Pengurangan subsidi , peyelarasan harga dan harga baru

Ada kawan perasan yang dalam tajuk akhbar hari ni tak ada satu perkataan pun " NAIK" . Semuanya hanya tertera pengurangan subsidi dan penyelarasan harga.

Semua dah tahu bahwa harga bahan api dan gula telah dikurangkan subsidi oleh kerajaan. Gula telah dinaikan sebanyak 25 sen
dan seperti biasa peniaga dan penjual diberi amaran supaya tidak menaikkan harga . Tapi biasalah.. amaran tu amaran juga.. naik pun naik juga...
Lagi satu kenaikan harga gula ni adalah untuk membantu rakyat Malaysia supaya hidup dengan gaya sihat. Punyalah manja rakyat Malaysia sebab untuk gaya sihat pun kerajaan terpaksa menaikkan harga gula .. Kerajaan mahukan rakyatnya sihat .. jadi jangan komplen mengenai harga baru gula ni.
Harga minyak pula .. harga kita masih lagi rendah berbanding dengan harga jiran-jiran kita . Cuma ada kawan tanya ..awat tak banding harga kereta di negara kita jiran kita?.

No comments:

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...