Kejam sangatkah kita?







 
Gambar hiasan
Setiap pagi masa nak pi ke tempat kerja aku memang lalu di hadapan Sekolah Kebangsaan Paya Keladi.  Pagi pukul 7 memang ramai budak-budak yang nak ke sekolah. Di hadapan sekolah tu ada lampu trafik untuk pelajar melintas ke sekolah. 

Yang menariknya , ada dua orang pengawal sekolah ( guard) yang membantu pelajar-pelajar ni melintas semasa lampu trafik berwarna merah. Berwarna merah, bermakna kereta memang kena berhenti.

Maksudnya di sini ada tiga perkara untuk membantu pelajar-pelajar ni melintas ke sekolah.
(1) Lampu Trafik
(2) Pengawal Sekolah
(3) Garisan melintas

Tu dia..ada tiga benda nak bantu pelajar melintas untuk elakkan dari DILANGGAR OLEH KENDERAAN YANG LALU. Punyalah ganas-ganas kenderaan yang lalu lalang. sampai nak kena bagi tau kena berhenti bila kanak-kanak melintas di hadapan sekolah.

Patutnya memang dah di"set" dalam kepala para pemandu tanda kanak-kanak melintas memang  kena perlahan. Ni bila lalu nampak tanda tu macam biasa saja . Tak ada apa-apa rasa pun.





Taekwondo. First fight

 Pada 1 Julai 2012 yang lepas, Aisyah dan Ain masuk pertandingan 1st Bakat Taekwondo Championship 2012( Circuit 2) di Sekolah Sains Mara Kepala Batas. Memang depa beria-ria nak masuk. nak test skill. Asyik dok berlatih saja.
 Memang ramai yang masuk bertanding . Seluruh kelab di Seberang Prai. Banyak kelab rupanya, kelab Bravo, SPU ( kelab Aisyah dan Ain),World Teakwondo Federation, RTS dan banyak lagi
Muka-muka saspen sebelum masuk bertanding di gelangang.

 Ain dipakaikan pakaian keselamatan sebelum bertanding. Muka masih saspen lagi.
 Iyahhhh..
 Aisyah pula boleh sembang lagi dengan lawan dia sebelum bertemu di gelangang
Iyahhhh..
Keputusannya : Dua-dua kalah. walaupun depa kecewa tapi bagi aku masuk bertanding tu pun dah kira menang dah.
Ada lagi pertandingan bulan September ni.

Pergi tak akan kembali..

Pergi tak akan kembali lagi ..Bulan Jun yang lepas, dua insan yang aku kenali meninggal dunia.

Insan pertama.
 Pada 17 Jun 2012, waktu pagi aku terima panggilan . Tengok pada nama pemanggil tulis "Halim". Aku pun jawap dan ucap salam. Terdengar suara perempuan terketar-ketar.
" Waalaikumussalam, ni Azman ka?"
"Ya,
" Saya ni isteri Halim, nak bagi tau Halim dah tak ada.. pagi tadi meninggal dunia di hospital Penang".
Tup..macam kena eletrik aku rasa. Halim sahabat satu sekolah dengan aku dari tahun 1983. Terputus hubungan sejak tahun 1990. Baru-baru ni saja bulan March dapat berhubung itu pun dalam facebook. Dia memang mencari aku dalam facebook.
Memang dia sakit kanser. Kadang-kadang kami bersms sampai tengah malam. Cuma tak sempat nak melawat masa dia sakit. tengah hari 17 Jun 2012, aku sempat melawat jenazah Halim di rumah mertuanya di Kulim. kiriman SMS gurau senda dia masih aku simpan dalam handphone aku.

Insan kedua
Malam 23 Jun pukul 11 malam, sepupu aku phone isteri aku memberitahu nenek (mak kepada mak mertua aku) sesak nafas. Memang 2 hari sebelumnay aku menghantar dia keklinik untuk pemeriksaan kesihatan. tapi doktor memberitahu bahawa kesihatannya baik.
Bila dapat panggilan dari sepupu aku, terus aku dengan isteri ke rumah tok di Permatang Tinggi B. Sebaik saja sampai, Pak lang, mak lang, mak mertua aku dan sepupu aku mengelilingi tok . Bila terpandang wajah tok dengan mata terpejam, terdetik dihati ,tok dah tak ada.
Pak lang panggil doktor dari hospital Kepala Batas untuk pengesahan. Sewaktu doktor sampai ,jiran-jiran dah ramai di rumah tok. Waktu tu pukul 2.00 pagi.
Tok selamat dikebumikan di tanah perkuburan di Kampung Datuk, Kepala Batas. Paksu dari kelantan sampai pukul 7.00 pagi.

Al fatihah kepada mereka berdua.








Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...