Gambar yang jarang kita lihat semasa perlawanan bola sepak


Amat jarang gambar para pemain bola bersolat ditunjukkan. Semoga para peminat mencontohi mereka yang menunaikan solat tak kira dimana saja

Chinese Toddler Accident


Rasanya hari ni iaitu hari Selasa bersamaan 18 Oktober 2011, rata-rata Facebook dan blog memaparkan kisah yang berlaku di negara China. Seorang kanak-kanak perempuan berumur 2 tahun yang terlibat dalam kemalangan dan tidak dihiraukan oleh 18 orang yang lalu lalang disitu . Diulang 18 Orang.

Ramai yang marah dengan sikap orang yang tidak mengambil tahu tetang kanak -kanak tersebut. Sebenarnya banyak kisah-kisah seperti ini berlalu bukan hanya di negara China tetapi juga di negara kita sendiri.

(1) Berapa ramai orang yang mengambil kisah kesihatan diri sendiri dan orang lain bila dia merokok di tempat awam?
(2) Berapa ramai orang yang kisah bila dia makan makanan yang tidak sihat berlebihan ?
(3) Berapa ramai yang kisah tentang keselamatan diri sendiri dan orang lain bila memandu dengan laju?
(4) Berapa ramai yang kisah bila mengambil kesempatan dengan ketidakapaan orang lain ?

Sejak akhir-akhir ni gerun bila baca akhbar Metro..

*********************************************************************************
Dan meninggal dah kanak-kanak ni

Nur Kasih Ulu Sepetang , Taiping

 

Hari Rabu yang lepas , lepas buat kerja di taiping, aku dengan seorang kawan ke rumah Kebajikan Nurkasih di Ulu Sepetang. Masa nak pi aku ada telefon En. Zul , orang yang mengendalikan rumah ni, tapi dia pergi ke tempat lain. Isterinya Puan Noraziah saja yang ada . Asal rumah ni adalah madrasah.
Menurut Puan Noraziah, rumah di ditubuhkan pada tahun 2010 bertujuan untuk mengumpulkan anak-anak yatim dan miskin di sekitar Taiping ni. Sekarang ada 25 orang budak-budak lelaki . Paling muda 2 tahun dan yang paling tua darjah 6. Memang banyak benda yang diperlukan oleh Rumah kebajikan ni. Antaranya katil,tilam, cadar, almari, komputer ,barangan keperluan harian dan juga duit ( untuk membina bangunan tempat tidur kanak-kanak di sebelah bangunan ni.
Puan Noraziah dok tengah periksa budak-budak ni. Budak-budak ni tak pergi sekolah sebab demam. katil budak-budak ni tak cukup, ada juga Puna Noraziah bagitau yang budak2 ni kongsi tilam dengan katil. Aku dok kira, katil ada 6 buah, 6 kali 2 ,12 orang saja yang boleh tidoq atas katil dengan tilam , yang lain ?.

Pejabat yang memerlukan komputer untuk menaip surat-surat.

Bangunan kediaman yang sedang dalam proses pembinaan. Setakat ni kutipan diperlukan
Salah satu poster yang ada di tempat tidur kanak-kanak ni.

Sumbangan boleh ke :
Simpang 3 Ulu Sepetang,34010 Taiping
05-8830806 / 016-5542563 (En. Zul)
Akaun BSN Giro-i :08100-41–00010108-7
Maybank : 558305505878

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...