Hari Rabu yang lepas , lepas buat kerja di taiping, aku dengan seorang kawan ke rumah Kebajikan Nurkasih di Ulu Sepetang. Masa nak pi aku ada telefon En. Zul , orang yang mengendalikan rumah ni, tapi dia pergi ke tempat lain. Isterinya Puan Noraziah saja yang ada . Asal rumah ni adalah madrasah.
Menurut Puan Noraziah, rumah di ditubuhkan pada tahun 2010 bertujuan untuk mengumpulkan anak-anak yatim dan miskin di sekitar Taiping ni. Sekarang ada 25 orang budak-budak lelaki . Paling muda 2 tahun dan yang paling tua darjah 6. Memang banyak benda yang diperlukan oleh Rumah kebajikan ni. Antaranya katil,tilam, cadar, almari, komputer ,barangan keperluan harian dan juga duit ( untuk membina bangunan tempat tidur kanak-kanak di sebelah bangunan ni.
Puan Noraziah dok tengah periksa budak-budak ni. Budak-budak ni tak pergi sekolah sebab demam. katil budak-budak ni tak cukup, ada juga Puna Noraziah bagitau yang budak2 ni kongsi tilam dengan katil. Aku dok kira, katil ada 6 buah, 6 kali 2 ,12 orang saja yang boleh tidoq atas katil dengan tilam , yang lain ?.Pejabat yang memerlukan komputer untuk menaip surat-surat.
Bangunan kediaman yang sedang dalam proses pembinaan. Setakat ni kutipan diperlukan
Salah satu poster yang ada di tempat tidur kanak-kanak ni.
Sumbangan boleh ke :
Simpang 3 Ulu Sepetang,34010 Taiping
05-8830806 / 016-5542563 (En. Zul)
Akaun BSN Giro-i :08100-41–00010108-7
Maybank : 558305505878
No comments:
Post a Comment