Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal.

Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebulan dan perasan gembira menyambut Hari Raya Aidil Fitri dapat berjumpa dengan saudara mara , kawan-kawan lama. Mana-mana yang bujang mulalah berkunjung ke rumah bakal masing-masing untuk berkenalan sebelum mendaftar menjadi ahli keluarga. 

Bagi yang sudah berkeluarga, tentu perasaan gembira berjumpa dengan saudara mara dan kawan-kawan sekampung yang hanya setahun sekali sahaja berjumpa .

Kedua . Perasaan sayu bila melihat Ramadhan berlalu pergi. Tanyalah semua orang bulan Ramadhan ni terutama waktu malam memang berbeza dengan bulan lain. Semangat dia lain sikit.. Selalunya ayar-ayat seperti Ramadhan Terakhir tahun ni memang selalu orang sebut malah menjadi tajuk-tajuk drama sedih. Aku tak nafikan memang sedih rasa bila Ramadhan berlalu pergi tambah sedih bila tak dapat guna sepenuhnya merebut keberkatan bulan Ramadhan yang mulia 


Bagi yang sudah masuk kerja , tentu rasa teringat kembali detik waktu terakhir meninggalkan pejabat sebelum Hari Raya .. Satu perasaan yang gembira untuk bercuti Hari Raya.

Bila kembali bertugas semula tentu mood kerja agak menurun sedikit sebelum engin panas.

Aku hari ketiga Raya sudah bekerja . 

Gambar sebahagian dari anak cucu Tok Fatimah. Yang duduk tu dari kiri Mak Ngah , Mak Njang dan Mak aku. Yang belakang anak menantu  . 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI , MAAF ZAHIR BATIN 

Nasib si penjual ais krim Turki






Karnival Mahabbah kali ini ada penjual ais krim Turki atau dikenali "Ya Mado". Gelagat penjual aiskrim yang dikenali  sebagai Sulaiman Ya Mur.

Kita semua tahu kesabaran kena tinggi bila nak beli aiskrim Turki ni . Mana tak nya si penjual akan main-mainkan pembeli dulu sebelum mendapatkan ais krim tu. Buat yang kaki perogois ( marah) kalau boleh jangan beli . Nanti kepala penjual aiskrim tu masuk dalam tong aiskrim bila dok main-main masa nak bagi ais krim tu.

Bagi aku la. Sulaiman Ya Mur ni didatangkan khas dari Turki nak memeriahkan Karnival Mahabbah. Pihak pengurusan Karnival susah payah bawa aiskrim ni ,kit apulak kutuk cara dia buat main-main tu . Dah sememangnya cara penjual aiskrim Turki tu macam tu . Kalau nak tengok beli ,kalau tak mau kena main-main..jangan beli ..cuma kalau nak rasa juga boleh kot kata kat dia

" Saya mau beli saja ..main-main ..saya tak mau "

Pejam Celik -Pejam Celik

Ramadhan makin meninggalkan kita. Sememangnya sejak dari awal tahun lagi kita dah terasa masa berlalu begitu cepat. Dan memang kita lagu tu  selalu rasa masa berlalu cepat tanpa buat apa-apa . Lepas tu terasa menyesal sebab ianya tak diisi dengan benda-benda berfaedah.

Ni mengata kat diri sendiri.

Azam aku belum lagi tertunai dalam bulan puasa ni.( Biarlah rahsia ) .Cukup payah dan terasa memang diri aku ni lemah . Seolah-olah yakin yang aku akan berjumpa Ramadhan yang akan datang sebab dok tangguh dan tangguh.

Apa pun tinggal berbaki beberapa hari lagi ni kena buatkan azam untuk buat apa yang aku nak buat dan harap-harap ianya dapat juga aku buat .



Nota tumit .

Dah lama tak menulis dalam blog . Banyak perkara yang dah berlaku dalam masa setahun ni . Antaranya ialah pulangnya kerahmatullah mak mertua aku . Puan Rokiah binti Hasan .
















Laluan ke Penaga. Menerai lens baru .

Ramadhan 1438/2017

Kita dah melangkah ke 10 hari terakhir Ramadan 1438 / 2017. Waktu -waktu ini ramai yang tertunggu-tunggu malam lailatul qadr . Dan waktu-waktu sebeginilah banyak dugaan yang mendatang macam keletihan , kesibukan, kemalasan.... begitulah ujian-ujian malam terakhir..

Aku pun tak terlepas dengan penyakit-penyakit tu. Keletihan yang kadang-kadang boleh terlupa rakaat berapa . Kalau bersembang dengan rakan-rakan yang lain yang kategori " orang awam" macam aku ada beberapa tips untuk mengelakkan dari mengantuk bila solat terawih.

Tips 1
(1) " Hang kalau nak ingat berapa rakaat, mula-mula masa nak solat hang set tengok dulu corak kat sejadah. Cari corak yang besar-besar, 8 atau 10. Tiap kali rakaat hang tengok corak tu.. Aku buat macam tu..tak lah tersilap bila nak duduk tahiyat akhir."

" Laa macam tu pulak.."

Tips 2
(2) Berubah tempat solat ,maksudnya bila solat jangan duduk sebelah kanan saf saja ..sekali sekala dok sebelah kiri, saf kedua , ketiga..Kiranya tiap-tiap hari berubah tenpat solat.

Tips 3

(3) Solat di lain-lain masjid dan surau setiap malam. Bila kita selalu makan nasi goreng biasa..sekali sekala nak juga makan nasi goreng tomyam. Aku guna kaedah ni . Mula dengan masjid di taman aku ..surau kampong, masjid kampong, masjid di taman sebelah, masjid kampong sebelah.

Tips 4

Kalau mengantuk letih..tak payah pi ..( yang ni bulan posa dengan tak posa sama saja bagi dia, kadang-kadang boleh dia cerita pulak dia pi kedai mamak di pekan beli nasi..waktu tengahari....adoiii)


Bulan posa ni bulan kita "kampoi" buat pahala. Tak rugi buat pahala dan tak untung buat dosa.
Gambar tak kena mengena dengan cerita

Pagi yang berbeza

Ada setengah dari kita yang anggap setiap pagi adalah sama.

Bangun , Mandi , solat , pakai baju, pandu kereta

Tempuh kesesakan yang sama, pemandangan yang sama ,malah kalau bernasib baik jumpa orang yang sama bila dalam kesesakan .

 Bila tiba hari cuti, ramai yang ambil peluang bermastautin di katil lama-lama setelah solat subuh. Masa inilah nak qada berehat setelah penat bangun awal ke tempat kerja.

Tapi kalau kita bangun seperti biasa dan keluar rumah seperti biasa .tapi memandu pada arah yang berlainan dari laluan ke pejabat. Masa ini lah kita nak merasakan ketenangan semasa pemandu.

Sayang jugak bila kita lepaskan hari berlalu tanpa kita menikmati pagi di waktu cuti. Bawa motosikal atau kereta pusing-pusing dan kalau boleh kita ajak sekali keluarga kita bersarapan diluar sama-sama di kedai kopi.

( Waktu gawat macam ni boleh bawa bekal . lepas tu cari taman ka, tepi bendang ka ..sarapan sama-sama)

Selalunya laluan ni sesak  dengan kenderaan , budak sekolah
Laluan keluar dari Taman Bertam Perdana ke Jalan Paya Keladi . Pagi-pagi selalunya bersusun kereta kat sini

Ramadhan 1437 - 2016

Dah 4 hari berpuasa . Suasana meriah memang terasa. Masjid-masjid penuh dengan manusia. Dan setiap kali bulan puasa 2 nombor jadi perbalahan 8 dan 20 .

Bazaar Ramadhan makin bertambah. Di Bertam dan Kepala Batas saja aku tengok dah sepuluh bazaar Ramadhan. Aku jarang membeli belah di situ sebab selalu nya terlajak . Dari nak beli satu ..terrrbeli lima. Sebab tu aku lebih suka beli di tepi-tepi jalan .

Waktu ni bila tersilap satu-satu benda..kita jangan jadikan alasan "Sebab berpuasa"  sebagai alasan untuk menghalalkan kesalahan kita . Silap tetap silap. Contohnya bila kira buat kiraan apa-apaka atau boss bagi tugasan dan kita buat silap. Alasan yang selalu kita bagi

" Ala boss, silap la .. maklumlah berpuasa.."

Maka puasa pula disalahkan, dia tak salah. Apa pandangan bukan Muslim bila dia dengar alasan kita?.

" Aiya,, banyak susah itu posa ooo. selalu kasi orang silap "

Jadi sapa yang salah? ..Tak pasai-pasai kita pulak buat dia jadi jauhkan dari Islam.


 
 
 

Hampir setahun

Hampir setahun aku tak update blog ni. Alasan biasa yang orang lain bagi ... SIBUK. Mungkin sibuk sungguh atau sibuk dengan benda-benda yang menyibuk.

Last sekali aku tulis dalam blog ni 11 August 2014. Itu pun fasal gambar di Jalan Pinnag Tunggal. Banyak peristiwa terjadi yang sepanjang setahun tu.

Umur semakin meningkat. Bila tengok anak-anak makin membesar dan untuk  mendidik terasa memang besar cabaranya. Aku ada simpan rakaman masa anak-anak aku bayi hinggalah sekarang. Bila pasang tengok masing-masing dok gelak.

Mak la ni  "study" di pondok Sungai Bakap. Pondok kecik duduk sorang . Bila kami pi jenuh dok adjust nak duduk kat mana.

Bulan Feb sampai bulan Jun yang lepas aku kena bertugas di Johor. Tukar angin. Dok sorang-sorang di Yong Peng. Ingatkan nak update blog masa dok sana tapi terlupa password. Baru-baru ni saja yang teringat balik password tu.

 Bulan March tahun depan kenduri Asrul pulak.

Susunan atau urutan wali nikah perempuan dalam Islam

Wali-wali dalam pernikahan atau perkahwinan mestilah mengikut hierarki atau susunan seperti berikut:
  1. Bapa
  2. Ayah kepada bapa (datuk)
  3. Adik-beradik lelaki seibu sebapa
  4. Adik-beradik lelaki sebapa
  5. Anak saudara (anak kepada adik-beradik lelaki seibu sebapa)
  6. Anak saudara (anak kepada adik-beradik lelaki sebapa)
  7. Bapa saudara seibu sebapa (adik-beradik lelaki kepada bapa yang seibu sebapa)
  8. Bapa saudara sebapa (adik-beradik lelaki kepada bapa yang sebapa)
  9. Sepupu (anak lelaki kepada bapa saudara yang seibu sebapa)
  10. Sepupu (anak lelaki kepada bapa saudara yang sebapa)
  11. Jika semua wali di atas tidak ada maka yang menjadi wali ialah wali sultan sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Sultan (pemerintah) menjadi wali bagi sesiapa yang tidak ada wali.” (Riwayat Abu Daud).

Pagi yang berkabus

Dah lama tak update blog. Banyak cerita tapi mungkin laptop dah slow sikit yu yang buat slow sikit nak update.





Sebagai permulaan gambar waktu pagi di Pinang Tunggal berkabus sewaktu ke Sungai Petani Jambatan kereta api tu ,kalau dapat ambil gambar, mesti best.
Tak pa lain kali lah

Satu pagi pada satu Januari

 Pagi 1 Januari memang lengang. Mana tak nya, malam tadi ramai yang dah bersengkang mata untuk menyambut tahun baru Masihi 2014.  Aku ambil kesempatan jalan lengang ni dengan ronda-ronda di sekitar Butterworth.
 Ronda-ronda sampai di Pantai Robina. Banyak peninggalan sampah yang dihasilkan malam tadi . Sampah bertaburan. Nampaknya semangat sambut tahun baru masih tak berubah dan semangat untuk menghasilkan sampah juga masih tak berubah.
 Sambil ronda-ronda di Pantai Robina, aku snap beberapa keping yang dah lama aku tak snap .hahha




Ain tunjuk skill ambik gambar Aliah

Dia , Proton Waja dan surat khabar

Kadang kala setiap pagi aku ke kedai "uncle Inskandar" untuk mengambil dua surat akhbar ,Berita Harian dan Star yang dilanggan oleh pejabat.

Kadang-kala aku terserempak dengan dia di kedai uncle tu. Selalunya kedatangan dia diiringi oleh bunyian hon dari kereta Waja yang dipandunya. Sebenarnya tak ada apa-apa yang menarik tentang dia dan Proton Wajanya cuma aku tertarik dengan cara dia membeli surat khabar di kedai tu.

Aku selalunya 'parking" agak jauh dari kedai. Kiranya dapat jugak bersenaman berjalan dari kereta ke kedai surat khabar tu . Pagi-pagi  hari bekerja memang tak sempat bersenaman. Jadi dengan cara begitu dapat jugak bersenam.

Cara dia dengan memberi hon dahulu sebelum sampai di hadapan kedai tanda dia dah datang. Kemudian "parking " di hadapan kedai. betul-betul di hadapan kedai . Kalau ada kenderaan lain dihadapan kedai lagilah haru. Bunyi hon bertalu-talu. Dia bunyikan hon sebab nak suruh pekerja di kedai bawa surat khabar terus kepada dia tanpa dia turun dari kereta . Kalau pekerja lambat bawa surat khabar maka hon pun berbunyiiiii.

Mungkin dia ada sebab tersendiri bila buat macam tu. Cuma aku kesian kan dia sebab tak ambil kesempatan waktu membeli surat khabar untuk bersenam. 

Kisah di kedai makan simpang ke Lahar Kepar

Semangat untuk berniaga rasanya ada pada semua orang. Tambahan pula bila kerja "makan gaji" dengan orang lain dirasakan tidak lagi enjoy atau tidak membawa perubahan pada diri sendiri.
Perasaan kemuncak untuk memulakan perniagaaan sendiri memuncak bila membaca buku atau mendengar sesi seminar mengenai perniagaan ( aku salah seorang dari orang itu).

Baru-baru ni, seperti biasa sebelum ke pejabat, aku bersarapan jauh dari pekan Kepala Batas,maksudnya tak lah jauh sangat bila hanya bersarapan di Lahar kepar. Sarapan bersama penduduk yang bekerja di sawah, para tok wan yang menghantar cucu ke tadika memang menenangkan perasaan. Walaupun mereka tidak berbual dengan aku tapi bila mendengar berbualan mereka yang berkisar tentang sawah, cucu, anak dapat menurunkan perasaan kekalutan sebelum ke pejabat.

Kedai makan tu hanyalah kedai makan biasa yang menjual nasi lemak bungkus, kuih muih dan baru-baru ni ada menjual roti canai . Tapi yang menariknya kedai tu sentiasa penuh dengan orang. Mungkin pemandangan disitu menenangkan .

Masa aku pergi baru-baru ni, terpandang satu bakul baru makanan yang dibungkus. Bukan nasi lemak, bukan kuih muih, bukan tapai tetapi kacang rebus yang dibungkus dengan plastik.  Terus terdetik, mungkin seseorang  yang baru menceburi perniagaan kot.
Aku pandang dari jauh jika ada sesiapa yang ambil kacang tu untuk sarapan ...tapi tak ada pun.Timbul rasa kasihan pada tuan punya kacang tu. Apa perasaan dia bila ambil bakul tu nanti bila bilangan kacang yang dia hantar tadi sama. ?. Jika kacang tu dijual di kawasan atau semasa ceramah politik atau  perlawanan sukan   diadakan tentu laris.




Tiga bulan.

Selama3 bulan aku tak mengemaskinikan blog ni. Seperti biasa penyakit malas menyerang diri disamping kesibukan kerja-kerja harian.

Dalam masa tiga bulan banyak peristiwa yang melibatkan diri aku dan negara terjadi. Antaranyanya ialah sahabat baik aku dari 1983 Shukur Ahmad telah kembali ke rahmatullah sehari sebelum Aidil Adha. Pagi tu bila mendapat mendapat berita dari isterinya memang susah nak percaya.
Al Fatihah kepada Shukur Ahmad.

Peristiwa rompakan di Ambank yang menyebabkan kematian seorang pekerjanya memang memeranjatkan. Terbaru suspek telah di tangkap di Johor sewaktu hendak melarikan diri ke Indonesia. Tahniah PDRM.

Hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum 2013 meninggalkan kita . Terasa masa berlalu begitu cepat.


SELAMAT HARI RAYA

Esok 8 Ogos 2013 Hari Raya Aidil fitri disambut diseluruh Malaysia. malam ni kiranya tersenyum lebar para tokey-tokey syarikat telco kerana sms ucapan hari raya bertebangan di serata udara Malaysia.

Diterima pantun dari orang lain , kemudian di "forward" kepada oarng lain,last-last dapat balik pantun yang mula-mula kita forward tu. macam tu lah . bila dah malas nak karang pantun.

Apa yang diharapkan supaya semangat Ramadhan diteruskan dibulan -bulan seterusnya.

SALAM AIDILFITRI 

Kita dan puasa. ( peringatan untuk diri aku)

Sudah 13 hari kita menjalani ibadah puasa. Ramai lah para ibu bapa memujuk anak-anak yang baru belajar berpuasa supaya berpuasa penuh. bagi yang tak tahan separuh hari , lama-lama jadi sehari.
Ada satu ceramah dimana ustaz tu memberitahu bahawa kita lebih menekankan soal puasa daripada soal solat. Tumpuan supaya anak-anak berpuasa lebih di tekankan dari solat .
Jika pulang ke kampung , tok, nenek, ayah saudara, mak saudara lebih suka bertanya  kepada sikecil dengan soalan
" Adik , puasa tak hari ni? "
" Abang puasa dah berapa hari ?"
" Kak tinggal tak lagi puasa?"

jarang sekali dengaq soalan
" Adik dah solat zuhur tadi?"
" Abang tadi solat subuh kat mana?"
" Kakak tinggal solat tak lagi?"

Hmm peringatan untuk aku jugak ..

Memang ada keluarga yang menekankan soal kedua-dua ibadah ini .

Imej kita yang berpuasa kepada mereka yang belum Islam
" Slow sikit hari ni ,maklumlah puasa"
" Silap lagi.. dok silap saja ..mata mengantuk ..dari sahur tak tidur lagi ni."

Segala kesalahan atau kesilapan semuanya kita salahkan puasa. Sebab puasalah yang jadi macam tu  ,sebab puasalah jadi macam ni..macam-macam lagi. Padahal bulan tak puasa pun macam tu jugak.

Cuba fikir apa yang mereka yang belum Islam dengan rungutan -rungutan kita mengenai puasa ni. Apa pandangan mereka ?. Jika kita berterusan merungut , mereka yang belum Islam akan menjauhkan diri dari Islam. Tu yang kita lupa tu.. apa yang kita buat ,kita tuturkan jadi permerhatian mereka yang belum Islam.

Ada satu temubual dalam radio IKIM rancangan 'Islam agama ku" . Cerita mengenai mereka yang baru memeluk Islam. Ada satu kisah perempuan Cina muda berumur lebih kurang 20an. Masa dia belajar di Malaysia tak terbuka untuk memeluk Islam bila melihat gelagat orang Melayu di sekelilingnya . Tapi dia mendapat hidayah di UK bila melihat akhlak orang Islam di sekelilingnya .

Satau peringatan untuk diri aku jugak.. Ingat apa yang dibawa..



Sukan Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana

Pada 29hb Jun yang lepas ,rasanya semua sekolah mengadakan acara sukan sekolah. Sempat berbual dengan guru besar, memang padat jadual . Sepatutnya sukan dibuat pada minggu lepas tapi "berlaga" dengan sukan sekolah menengah . Tambahan pulak dikawsan Bertam Perdana ni hanya satu padang saja yang sesuai digunakan untuk acara sukan.
 Acara dimulakan dengan perbarisan murid-murid. Ada pertandingan perbarisan terbaik. Cikgu -cikgu jenuh nak perah idea nak cipta satu perbarisan dan pakaian yang sesuai untuk pertandingan ni.
 Lepas tu ada ikrar dari Mohd Wazif ,dengar kata dia olahragawan sekolah
 Murid-murid sekolah dari pasukan Puteri Islam bertungkus lumus membantu cikgu dari segi logistik, minuman,makanan kepada ajk sukan.
 banyak acara yang dipertandingkan Antaranya ialah acara lari,
 acara lari
 lumba lari
 acara untuk pra sekolah
 lari
dan lari lagi.
*****************************************************************************
Terima kasih kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana kerana mengadakan acara sukan ni.

Kisah seorang lelaki di kampung aku.

Minggu lepas balik kampung. Mak buat sedikit kenduri doa selamat untuk berangkat ke Mekah. Salah seorang tetamunya adalah seorang lelaki berumur 50an yang tinggal dekat dengan rumah aku.

Sekitar tahun 80an sewaktu aku masih lagi bersekolah dan waktu zaman Search, Battle Of The Band dulu, lelaki ni kerap masuk keluar penjara kerana menghisap dadah. Aku masih ingat lagi waktu kenduri si sebuah rumah, waktu kami nak makan nasi di celah-celah pokok pisang dalam belukar, terserempak dengan lelaki ni dengan rakan-rakan "seperjuangan" berkumpul ramai -ramai sambil bertingung. Di halaunya kami ,apa lagi bertaburan lah lari. banyak kisah dia keluar masuk penjara yang aku dengar.

Sekarang ni, lelaki ni masih lagi belum berkawin. Tinggal dengan mak nya yang sakit, dialah yang memasak, membasuh baju, mengemas rumah. kerjanya pergi ke laut dan mengambil upah memandu lori. Itu pun jika mak dia kelihatan sihat jika tak memang dia tak kerja. nasib baik adik beradik yang ada jauh membantu dari segi kewangan dan barangan keperluan.

" Sapa nak jaga mak kalau saya kawin " Jawap lelaki ni kalau orang tanya kenapa dia tak berkawin. Memang bertukar terus dari kisah lama dia.

Kisah lelaki ni adalah sedikit kisah masyarakat yang boleh kita ambil iktibar. Selalunya kita menjadi "hakim" dalam menentukan masa depan seseorang. Bila tengok kanak-kanak yang terlalu nakal, terus kita "jatuh" hukum budak ni tak ada masa depan yang cerah.


Kejayaan dari segi akedemik sering di raikan ,tapi kejayaan dari segi akedemik jarang di beri iktirafan dan mungkin orang yang berjaya dari segi akhlak sememangnya tidak mahu menonjolkan diri .



Kisah di kedai buku.

Hari Sabtu tengah hari, pukul 3.00 petang aku dengan keluarga aku ke kedai buku Hassani di Carrefour ( sekarang ni AEON Big, tapi aku lebih suka sebut Carrefour). Anak aku nak cari novel, sebab dah lama tak beli novel. Novel untuk kanak-kanak .

Sampai kat sana aku dok belek-belek buku-buku novel Islam, kisah-kisah motivasi ,saja baca dua tiga baris,letak balik. Tengah dok belek-belek buku,

" Laaa, tak pakai tudung pun cari buku Islam" aku toleh tengok ,ada dua remaja lelaki tengah pandang seorang perempuan ( dalam 30an) bersama anak kecilnya .
Aku pandang arah perempuan tu, dia tengah leka belek buku bercirikan Islam. Di tangan dah ada beberapa buah buku. Salah satunya adalah "Amalan harian Sepanjang Zaman" .Dato Ismail Kamus.

Sebelum apa-apa timbul dalam hati aku, aku pangkah awal-awal " Hidayah adalah kuasa Allah, ".

Kita selalu rasa kita lebih dari orang lain terutama dalam hal-hal ibadat. tambahan pula kita cukup solat 5 waktu, ditambah pula dengan solat sunat. kerap solat berjemaah. kadang -kala timbul riak dan pandang orang lain jahil. Kita ketawakan orang lain bila membeli buku-buku asas-asas dalam ibadah .Bila nampak seseorang ( tambahan orang itu dah berumur) beli buku "Cara-Cara solat" , terus kita buat tanggapan

" Ehhh dah tua tak tau solat lagi??" terus dalam hati kita kata " aku lagi alim walaupun aku muda lagi". takut juga bila terlintas rasa riak, bangga dengan amalan kita yang tak seberapa. Teringat aku masa satu kuliah seorang ustaz kata
" kita sangkakan kita dah kaya di akhirat tapi rupanya kita miskin". Maksudnya kita rasakan amalan yang kita buat dah cukup sebab solat cukup berjemaah lagi, kerap baca Al Quran, sedekah., tapi bila ditimbang rupanya ringan sebab amalan yang kit abuat disertai dengan Riak dan rasa bangga .
Ya Allah jauhkan lah kami dari rasa riak dalam menunaikan tanggungjawap kami sebagai hamba Mu"



Lagi kes kanak-kanak kena rogol dan bunuh

2 suspek ditahan

Oleh Hadzlan Hassan, Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Norul Awatif Romli

Klang: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan yang mati disyaki dirogol dalam kejadian di Jalan Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, di sini, semalam.
Kedua-dua suspek berusia 19 dan 24 tahun itu ditahan di tempat kejadian selepas dilihat cuba melarikan diri dari lokasi kejadian pada waktu mayat mangsa ditemui.


Mangsa Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, 11 dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar bermain kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerahj Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof berkata mayat mangsa ditemui kira-kira jam 10.30 malam dalam keadaan menyayat hati di kawasan tanah lapang berdekatan kawasan tempat meletak kenderaan.

Setakat ini, polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian

*******************************************************************************
 Menyirap darah aku kalau ada kes-kes macam ni. Masih lada lagi species yang *^^%$#^()((&^. ( tak boleh digambarkan dengan kata-kata).

"Promosi" tentang hukuman bila melakukan kesalahan merogol masih lagi gagal di pasaran. Tiada syarikat gergasi yang mahu menaja atau membuat iklan mengenai hukuman ini. Jika masih ada yang melakukannya maknanya hukuman sekarang masih "lembut"?.
Promosi tentang hukuman kesalahan rogol ni patut di buat billboard besar-besar, ditanyang di pawagam , dan disiarkan di TV masa iklan.
Jika boleh habiskan duit untuk bendera parti, billboard calon, rasanya tak jadi masalah kalau nak buat iklan mengenai hukuman kesalahan kes rogol.

Pilihanraya yang kita idamkan

Dah lama aku tak update ni. Penyakit kemalasan untuk menulis melanda. Padahal banyak cerita yang boleh dikongsi tapi ..alasan yang biasa diberi ialah SIBUK.

Sebenarnya banyak perkara yang terjadi di sepanjang bulan Januai hingga April. Terutama berita mengenai pilihanraya.Sejak tahun lepas lagi parti-parti politik telahpun berkempen. Masing-masing bertungkus-lumus untuk mendekatkan  dan "menjauhkan"dari masyarakat Malaysia.

Amat kurang kita dengar kempen-kempen dari parti politik ini yang menengahkan perancangan -perancangan mereka bila berjaya membentuk sebuah kerajaan. Yang selalu didengar ialah parti-parti politik ini menyerang peribadi pihak lawan.

"Saya akan buat yang terbaik buat saudara-saudara semua. Terpulang pada saudara untuk memilih saya atau pun tidak. Samaada saya atau atau pun calon pihak sebelah sana yang dipilih, apa yang penting ialah kebajikan pihak saudara semua dijaga"

 Jarang sekali aku dengar kempen macam ni. Tidak mengata orang atau pun pihak lawan.

Kalau di pandang dari pandangan lain. Calon-calon pilihanraya ni masing-masing tak sabar untuk menjadi  kuli kepada rakyat. Ini pandangan yang lurus bendullah. Kalau pandangan yang bengkang bengkok...masing-masing tak sabar untuk ...........................................................(isi tempat kosong).

Penyokong pulak, masing-masing bekerja keras supaya orang ramai membenci parti politik yang disokongnya .Hairankan?. Mana taknya sikap penyokong parti-parti politik ini kadang-kadang melampaui batas. Macamana pengundi atas pagar nak pilih sesuatu parti jika penyokong parti berkenaan tidak berkenan di hati .

Amalkanlah sikap berhemah . 

" Kita jangan gantung semua bendera kat kawasan ni. Bagi kat depa sama . Depa pun ada tinggal ruang kat kita untuk gantung bendera kat kawasan kampung sana."

Kalau ada macam ni kiranya penyokong parti memang dalam keadaan yang amat matang dan moden. malah berfikiran futuristik.

Tapi yang ada sekarang..

" Depa gantung bendera kat sini aku takek 18 kerat. Ni kawasan kita depa berani depa gantung . Hangpa jangan bagi ruang kat depa "

Baguih punya dok ada. Tu belum lagi yang dok salah guna jentera dan media lagi.

Apa-apa pun pilihanraya idaman belum lagi ada. Cuma sedikit catatan .. aku tulis ni pun dah lebih 10min.

Ada yang lebih susah dari kita...(Little brother needs to sleep)



rdn_4ea22d88b3b75 


rdn_4ea22d89e2174
rdn_4ea22d8845dbc

Kisah ini berlaku di Shanjiang, China. Kanak- kanak perempuan ni bawa adik lelaki dia yang menginap penyakit "malnutrition" yang menyebabkan kepalanya membesar dari keadaan normal.
Ibu -bapa mereka bekerja di bandar yang terletak jauh dan mereka tinggal dengan datuk dan nenek. Datuk dan nenek pulak sibuk kerja kat ladang.

Ini adalah salah satu kisah masyarakat dunia. Di sini pun ada kisah yang macam ni. Pelajar terpaksa ponteng sekolah bila menolong ibu bapa bekerja. Memotong getah, jaga adik di rumah, kerja di kedai makan. 
Dengan perbelanjaan harian ,bulanan yang bertambah memang memeritkan untuk menguruskan hal kewangan. Cuma pertambahan perbelanjaan itu adakah keperluan ataupun kehendak (nafsu ) kita?.
 

*********************************************************************************


Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...