Semangat untuk berniaga rasanya ada pada semua orang. Tambahan pula bila kerja "makan gaji" dengan orang lain dirasakan tidak lagi enjoy atau tidak membawa perubahan pada diri sendiri.
Perasaan kemuncak untuk memulakan perniagaaan sendiri memuncak bila membaca buku atau mendengar sesi seminar mengenai perniagaan ( aku salah seorang dari orang itu).
Baru-baru ni, seperti biasa sebelum ke pejabat, aku bersarapan jauh dari pekan Kepala Batas,maksudnya tak lah jauh sangat bila hanya bersarapan di Lahar kepar. Sarapan bersama penduduk yang bekerja di sawah, para tok wan yang menghantar cucu ke tadika memang menenangkan perasaan. Walaupun mereka tidak berbual dengan aku tapi bila mendengar berbualan mereka yang berkisar tentang sawah, cucu, anak dapat menurunkan perasaan kekalutan sebelum ke pejabat.
Kedai makan tu hanyalah kedai makan biasa yang menjual nasi lemak bungkus, kuih muih dan baru-baru ni ada menjual roti canai . Tapi yang menariknya kedai tu sentiasa penuh dengan orang. Mungkin pemandangan disitu menenangkan .
Masa aku pergi baru-baru ni, terpandang satu bakul baru makanan yang dibungkus. Bukan nasi lemak, bukan kuih muih, bukan tapai tetapi kacang rebus yang dibungkus dengan plastik. Terus terdetik, mungkin seseorang yang baru menceburi perniagaan kot.
Aku pandang dari jauh jika ada sesiapa yang ambil kacang tu untuk sarapan ...tapi tak ada pun.Timbul rasa kasihan pada tuan punya kacang tu. Apa perasaan dia bila ambil bakul tu nanti bila bilangan kacang yang dia hantar tadi sama. ?. Jika kacang tu dijual di kawasan atau semasa ceramah politik atau perlawanan sukan diadakan tentu laris.
Tiga bulan.
Selama3 bulan aku tak mengemaskinikan blog ni. Seperti biasa penyakit malas menyerang diri disamping kesibukan kerja-kerja harian.
Dalam masa tiga bulan banyak peristiwa yang melibatkan diri aku dan negara terjadi. Antaranyanya ialah sahabat baik aku dari 1983 Shukur Ahmad telah kembali ke rahmatullah sehari sebelum Aidil Adha. Pagi tu bila mendapat mendapat berita dari isterinya memang susah nak percaya.
Al Fatihah kepada Shukur Ahmad.
Peristiwa rompakan di Ambank yang menyebabkan kematian seorang pekerjanya memang memeranjatkan. Terbaru suspek telah di tangkap di Johor sewaktu hendak melarikan diri ke Indonesia. Tahniah PDRM.
Hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum 2013 meninggalkan kita . Terasa masa berlalu begitu cepat.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Berlalulah Ramadhan
Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...
-
Hari Rabu yang lepas , lepas buat kerja di taiping, aku dengan seorang kawan ke rumah Kebajikan Nurkasih di Ulu Sepetang. Masa nak pi aku...
-
Pada 29hb Jun yang lepas ,rasanya semua sekolah mengadakan acara sukan sekolah. Sempat berbual dengan guru besar, memang padat jadual . Sepa...
-
Tragedi pada 7 Jun 1962 lenyapkan satu pertiga daripada pekan Port Royal di Jamaica SEKITAR jam 11.40 pagi pada 7 Jun 1692, bandar pelabuh...