Sudah 13 hari kita menjalani ibadah puasa. Ramai lah para ibu bapa memujuk anak-anak yang baru belajar berpuasa supaya berpuasa penuh. bagi yang tak tahan separuh hari , lama-lama jadi sehari.
Ada satu ceramah dimana ustaz tu memberitahu bahawa kita lebih menekankan soal puasa daripada soal solat. Tumpuan supaya anak-anak berpuasa lebih di tekankan dari solat .
Jika pulang ke kampung , tok, nenek, ayah saudara, mak saudara lebih suka bertanya kepada sikecil dengan soalan
" Adik , puasa tak hari ni? "
" Abang puasa dah berapa hari ?"
" Kak tinggal tak lagi puasa?"
jarang sekali dengaq soalan
" Adik dah solat zuhur tadi?"
" Abang tadi solat subuh kat mana?"
" Kakak tinggal solat tak lagi?"
Hmm peringatan untuk aku jugak ..
Memang ada keluarga yang menekankan soal kedua-dua ibadah ini .
Imej kita yang berpuasa kepada mereka yang belum Islam
" Slow sikit hari ni ,maklumlah puasa"
" Silap lagi.. dok silap saja ..mata mengantuk ..dari sahur tak tidur lagi ni."
Segala kesalahan atau kesilapan semuanya kita salahkan puasa. Sebab puasalah yang jadi macam tu ,sebab puasalah jadi macam ni..macam-macam lagi. Padahal bulan tak puasa pun macam tu jugak.
Cuba fikir apa yang mereka yang belum Islam dengan rungutan -rungutan kita mengenai puasa ni. Apa pandangan mereka ?. Jika kita berterusan merungut , mereka yang belum Islam akan menjauhkan diri dari Islam. Tu yang kita lupa tu.. apa yang kita buat ,kita tuturkan jadi permerhatian mereka yang belum Islam.
Ada satu temubual dalam radio IKIM rancangan 'Islam agama ku" . Cerita mengenai mereka yang baru memeluk Islam. Ada satu kisah perempuan Cina muda berumur lebih kurang 20an. Masa dia belajar di Malaysia tak terbuka untuk memeluk Islam bila melihat gelagat orang Melayu di sekelilingnya . Tapi dia mendapat hidayah di UK bila melihat akhlak orang Islam di sekelilingnya .
Satau peringatan untuk diri aku jugak.. Ingat apa yang dibawa..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Berlalulah Ramadhan
Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...
-
Hari Rabu yang lepas , lepas buat kerja di taiping, aku dengan seorang kawan ke rumah Kebajikan Nurkasih di Ulu Sepetang. Masa nak pi aku...
-
Pada 29hb Jun yang lepas ,rasanya semua sekolah mengadakan acara sukan sekolah. Sempat berbual dengan guru besar, memang padat jadual . Sepa...
-
Tragedi pada 7 Jun 1962 lenyapkan satu pertiga daripada pekan Port Royal di Jamaica SEKITAR jam 11.40 pagi pada 7 Jun 1692, bandar pelabuh...
No comments:
Post a Comment