NCR ( Nikah , Cerai dan Rujuk)

Bulan November dan Disember adalah bulan yang paling sibuk bagi seorang Kadi. Setiap hari ada saja tempahan untuk menikahkan pasangan baru yang mendirikan rumahtangga.

\Para isteri pula boleh berehat dari memasak pada hari Sabtu dan Ahad memandangkan undangan kenduri bertimbun-timbun. Kadang-kadang satu hari sampai tiga undangan kenduri. Sebagai menghormati tuan rumah seeloknya cuba hadir kerumah kenduri .

Menjadi "trend" sekarang bila para pasangan yang baru mendirikan rumahtangga mengupah jurufoto untuk mengabdikan gambar-gambar peristiwa bersejarah untuk dijadikan tatapan dimasa hadapan. Maka waktu inilah kita nampak, pasangan pengantin memakai baju pengatin mengharungi sawah bendang, hutan bukau ,air terjun dan lain-lain semak samun untuk mendapatkan gambar yang cantik.

Kadang-kadang "gerun" melihat perbelanjaan untuk satu majlis perkahwinan yang mencecah berbelas-belas ribu. Adalah malang jika perbelanjaan yang dikeluarkan tidak mempertahanan satu ikatan perkhawinan dengan satu lafaz cerai.Sekali sekali buka lah balik album gambar perkahwinan dulu. Para juru foto pun patut mengambil gambar-gambar tetamu yang datang, para penanggah/mentara ( dah kurang dah gotong -royong sekarang ni ) .

 Tanpa DJ sunyilah majlis. Sekarang ni bunyi kompang dah pakai MP3

Makanan sampingan selain dari nasi. Dah satu hari 2,3 rumah buat kenduri.. mana tahan makan daging dgn ayam saja

Semoga pasangan yang bernikah pada tahun ini bahagia hingga ke akhir hayat .amin...Gambar pengantin tak dapat disiarkan sebab pangantin tak bagi ..hahah

No comments:

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...