Summer Camp

Kalau ikut makna summer camp tu ialah sesuatu tempat dimana ada aktiviti yang disediakan untuk kanak-kanak semasa musim panas ( summer).

Cuti sekolah tak lama lagi. Banyaklah syarikat -syarikat yang mengadakan aktiviti untuk para pelajar semasa tempoh tu. Selalunya program ni dikenali sebagai "Summer Camp". Aku pun tak tau sebab apa dinamakan summer camp ni. Apasal tak dinamakan Kem Cuti Sekolah aku pun tak tau . Mungkin Summer camp ni ada bau-bau burger sikit kot dan Kem Cuti Sekolah ni bau petai. Yang aku tau la ni musim hujan.

Rasa macam tak kena la pulak bila dinamakan Summer camp ni sebab la ni musim hujan. Ada juga syarikat yang namakan program ni Kem Cuti Sekolah, Kem Bina Insan, Kem Bina Semangat , Kem Solat ..cuma tak nampak lagi Kem Musim Hujan.

Makan dalam

Makan dalam maksudnya sesuatu perkataan atau ayat yang ditujukan kepada seseorang atau pendengar secara kiasan atau lebih tepat lagi secara perli.

Semalam ada ceramah  seorang ustaz muda yang memberi ceramah pendek. Dalam ceramah tu ustaz tu tanya golongan mana yang paling kerap membuat korban?. Semua senyap saja.Bila tengok semua senyap, ustaz tu kata golongan yang paling kerap buat korban adalah golongan yang menghisap rokok.

Sebabnya depa ni setakat RM350.00 atau RM 400.00 ni tak kisah sangat . Apalah nilai RM350 setahun berbanding dengan RM150.00 sebulan ( kiraaan kalau sekotak untuk 2 hari ) .

Aku dok tengok sekeliling ada yang gelak ada yang merah muka ada yang tunduk. Tapi ustaz tu kata balik dia percaya orang yang dengar ceramah dia tu tak merokok.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA,SEMOGA KORBAN YANG KITA LAKSANAKAN DITERIMA OLEH ALLAH.

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...