Bulan November yang lepas sewaktu operasi JJPT ( Jalan-jalan Pantai Timur) , kami ke Kuala Gandah; Pusat Kebangsaan Konservasi Gajah (PKKG). Aku dok fikir jugak nama yang sesuai untuk tempat ni. Konservasi ni macam titu Conservation saja. Rasanya nama yang sesuai adalah PUSAT PENJAGAAN GAJAH KEBANGSAAN. (PPGK) .
Mungkin ada sebab perkataan Konservasi tu digunakan . Mungkin ada kena mengena dengan sejarah.
Nak ke situ melalui Lebuhraya Pantai Timur. Keluar ke persimpangan Lancang. Kemudian ikut papan tanda ke PKKG. Jalan ke situ memang nampak hutan.
Masuk ke situ percuma sahaja. Pertunjukan pada pukul 2.00 petang sahaja. Kalau sampai awal , kena daftar dahulu sebab hanya terhad kepada 100 orang sahaja. Mungkin tak nak bagi gajah terkejut kot dengan orang ramai.Mula-mula acara mandi sungai , dulu ada mandi bersama gajah. tapi sebab-sebab tertentu, program tu dibatalkan.
Lepas mandi, gajah pun dalam keadaan okey sikit, ada sedikit pertunjukkan .Gajah ni masing-masing ada nama sendiri. Kebanyakkannya diselamatkan semasa kecil.
Lepas tu orang ramai boleh merasa pengalaman memberi gajah makan buah-buahan. Ramai jugak yang berebut-rebut bagi gajah makan.