Showing posts with label Jalan-jalan cari.... Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan cari.... Show all posts

Nur Kasih Ulu Sepetang , Taiping

 

Hari Rabu yang lepas , lepas buat kerja di taiping, aku dengan seorang kawan ke rumah Kebajikan Nurkasih di Ulu Sepetang. Masa nak pi aku ada telefon En. Zul , orang yang mengendalikan rumah ni, tapi dia pergi ke tempat lain. Isterinya Puan Noraziah saja yang ada . Asal rumah ni adalah madrasah.
Menurut Puan Noraziah, rumah di ditubuhkan pada tahun 2010 bertujuan untuk mengumpulkan anak-anak yatim dan miskin di sekitar Taiping ni. Sekarang ada 25 orang budak-budak lelaki . Paling muda 2 tahun dan yang paling tua darjah 6. Memang banyak benda yang diperlukan oleh Rumah kebajikan ni. Antaranya katil,tilam, cadar, almari, komputer ,barangan keperluan harian dan juga duit ( untuk membina bangunan tempat tidur kanak-kanak di sebelah bangunan ni.
Puan Noraziah dok tengah periksa budak-budak ni. Budak-budak ni tak pergi sekolah sebab demam. katil budak-budak ni tak cukup, ada juga Puna Noraziah bagitau yang budak2 ni kongsi tilam dengan katil. Aku dok kira, katil ada 6 buah, 6 kali 2 ,12 orang saja yang boleh tidoq atas katil dengan tilam , yang lain ?.

Pejabat yang memerlukan komputer untuk menaip surat-surat.

Bangunan kediaman yang sedang dalam proses pembinaan. Setakat ni kutipan diperlukan
Salah satu poster yang ada di tempat tidur kanak-kanak ni.

Sumbangan boleh ke :
Simpang 3 Ulu Sepetang,34010 Taiping
05-8830806 / 016-5542563 (En. Zul)
Akaun BSN Giro-i :08100-41–00010108-7
Maybank : 558305505878

Melawat Pondok Tuan Guru Hj Mat Nahu , Sik



Keadaan pondok-pondok

Hari Ahad yang lepas aku ikut satu NGO Warga Kilang pi melawat satu perkampungan pondok di pendalaman Beris , Sik. Group WK ni memang terkenal dengan kerja-kerja amal yang depa buat..Blog Monier ni selalu aku lawat ..ada di sebelah ..Kami konvoi dengan beberapa biji kereta termasuk 4 wheel drive. Sampai kat sana aku jumpa dengan Mudir pondok tu Ustaz Kamil. Pelajar kat sini kira-kira 80 orang yang mai dari merata negeri ..Trengganu pun ada.
Fendy, aku, Monier, Satar, adik monier , Ustaz Kamil ( berkain pelikat),dan Bob.

 Ustaz ni bagitau yang budak-budak ni belajaq bukan untuk sijil atau apa apa kelayakkan "kertas" . tapi untuk belajar agama semata-mata .
Monier sedang memberi ceramah motivasi untuk pelajar-pelajar ni ..

Dari apa yang aku tengok, selain dari barang-barang keperluan harian, pondok ni lebih memerlukan sumbangan untuk membina penginapan pelajar supaya lebih selesa lagi. Aku ada tinjau-tinjau dalam pondok2 kayu tu, bumbung berlubang , lantai pun dah reput. Jadi kalau ada mana2 oarang perseorangan ka , GLC ka , bank ka yang boleh memberi sumbangan dalam bentuk pembinaan penginapan untuk pelajar-pelajar ni.


XTVT berbasikal

kayuah round Penang Island
Berehat ti Titi Kerawang semasa latihan kayuhan pusing Pulau


Berehat sebentar di Bayan Lepas


Kayuhan Gemalai ke Pantai Merdeka





Rumah Jagaan Nayiatul Aisyiyah ,Balik Pulau


Bahagian dapur

Ustazah Rohani



Hari Sabtu yang lepas, aku ke rumah pak lang aku di Sungai Ara. Saja bawa mak mertua dengan tok jalan-jalan. Lagi pun dah lama tak jalan-jalan sejak buka sekolah ni. Jalan-jalan bagi aku naik feri pusing tanjung ( Pulau Pinang).

Dah sampai ke pulau aku ke Balik Pulau . Dah lama nak ke Rumah Jagaan Nasyiatul Aisyiyah. Rumah ini diuruskan oleh Puan Rohani yang berpengalaman salam memberi motivasi kepada remaja-remaja bermasalah. Rumah yang terletak di Balik Pulau ni menepatkan 20 orang kanak-kanak dari bayi hinggalah umur 16 tahun. Kebanyakkannya ialah anak-anak yang datang dari keluarga bermasalah.

Cara pengurusan Ustazah Rohani memang profesional. Dengan usahanya rumah ni mendapat bantuan pampers selama setahun untuk bayi-bayi dibawah jagaannya. Satu lagi tahniah kepada NGO Warga Kilang yang memberi tuisyen percuma kepada kanak-kanak ni.

Dari permerhatian aku, budak-budak dibawah jagaan ustazah Rohani memang ringan tulang. boleh tolong memasak.

Sesiapa yang ingin membantu bolehlah menghulurkan bantuan :

Maybank A/C no: 157081009973 ( Pusat Jagaan dan Kebajikan Nasyiatul Aisyiyah)

Atau boleh ke alamat
No 60, Sungai Pinang Village Area,
11010, Balik Pulau , Pulau Pinang.




Nasi Kandar Ahmad

Beratur panjang
Menunggu dengan sabar

Tu dia


Nasi Kandar Ahmad yang terletak di persimpangan jalan ke Bukit Tambun dan jalan utama tuan (berdekatan dengan masjid ) amat popular . Apa yang menarik pelanggan kedai makan ini terdiri dari berbilang bangsa.

Pelanggan amat sabar menunggu walaupun terpaksa beratur panjang. Dari apa yang aku rasa, masakan nasi kandar Ahmad ni lain sedikit dari nasi kandar mamak yang biasa kita makan. Agaknya sebab tu lah kelainan nasi kandar ni dari nasi kandar mamak..dan sebab itulah ianya menjadi tumpuan.













Rumah At Taqwa, Betong, Pengkalan Hulu.



Tempat simpan baju.
Bilik study

kalau nak ke sini .. dari pekan pengkalan Hulu belok kiri terus saja ..sebelum sampai ke border, sebelah kiri ada signboard Rumah At Taqwa.


Sapa-sapa yang lalu kat sini singgah-singgah lah kat sini.

Contact En Alias (019-4981197). Van yang hantar budak-budak ni ke sekolah pun disewa.

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...