak dinafikan memang makanan adalah punca baik atau buruknya peribadi atau aklak seseorang itu.

Berdekatan kilang ni ada kedai koperasi yang menjual barang-barang harian yang dikeluarkan oleh IMP. Kalau nak pergi ke kilang ni . Dari Tol Kuala Kangsar jalan terus saja..sampai ke Taman Perindustrian  IKS MIEL berkedatan dengan kolej komuniti.

Pesanan dari Ustaz.... minta isteri dirumah apabila memasak untuk keluarga pastikan dalam keadaan berwudhu..kerana makanan itu lah yang akan dimakan oleh ahli keluarga.

6 comments:

mzuberh said...

GIGO ... Moral of the stories jaga pemakanan ...

Mohamed Syahid said...

Tuan ade no telefon ofis IMP ni

Mohamed Syahid said...

Tuan ade no telefon ofis IMP ni

Mohamed Syahid said...

Nk buat lawatan ke sana

Mohamed Syahid said...

Nk buat lawatan ke sana

Mohamed Syahid said...

Nk buat lawatan ke sana

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...