Wabak H1N1


Sumber: Malaysiakini

H1N1: 10 di ICU, tiga risiko tinggi
Aug 4, 09 2:46pm

Tiga daripada 10 orang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan selesema A (H1N1) berisiko kerana masing-masing mengalami masalah obesiti, baru lepas bersalin dan imuniti rendah.

Bagi 14 kes terbaru, satu termasuk dalam angka mereka yang dirawat di ICU, kata Timbalan Perdana Menteri Tan SriMuhyiddin Yassin."Jumlah kes terkumpul kes influenza A (H1N1) di Malaysia setakat 8 pagi hari ini ialah 1,460 kes dengan jumlah kematian lapan orang," katanya.

Daripada 1,460 kes itu, 886 daripadanya jangkitan tempatan, katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik H1N1 di Putrajaya hari ini.

Daripada jumlah itu, 1,410 kes telah sembuh dan hanya 27 kes sedang menerima rawatan antivirus di hospital termasuk di ICU, manakala 23 lagi dirawat di rumah.

2 comments:

myretina said...

belah bertam ada dak lagi dak?...hari tu pi klinik kepala batas depa buat saringan H1N1 kat luar klinik

Mohd Azhari Azizan said...

Sejahtera Atas Kamu,,,,,

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...