Kejam sangatkah kita?







 
Gambar hiasan
Setiap pagi masa nak pi ke tempat kerja aku memang lalu di hadapan Sekolah Kebangsaan Paya Keladi.  Pagi pukul 7 memang ramai budak-budak yang nak ke sekolah. Di hadapan sekolah tu ada lampu trafik untuk pelajar melintas ke sekolah. 

Yang menariknya , ada dua orang pengawal sekolah ( guard) yang membantu pelajar-pelajar ni melintas semasa lampu trafik berwarna merah. Berwarna merah, bermakna kereta memang kena berhenti.

Maksudnya di sini ada tiga perkara untuk membantu pelajar-pelajar ni melintas ke sekolah.
(1) Lampu Trafik
(2) Pengawal Sekolah
(3) Garisan melintas

Tu dia..ada tiga benda nak bantu pelajar melintas untuk elakkan dari DILANGGAR OLEH KENDERAAN YANG LALU. Punyalah ganas-ganas kenderaan yang lalu lalang. sampai nak kena bagi tau kena berhenti bila kanak-kanak melintas di hadapan sekolah.

Patutnya memang dah di"set" dalam kepala para pemandu tanda kanak-kanak melintas memang  kena perlahan. Ni bila lalu nampak tanda tu macam biasa saja . Tak ada apa-apa rasa pun.





No comments:

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...