Gosok baju helah lari dari rumah
TANJUNG DAWAI - Seorang bapa Ali Mamat, 58, tidak menyangka tindakan anak gadisnya yang bangun jam 2 pagi, 22 Februari lepas, kerana dikatakan ingin menyeterika baju, adalah dirancang oleh anaknya itu untuk melarikan diri.
Ali berkata, dia yang pada ketika itu nyenyak tidur di rumahnya di Kampung Kepala Tanjung di sini bersama isterinya, Masitah Othman, 57, dan empat lagi anaknya terjaga daripada tidur apabila lampu rumah mereka dihidupkan pada awal pagi Isnin lepas.
Menurutnya, isterinya kemudian mendapati anak bongsu mereka, Siti Zuraida, 17, yang telah menghidupkan suis lampu rumah mereka pada awal pagi itu dan apabila ditanya isterinya, Siti Zuraida mengatakan dia ingin menggosok baju.
“Kami tidak mengesyaki apa-apa dan kembali tidur pada ketika itu dan setelah beberapa minit, lampu dipadamkan semula. Namun saya terkejut apabila bangun tidur kira-kira jam 6 pagi mendapati Siti Zuraida tiada di tempat tidurnya. “Setelah mendapati dia hilang, kami cuba menghubungi telefon bimbitnya namun dia telah mematikan telefon bimbitnya pada ketika itu.
“Kami terus menunggu kepulangan Siti Zuraida di rumah memandangkan ini adalah kali ketiga dia menghilangkan diri namun sebelum ini, dia kembali ke pangkuan keluarga,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Ali berkata, apa yang merunsingkannya pada kali ini sehingga menuntutnya membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Dawai, Selasa lepas, adalah kerana Siti Zuraida tidak dapat dihubungi dan gerakan mencarinya di rumah rakan-rakan juga tidak berjaya.
Menurutnya, sebelum ini Siti Zuraida yang juga merupakan pelajar Tingkatan Lima, pernah menghilangkan diri namun setelah menghubunginya melalui telefon bimbit dia dan memujuknya, dia memberitahu keluarga bahawa dia menumpang di rumah temannya dan segera pulang selepas itu.
“Namun kali ini, telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi sejurus kami menyedari kehilangannya dan apabila ditanya pada rakannya, mereka juga tidak tahu apa yang telah berlaku kepadanya sehingga menimbulkan kerisauan kepada saya.
“Saya bertambah tertekan apabila ibunya turut menghilangkan diri pada tengah hari, hari yang sama akibat tertekan dengan kehilangan Siti Zuraida. “Namun saya yakin isteri saya berada di tempat yang selamat kerana sudah menjadi lumrah isteri saya keluar dari rumah beberapa hari untuk menenangkan fikirannya,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ali berkata, Siti Zuraida merupakan anak bongsunya daripada sembilan beradik dan mempunyai seorang kembar yang bernama Zulkilfi. Menurutnya, keluarga mereka tidak pernah berselisih faham atau bertengkar sebelum dia menghilangkan diri bersama beg sekolah yang dipercayai diisi pakaiannya.
Ali berkata, dia merayu Siti Zuraida untuk segera pulang ke pangkuannya dan membincangkan masalah yang dihadapinya.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/utr/content/story6859811.asp.
************************************************************************************
Mendidik anak-anak sekarang. Terlalu banyak cabaran. Selalunya ibu bapa lah yang dipersalahkan . Bagaimana pula keadaan sekeliling, masyarakat, media, pengaruh dan lain-lain.?. Adakah itu tak bersalah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Berlalulah Ramadhan
Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...
-
Hari Rabu yang lepas , lepas buat kerja di taiping, aku dengan seorang kawan ke rumah Kebajikan Nurkasih di Ulu Sepetang. Masa nak pi aku...
-
Pada 29hb Jun yang lepas ,rasanya semua sekolah mengadakan acara sukan sekolah. Sempat berbual dengan guru besar, memang padat jadual . Sepa...
-
Tragedi pada 7 Jun 1962 lenyapkan satu pertiga daripada pekan Port Royal di Jamaica SEKITAR jam 11.40 pagi pada 7 Jun 1692, bandar pelabuh...
No comments:
Post a Comment