Merawat 7 Penyakit Hati

Aku bukan seorang ulat buku. Cuma hari tu aku temankan seorang kawan ke Pesta Buku di Kompleks Dato' Kailan di Kepala Batas. Pusing punya pusing jumpa satu buku bertajuk 'Merawat 7 Penyakit Hati". Selak-selak.. isi buku dia hurai satu persatu penyakit hati ni . 7 Penyakit hati ni ialah :

(1) Membanggakan diri
(2) Terpedaya oleh perasaan sendiri
(3) Sombong atau bongkak
(4) Suka Menunjuk-nunjuk
(5) Buruk sangka
(6) Bakhil
(7) Dendam

 Bila tengok satu -satu penyakit hati ni ..semuanya pernah aku alami. Sekarang ni pun ada lagi beberapa penyakit tu. Adoi hai....

"Ghost City" muncul di Sungai Xin'an , China


Kemunculan 'bandar hantu' di langit itu berlaku selepas hujan lebat dan suasana lembap berlaku di sepanjang Sungai Xin'an di bandar ini.

Imej pelbagai bentuk bangunan dan pokok itu menyebabkan beberapa pakar kebingungan kerana imej bandar yang diperlihatkan itu bukan refleksi imej yang terdapat di bandar ini.
Adalah dipercayai bahawa imej itu mungkin satu ilusi penglihatan yang berlaku akibat cuaca lembap. - Agensi
 
***********************************************************************************
Lebih kurang macam fartamogana. Ada yang namakan ilusi maya atau "mirage". Kalau kaki DVD mesti kata vortex ..maknanya itu adalah gambaran satu "bandar disebelah sana". Jika ianya pantulan dari sebuah bandar dibumi...bandar mana ya?

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...