Summer Camp

Kalau ikut makna summer camp tu ialah sesuatu tempat dimana ada aktiviti yang disediakan untuk kanak-kanak semasa musim panas ( summer).

Cuti sekolah tak lama lagi. Banyaklah syarikat -syarikat yang mengadakan aktiviti untuk para pelajar semasa tempoh tu. Selalunya program ni dikenali sebagai "Summer Camp". Aku pun tak tau sebab apa dinamakan summer camp ni. Apasal tak dinamakan Kem Cuti Sekolah aku pun tak tau . Mungkin Summer camp ni ada bau-bau burger sikit kot dan Kem Cuti Sekolah ni bau petai. Yang aku tau la ni musim hujan.

Rasa macam tak kena la pulak bila dinamakan Summer camp ni sebab la ni musim hujan. Ada juga syarikat yang namakan program ni Kem Cuti Sekolah, Kem Bina Insan, Kem Bina Semangat , Kem Solat ..cuma tak nampak lagi Kem Musim Hujan.

No comments:

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...