Pesakit mentalmeningkat
Ramai yang memfokuskan kesihatan badan dari kesihatan mental.
PESAKIT MENTAL MENINGKAT 15.6 PERATUS TAHUN LALU: LIOW
Berita Harian Selasa , 18 Januari 2011
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan amat peka dan bimbang tentang peningkatan masalah kesihatan mental, di mana sepanjang tahun lalu sebanyak 400,227 pesakit mental menjalani rawatan di hospital kerajaan.
“Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 15.6 peratus daripada tahun 2009,” kata Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini, hari ini.
Beliau berkata, peningkatan angka itu dilihat selari dengan ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa beban masalah kesihatan mental dijangka akan terus meningkat pada kadar 15 peratus menjelang 2020. “Menjelang 2020 juga, salah satu dari gangguan mental iaitu kemurungan dijangka akan menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit jantung iskemia,” katanya.
Melihat pada perkembangan itu, Liow berkata, kementerian berkenaan akan memfokuskan kepada aktiviti mempromosi minda sihat dan pencegahan penyakit mental termasuk pelaksanaan Program Menangani Stres di Sekolah sepanjang tahun ini.
“Satu projek rintis akan diadakan di mana empat Sekolah Menengah dipilih untuk menjalankan Program Menangani Stres di Sekolah selama enam bulan bagi menangani kesihatan mental seawal umur remaja,” katanya.
Empat sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Sains, Teluk Intan, Perak; SMK Datuk Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas, Pulau Pinang; SMK Simpang Bekok, Jasin, Melaka; dan SMK St Michael, Penampang, Sabah. Beliau berkata, projek rintis berkenaan yang akan bermula Februari depan dilihat perlu diadakan kerana mengikut kajian terdapat juga peningkatan masalah kesihatan mental di kalangan remaja ketika ini.
Liow berkata, program itu akan menggunakan modul Menangani Tekanan di Kalangan Pelajar yang disediakan Kementerian Kesihatan dan jika bersesuaian ia akan diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara mulai tahun depan. Merujuk kepada Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, beliau berkata, kes morbiditi psikiatrik atau pemikiran tidak sihat meningkat sebanyak 11.2 pada tahun 2006 berbanding 10.6 peratus pada 1996.
Kadarnya adalah lebih tinggi di kalangan wanita muda yang berumur antara 16 dan 19 tahun dan wanita berusia antara 70 dan 74 tahun dengan 6.4 peratus daripada mereka mempunyai idea untuk membunuh diri, katanya. Beliau berkata, kekurangan ahli psikiatrik turut membimbangkan di mana ketika ini hanya terdapat 124 orang psikiatrik di seluruh negara iaitu dengan nisbah dua psikiatrik klinikal berbanding 115,000 penduduk.
“Ia amatlah kurang dari keperluan yang ditetapkan oleh WHO iaitu satu nisbah 50,000 bagi negara membangun. Oleh itu kita akan latih seramai mungkin psikiatrik," kata Liow. - BERNAMA

Lama tak update.
Tak sempat. Alasan biasa seseorang bila tak dpat selesaikan sesuatu tugas. macam tu la aku bila dah lama tak update blog ni. Dah macam-macam cerita yang terjadi dalam dunia ni ..
Tahun baru pun dah masuk hari ke 16. tu pun ada yang dah lupa azam-azam yang berkobar-kobar pada awal tahun dulu. Tak lama lagi masuk bulan Febuari ,bulan kedua. Ayat biasa yang kedengaran..
" Laaa, sekejap saja dah bulan dua.. tak sempat nak buat apa pun"
Tahun baru ,harapan baru. Tapi hujung tahun 2010, ada harga barangan naik. Ramai yang marah. Tapi sekarang ni macam dah reda saja sebab tak ada pula tunjuk perasaan tanda protes harga barang naik. Mungkin rakyat setuju dengan tindakan harga barang naik tu.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Berlalulah Ramadhan
Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...
-
Hari Rabu yang lepas , lepas buat kerja di taiping, aku dengan seorang kawan ke rumah Kebajikan Nurkasih di Ulu Sepetang. Masa nak pi aku...
-
Pada 29hb Jun yang lepas ,rasanya semua sekolah mengadakan acara sukan sekolah. Sempat berbual dengan guru besar, memang padat jadual . Sepa...
-
Tragedi pada 7 Jun 1962 lenyapkan satu pertiga daripada pekan Port Royal di Jamaica SEKITAR jam 11.40 pagi pada 7 Jun 1692, bandar pelabuh...