The Litte Star's on Stage. Tadika Khalifah Intelek

 30 Oktober 2012 yang lepas, hari persembahan tadika Khalifah Intelek. Aliah Amirah dah berlatih tarian India setiaap hari. Pantang ada masa terluang dia berlatih. Sebelum ni persembahan kanak-kanak tadika Khalifah Intelek dibuat di dewan biasa-biasa saja , tapi kali ni dibuat di hotel Ixora Seberang Jaya. Bayaran pun boleh tahan jugaklah , sebab tu aku pi berdua saja.
 Keadaan dewan sebelum pertunjukkan. 
Bila buat di dewan yang gah ni, sekurang-kurangnya dapat menaikkan taraf pandidikan tadika yang bercirikan Islam. Biar bukan Islam tengok sikit bahawa pendidikan Islam ni tak koman. Tak lah mereka pandang rendah pada tadika bercirikan Islam ni.

 Kumpulan UNIC juga dijemput. Sepupu aku minat dengan UNIC ni. UNIC menyanyi lagu jalinan dengan kanak-kanak tadika .
Bila dah dikenakan bayaran ada ibu bapa yang tak berapa mampu. Maka ada kanak-kanak yang buat persembahan tanpa ditonton oleh ibu bapa. Ibu bapa ronda kat Penang Megamall dulu , lepas tu baru ambik anak.
Tarian Belon yang pertama kali aku tengok.
Mungkin pengurusan TKI ni buat kat hotel ni sempena 5 tahun penubuhan Tadika Khalifah Intelek ni. 

1 comment:

s.c.h.u.l.t said...

Salam puan, kalau berminat nak jual baju Khalifah Intelek perempuan boleh whatsapp +601136840085. Tq

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...