Sewaktu balik dari kayuhan dari Pantai Merdeka, kami terserempak dengan satu kejadian dimana sebuah kereta Myvi mengelongor masuk ke dalam parit?, sungai?,longkang? di Lahar Kepar. Kejadian ni memang berlaku betul-betul dihadapan kami sebab waktu kejadian ini berlaku kami berada dalam 50m dari kereta tu parking.
Asalnya kereta tu parking di sebelah tebing longkang tu. Tiba-tiba saja dengan perlahan kereta tu mengelongor ke dalam longkang. Ada seorang budak dalam kereta tu . Mengikut kata ibunya Puan Janet Khoo ( bukan nama sebenar). Anaknya Andy Lau ( bukan nama sebenar) sedang tidur.
Agaknya budak ni mengigau perkara yang menyeramkan kot terus terjaga terus tertolak gear. Puan Janet Khoo memang mengatakan gear sudah diangkat. Puan Janet meninggalkan anakkan dalam kereta untuk memberi durian yang dijual tak jauh dari situ.
Cuma yang pasti Puan Janet selepas ni kena menjawap soalan suaminya . " Mana durian yang aku suruh beli tadi?"
No comments:
Post a Comment