Berkumpul di depan Giat Mara, Permatang Tinggi B
Kayuh melalui kawasan bendang memang menenangkan. Angin pun bertiup tak begitu kuat.
Teknik nak hilangkan penat ada bermacam-macam. Aku menggunakan teknik santai. Maksudnya jangan terlalu fokus dengan kayuhan. Nikmati pemandangan. kelajuan pun sekitar 18km/j-23km/j. Nasib baik geng aku yang kayuh ni pun bukan kaki pecut. Kalau tak ..jenuh nak ligan.( kejar)
Samapi di kaki Bukit Birut, abang Lan sedang memberi teknik-teknik kayuhan supaya tidak penat semasa mendaki. Antaranya ialah..jangan merasa penat.
Masa naik bukit, aku selalunya menggunakan teknik ZZ, zig zag. Dan dengan menggunakan teknik ni lah selalunya aku tertinggal.
Tu dia peserta yang ke ....sampai di puncak. Sapa punya botoi?.
Puncak Bukit Birut. Ikut cakap orang depa kata , Bukit Birut ni sebenarnya asal dari perkataan Biru. "T" tu mai dari mana,aku tak tau
Posing macam la naik ke puncak Kinabalu dengan basikal.
Barisan basikal.
Sebab apa dinamakan kayuhan Jejak Kasih. Sebab ni lah. Di tangki ayaq ni Zubir bertemu dengan rakan sekolahnya. Padahal dari bawah tadi dok kayuh sama-sama. Bila sampai , batu tau rupa-rupanya satu sekolah. Keluaq semua cerita cikgu, rakan dan.tukang kebun
No comments:
Post a Comment