Homestay Mas di Wakaf Che Yeh. ( En Rosli 017 9765838)
Tapi sekarang homestay ni untuk mereka yang bercuti, rombongan perkahwinan, hantar anak ke pusat pengajian tinggi. Dah tak ada aktiviti-aktiviti kampung sebab kebanyakkan homestay ni di kawsan perumahan. Nak buat aktiviti kampung apa..
Homestay pertama aku di Kelantan, berdekatan dengan Wakaf Che Yeh.(gambar diatas). keluasannya luas jugak boleh letak 2 buah MPV. Ada sebuah bilik berhawa dingin. Tak jauh dari Wakaf Che Yeh. Peti ais ada,cuma tak ada dapur dan mesin basuh. Rasanya pemilik homestay patut letak 2 benda tu di homestay ni. harga RM180.00. Selalunya pemilik minta kita tunggu di Petronas Jalan Geng sebab Homestay ni tak jauh dari situ.
Di Trengganu kami tinggal di Gong Badak. Homestay Nurkasih . Homestay ni memang lengkap dan bersih . Yang penting ada dapur dan mesin basuh. Che Ros pemilik homestay ni pun peramah orangnya. Dekat pula dengan supermarket,jalan kaki sahaja. Nurkasih ni ada 4 buah homestay bersebelahan saja. tempaynya berdekatan dengan Mobil Gong Badak.
Di Pahang pula....nanti lah aku tulis.. gambar tak ambil lagi..masa update ni pun baru samapi di Pahang..