Selamat Menyambut Maulid Rasul.


Gadis lari dari rumah

Gosok baju helah lari dari rumah

TANJUNG DAWAI - Seorang bapa Ali Mamat, 58, tidak menyangka tindakan anak gadisnya yang bangun jam 2 pagi, 22 Februari lepas, kerana dikatakan ingin menyeterika baju, adalah dirancang oleh anaknya itu untuk melarikan diri.

Ali berkata, dia yang pada ketika itu nyenyak tidur di rumahnya di Kampung Kepala Tanjung di sini bersama isterinya, Masitah Othman, 57, dan empat lagi anaknya terjaga daripada tidur apabila lampu rumah mereka dihidupkan pada awal pagi Isnin lepas.

Menurutnya, isterinya kemudian mendapati anak bongsu mereka, Siti Zuraida, 17, yang telah menghidupkan suis lampu rumah mereka pada awal pagi itu dan apabila ditanya isterinya, Siti Zuraida mengatakan dia ingin menggosok baju.

“Kami tidak mengesyaki apa-apa dan kembali tidur pada ketika itu dan setelah beberapa minit, lampu dipadamkan semula. Namun saya terkejut apabila bangun tidur kira-kira jam 6 pagi mendapati Siti Zuraida tiada di tempat tidurnya. “Setelah mendapati dia hilang, kami cuba menghubungi telefon bimbitnya namun dia telah mematikan telefon bimbitnya pada ketika itu.

“Kami terus menunggu kepulangan Siti Zuraida di rumah memandangkan ini adalah kali ketiga dia menghilangkan diri namun sebelum ini, dia kembali ke pangkuan keluarga,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Ali berkata, apa yang merunsingkannya pada kali ini sehingga menuntutnya membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Dawai, Selasa lepas, adalah kerana Siti Zuraida tidak dapat dihubungi dan gerakan mencarinya di rumah rakan-rakan juga tidak berjaya.

Menurutnya, sebelum ini Siti Zuraida yang juga merupakan pelajar Tingkatan Lima, pernah menghilangkan diri namun setelah menghubunginya melalui telefon bimbit dia dan memujuknya, dia memberitahu keluarga bahawa dia menumpang di rumah temannya dan segera pulang selepas itu.

“Namun kali ini, telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi sejurus kami menyedari kehilangannya dan apabila ditanya pada rakannya, mereka juga tidak tahu apa yang telah berlaku kepadanya sehingga menimbulkan kerisauan kepada saya.

“Saya bertambah tertekan apabila ibunya turut menghilangkan diri pada tengah hari, hari yang sama akibat tertekan dengan kehilangan Siti Zuraida. “Namun saya yakin isteri saya berada di tempat yang selamat kerana sudah menjadi lumrah isteri saya keluar dari rumah beberapa hari untuk menenangkan fikirannya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ali berkata, Siti Zuraida merupakan anak bongsunya daripada sembilan beradik dan mempunyai seorang kembar yang bernama Zulkilfi. Menurutnya, keluarga mereka tidak pernah berselisih faham atau bertengkar sebelum dia menghilangkan diri bersama beg sekolah yang dipercayai diisi pakaiannya.

Ali berkata, dia merayu Siti Zuraida untuk segera pulang ke pangkuannya dan membincangkan masalah yang dihadapinya.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/utr/content/story6859811.asp.

************************************************************************************
Mendidik anak-anak sekarang. Terlalu banyak cabaran. Selalunya ibu bapa lah yang dipersalahkan . Bagaimana pula keadaan sekeliling, masyarakat, media, pengaruh dan lain-lain.?. Adakah itu tak bersalah?

Santai bersama abang Lan.

Jambatan Pinang Tunggal
Di Jambatan Merdeka
Abang Lan

Hari sabtu yang lepas tak dak kerja nak buat..abang Lan ajak ronda-ronda di Sungai Petani . Cadang nak kayuh naik bukit Kempas tapi abang Lan dah pancit..lama tak kayuh dia kata..Jadi kayuh ronda pi Tikam Batu.. lepak kat satu warung tu untuk menambahkan lemak yang telah hilang tadi.
Memang lama dia tak kayuh..aku ingatkan dah jual dah basikal dia. Tak dak masa .alasan yang biasa ..aku pun sama jugak kadang-kadang saja.. ramai yang dah tak kayuh dah..dan ada jugak pendatang baru.
Meter aku dah ok dah .. ingat kan nak punggai (baling) kat Sungai Merdeka tapi meter tu berfungsi elok pulak.
Kiranya kayuhan tak jauh sangat kira-kira 70km saja hari tu .. tak lah jauh sangat..

Konvoi EOCM ke Bakbara, Thailand

Deretan Proton Exora di Thailand



Seramai 18 pemilik Proton Exora telah melaksanakan satu konvoi ke Pak Bara Thailand pada 13 Febuari hingga 14 Febuari 2010.

Maut selang sehari


GEORGETOWN: “Mak, kakak sejuk,” itu kata-kata terakhir seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun kepada ibunya sejurus sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat demam denggi, Sabtu lalu.

Nik Hazwani Hawa Nik Shamrul Zaini, adalah korban pertama wabak denggi di negeri ini yang meninggal dunia kira-kira jam 6 pagi di Hospital Lam Wah Ee, Jelutong di sini, selepas dua hari dimasukkan ke wad berikutan demam kuat.
Malah, lebih menyedihkan, adik Nik Hazwani, Nik Zawiah Zahida, 3, menyusul sehari kemudian, juga akibat penyakit sama.

Ibu mangsa, Hayati Abdul Wahab, 30, berkata pada mulanya keadaan Nik Hazwani tidak teruk dan selepas menerima rawatan, dia disahkan menghidap virus Rota dan selepas itu keadaannya berubah lebih teruk.

Hayati berkata, anak sulungnya itu menjadi tidak bermaya selepas muntah dan anggota badannya lemah serta berwarna kebiruan serta menggigil.

“Selepas mukanya pucat dan kebiruan, saya hanya mampu berdoa dan berharap Hazwani beransur pulih tapi keadaannya bertambah teruk biarpun pelbagai usaha dilakukan doktor untuk menyelamatkannya.

Namun, Allah lebih menyayangi dan menjemputnya lebih awal. Arwah meninggal dunia beberapa minit sebelum masuk waktu Subuh di sisi keluarga dan sukar untuk saya menerima berita kematiannya ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Villa Sri Kenanga, Batu Uban di sini, semalam.

Keluarga berkenaan turut menerima kunjungan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussin serta barisan exco kerajaan negeri.

Ujian lebih hebat menimpa keluarga Hayati apabila anak keduanya, Nik Zawiah dimasukkan ke hospital sama pada 4 Februari lalu dan meninggal dunia pada jam 6 pagi Ahad (7 Februari lalu) iaitu sehari selepas kakaknya meninggal dunia. Hayati berkata, doktor mengesahkan punca kematian Nik Zawiah ialah akibat sindrom kejutan denggi.

Dia yang masih berpantang selepas 25 hari melahirkan anak keempat iaitu bayi lelaki, Nik Haikal Haziq, tidak mampu menyembunyikan perasaan sayu apabila kehilangan kedua-dua anak perempuan yang akrab.

Sementara itu, suami Hayati, Nik Shamrul Zaini Nik Ibrahim, 33, berkata pemergian anaknya sangat dirasai kerana tingkah laku mereka yang manja dan senang didekati semua orang.
“Mereka sering berdua tanpa mengira waktu. Wajah Zawiah saling tidak tumpah seperti wajah kakaknya dan pemergian mereka berdua kehilangan yang besar buat kami.

Biarpun kami dikurniakan empat anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan, bohong kalau saya tidak sedih apabila keceriaan dua anak saya itu hanya tinggal kenangan,” katanya.
Menurutnya, kedua-dua anaknya tidak memperlihatkan sebarang tanda pelik pada saat-saat akhir dan paling menyedihkannya apabila Hazwani sempat berseloroh ketika mandi mengatakan dia tidak perlu mandi lagi selepas ini.

“Saya tak sangka dia akan pergi buat selama-lamanya. Saya reda dengan pemergian kedua-dua anak tercinta,” katanya.

Jenazah dua beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gelugor masing- masing pada Sabtu dan Ahad lalu dengan dihadiri sanak-saudara dan jiran terdekat.
*************************************************************************************

Takziah ..

Ayam Panggang Madu (resepi Serawak)

Kedai Ayam Madu..
Banner.

huh..mat saleh ni pun minat dengan ayam panggang Serawak


Ayam panggang. Dalam buluh tu adalah sup pansuh ( sup ayam buluh)

John ni bekerja di salah satu kilang di Bukit Kayu Hitam..kayuh kesini semata-mata beli kuih..hihihi
Sebenarnya dah lama aku nak kesini,cuma tak sempat..kedai makan ni kepunyaan jiran aku di Bertam Perdana, Khalid yang tinggal selorong dengan aku. Kedai ni ada ayam panggang madu Serawak dan lain-lain lagi yang berasaskan ayam panggang.
Memang sedap makan kat sini. Sup pun memang terasa supnya. Tak macam setengah-tengah kedai makan bila kita rasa sup..kita rasa air panas saja .
Mat salleh ni memang selalu makan kat sini tambahan si John yang bekerja di Boeing di Bukit Kayu Hitam ..
Kedai ni terletak di Pauh.Kalau lalu lebuhraya Changloon ke Kuala Perlis , kena keluar ke Pauhdah kedai ni terletak di sebelah kanan kalau nak ke Kuala Perlis. atau call saja kak Leha.




Analisa Tarikh lahir

SOALAN

Assalamualaikum, ustaz...... apakah hukum amalan menggunakan nombor-nombor pada tarikh lahir untuk tujuan mentafsir dan menganalisis kehidupan seseorg individu contohnya dapat mengetahui status kewangan, keharmonian keluarga, masalah bakal dihadapi dalam tahun-tahun yang dianalisis. Harap sangat dapat sertakan nas-nas naqli utk menangani isu ini. Wassalam terima kasih.
JAWAPAN

Perlu difahami bahawa, isu yang berkaitan dengan perkara ghaib seperti mengetahui perihal sejarah silam, ramalan bala, ramalan perkara yang akan datang seperti yang disebut dalam soalan di atas, mengetahui sesuatu tentang makhlus halus dan yang seumpama dengannya adalah satu keyakinan yang mesti di sumberkan kepada tiga sumber sahaja. Iaitu :-

a) Al-Quran

b) Hadith Sohih dan Hasan

c) Fitrah kejadian alam (sunnatullah)

Tanpa ketiga-tiga ini, kepercayaan tadi dengan mudah boleh membawa kepada gejala tilikan dan ramalan ghaib yang tidak diizinkan oleh Allah SWT dan RasulNya sebagainya firmanNya di dalam surah al-Naml ayat 65 : ertinya :

قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ

Ertinya : " Katakan (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di atas muka bumi atau di langit mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT" .

SUNNATULLAH ( HUKUM ALAM) BOLEH DIPERCAYAI

Maksudnya adalah mempercayai sesuatu yang mempunyai ciri ghaib seperti meyakini esok akan berlaku hujan berdasarkan sunnatullah iaitu dilihat dari satelit maka di dapati kumpulan awan tebal di atas Malaysia. Ia adalah bentuk ramalan yang didasari oleh sunnatullah atau fitrah alam yang diharuskan.

Alah SWT menyatakan : Ertinya : "Andaikata kebenaran itu mengikuti hawa nafsu mereka, niscaya akan rusaklah langit dan bumi serta seluruh makhluk yang ada di dalamnya." (al-Mu'minun: 71)

Inilah yang perlu dimaklumi, bahwa alam ini dikendalikan dengan undang-undang dan hukum yang tetap, tidak pernah berubah dan berganti, sebagaimana telah dinyatakan oleh al-Quran dalam beberapa ayat, antara lain sebagai berikut:

Firman Allah ertinya : "Kamu tidak akan menjumpai sunnatullah itu berganti." (Fathir: 43)
Hasil dari kepercayaan ghaib tanpa didasari oleh tiga asas tadi, maka ramailah di kalangan umat Islam yang dihinggapi virus kerosakan aqidah.

Idea tilikan dan pengiraan tarikh lahir untuk mnegetahui hal yang akan datang termasuk status kewangan, keharmonian rumah tangga dan sebagai amat bercanggah dengan hukum Islam. Malah jika ingin digunakan hujah ‘sunnatullah' atau tajribah (percubaan dan analisa) pun ia tidak boleh sama sekali. Ini kerana analisa yang boleh diterima hanya analisa yang boleh dibuktikan melalui bukti-bukti saintifik dan fizikal, seperti ramalan cuaca melalui info lengkap dari kedudukan awan dan angin melalui alatan canggih moden dan visual dari satellite.

Begitu juga khasiat kayu-kayu tertentu untuk mengubati penyakit, menghalau binatang tertentu dan sebagainya. Ia juga bersifat fizikal iaitu kepada kayu tersebut dan bauan atau warnanya.

Namun kombinasi tarikh lahir dan kiraan matematik yang didakwa boleh mengetahui kejadian yang akan datang, masalah yang bakal menimpa, jodoh, sakit dan sihat, akan jadi kaya atau terus miskin dan yang sempamanya BUKAN dari sesuatu bersifat fizikal, tidak juga bersamaan dengan contoh yang kayu dan ramalan cuaca tadi. Hal seumpama ini tidak boleh sama sekali diramal menggunakan tarikh lahir.

NABI PUN TIDAK MENGETAHUI YANG GHAIB

Nabi Muhammad s.a.w. datang dan dijumpainya di tengah-tengah masyarakat ada sekelompok manusia tukang dusta yang disebut kuhhan (dukun) dan arraf (tukang ramal). Mereka mengaku dapat mengetahui perkara-perkara ghaib baik untuk masa yang telah lalu mahupun yang akan datang, dengan jalan mengadakan hubungan dengan jin dan sebagainya.
Justeru itu Rasulullah s.a.w. kemudian mengishtiharkan perang dengan sebarang dakwaan dusta yang tidak berlandaskan ilmu, petunjuk mahupun dalil syara'.
Rasulullah membacakan kepada mereka wahyu Allah yang berbunyi:

"Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah semesta." (an-Naml: 65)

Bukan Malaikat, bukan jin dan bukan manusia yang mengetahui perkara-perkara ghaib. Rasulullah juga menegaskan tentang dirinya dengan perintah Allah s.w.t. sebagai berikut:
"Kalau aku dapat mengetahui perkara ghaib, niscaya aku dapat memperoleh kekayaan yang banyak dan aku tidak akan ditimpa suatu musibah; tidak lain aku hanyalah seorang (Nabi) yang membawa khabar duka dan membawa khabar gembira untuk kaum yang mau beriman." (al-A'raf: 188)

Oleh kerana itu, barangsiapa mengaku dapat mengetahui perkara ghaib, termasuk perkara akan datang dan lain-lain, bererti dia mendustakan Allah, mendustakan kenyataan dan mendustakan manusia banyak.

JANGAN JADI BOMOH SECARA TIDAK RASMI

Sebahagian utusan pernah datang ke tempat Nabi, mereka menganggap bahwa Nabi adalah salah seorang yang mengaku dapat mengetahui perkara ghaib. Kemudian mereka menyembunyikan sesuatu di tangannya dan berkata kepada Nabi: Tahukah tuan apakah ini? Maka Nabi menjawab dengan tegas:

"Aku bukan seorang tukang tenung, sebab sesungguhnya tukang tenung dan pekerjaan tenung serta seluruh tukang tenung di neraka."

Inilah yang dilakukan oleh bomoh-bomoh rasmi dan tidak rasmi hari ini, meramalkan perkara ghaib seperti meramal dimana boleh dijumpakan orang hilang, dan meramal melalui tarikh lahir, jumlah huruf pada nama seseorang malah adakalanya menyalahgunaan nombor surah al-Quran untuk tujuan ramalan mereka.

Memang tabiat bomoh atau dukun akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita tentang perkara-perkara akan datang. Biasanya dakwaan tersebut bersandarkan perkhabaran yang dibisikkan oleh jin yang mencuri dengar ucapan para malaikat. Lalu dicampur-baurkan ucapan itu dengan ratusan kebohongan. Kemudian manusia mempercayai ramalan bomoh tersebut.

Masyarakat awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini sebab bomoh kadang-kadang menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebenarnya bukan wali Allah tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا

Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membinarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. ( Riwayat Muslim )

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi :

مَنَ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُوْلُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ )

Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ( Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang kuat ; berkata al-Haithami perawinya shohih kecuali ‘Uqbah bin Sinan 5/117 ; Muntaqa , 2/791 )

Semoga semua kita terselamat dari kesesatan dan kebahayaan syirik. Perlu diingat, perkara syirik sebegini, sengaja melihat dan menganalisa untuk tujuan ‘suka-suka' juga diharamkan. Ia perlu dijauhi sejauh-jauhnya.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
19 Januari 2010

Bukit Langkap.

Berbalah untuk memilih laluan yang mencabar ........atau yang senang


MTB =Mai Tolak Basikal.
Pada Ahad yang lepas.. aku dengan beberapa otai kayuhan berkayuh ke Bukit Langkap yang teletak behampiran dengan mengkuang Dam , Bukit Mertajam.
Memang meletihkan ..tapi bagi otai-otai biasa-biasa saja . Habis bekalan air yang dibawa. Dengan laluan sesat...naik bukit ..last -last sampai la jugak...Tapi tak puas la pulak..sebab banyak MTB.. kena kayuh la jugak..

Black Hawk Down..





Satu peristiwa di Somalia pada tahun 1993 dimana sebuah helikopter Black Hawk telah ditembak oleh Orang Somalia.
Pasukan US Marine dan Delta Force telah diselamatkan oleh tentera Malaysia. Tetapi kerana kurangnya pengetahuan tentang peristiwa ini maka filem Black Hawk Down ni lebih menonjolkan tentang keberani tentera US..

http://panggilanpertiwi.forumotion.net/hari-ini-dalam-sejarah-f9/black-hawk-down-the-true-story-t53.htm

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...