Hari Sabtu tengah hari, pukul 3.00 petang aku dengan keluarga aku ke kedai buku Hassani di Carrefour ( sekarang ni AEON Big, tapi aku lebih suka sebut Carrefour). Anak aku nak cari novel, sebab dah lama tak beli novel. Novel untuk kanak-kanak .
Sampai kat sana aku dok belek-belek buku-buku novel Islam, kisah-kisah motivasi ,saja baca dua tiga baris,letak balik. Tengah dok belek-belek buku,
" Laaa, tak pakai tudung pun cari buku Islam" aku toleh tengok ,ada dua remaja lelaki tengah pandang seorang perempuan ( dalam 30an) bersama anak kecilnya .
Aku pandang arah perempuan tu, dia tengah leka belek buku bercirikan Islam. Di tangan dah ada beberapa buah buku. Salah satunya adalah "Amalan harian Sepanjang Zaman" .Dato Ismail Kamus.
Sebelum apa-apa timbul dalam hati aku, aku pangkah awal-awal " Hidayah adalah kuasa Allah, ".
Kita selalu rasa kita lebih dari orang lain terutama dalam hal-hal ibadat. tambahan pula kita cukup solat 5 waktu, ditambah pula dengan solat sunat. kerap solat berjemaah. kadang -kala timbul riak dan pandang orang lain jahil. Kita ketawakan orang lain bila membeli buku-buku asas-asas dalam ibadah .Bila nampak seseorang ( tambahan orang itu dah berumur) beli buku "Cara-Cara solat" , terus kita buat tanggapan
" Ehhh dah tua tak tau solat lagi??" terus dalam hati kita kata " aku lagi alim walaupun aku muda lagi". takut juga bila terlintas rasa riak, bangga dengan amalan kita yang tak seberapa. Teringat aku masa satu kuliah seorang ustaz kata
" kita sangkakan kita dah kaya di akhirat tapi rupanya kita miskin". Maksudnya kita rasakan amalan yang kita buat dah cukup sebab solat cukup berjemaah lagi, kerap baca Al Quran, sedekah., tapi bila ditimbang rupanya ringan sebab amalan yang kit abuat disertai dengan Riak dan rasa bangga .
Ya Allah jauhkan lah kami dari rasa riak dalam menunaikan tanggungjawap kami sebagai hamba Mu"
Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts
Kisah Saya- Saudara Baru
Aku baru saja selesai baca buku ni KISAH SAYA -SAUDARA BARU, hasil pengalaman Puan Nuraisyah Chau Abdullah. Kisah Nuraisyah ni aku pernah dengar dalam radio IKIM. menarik juga pengalaman dia dari sebelum memeluk Islam sampailah ke alam perkhawinan,
Rintangan semasa dia dalam proses pembelajaran Islam memang banyak. Dengan kawan-kawan di universiti yang ada kurang memberi sokongan dengan keluarga Cinanya yang kurang memahami dengan Islam.
Banyak benda yang dia bangkitkan tentang sikap orang kita terhadap saudara baru. Pandangan dia tentang orang Melayu yang seolah-olah "memaksa" saudara baru menjadi orang Melayu..macam pakai kain sarong. Keluarganya menentang dia memeluk agama islam kerana takut akan berkhawin dengan orang Melayu tapi dengan kedatangan rakan-rakan saudara baru dia ke rumah membuatkan mak dia terbuka bahawa Islam bukan hanya untuk orang Melayu.

Merawat 7 Penyakit Hati
Aku bukan seorang ulat buku. Cuma hari tu aku temankan seorang kawan ke Pesta Buku di Kompleks Dato' Kailan di Kepala Batas. Pusing punya pusing jumpa satu buku bertajuk 'Merawat 7 Penyakit Hati". Selak-selak.. isi buku dia hurai satu persatu penyakit hati ni . 7 Penyakit hati ni ialah :
(1) Membanggakan diri
(2) Terpedaya oleh perasaan sendiri
(3) Sombong atau bongkak
(4) Suka Menunjuk-nunjuk
(5) Buruk sangka
(6) Bakhil
(7) Dendam
Bila tengok satu -satu penyakit hati ni ..semuanya pernah aku alami. Sekarang ni pun ada lagi beberapa penyakit tu. Adoi hai....

Subscribe to:
Posts (Atom)
Berlalulah Ramadhan
Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...
-
Air Terjun Junjung terletak diselatan negeri Kedah. Bersempadan dengan negeri Pulau Pinang. Jika dari Kulim, simpang Jalan Junjung terletak...
-
Hari Sabtu tengah hari, pukul 3.00 petang aku dengan keluarga aku ke kedai buku Hassani di Carrefour ( sekarang ni AEON Big, tapi aku lebih ...
-
Hari isnin yang lepas , aku ada tugasan di Ipoh. lepas habis aku singgah sebentar di Kuala Kangsar untuk melihat kilang IMP ni . Sebabnya ...