Ramadhan makin meninggalkan kita. Sememangnya sejak dari awal tahun lagi kita dah terasa masa berlalu begitu cepat. Dan memang kita lagu tu selalu rasa masa berlalu cepat tanpa buat apa-apa . Lepas tu terasa menyesal sebab ianya tak diisi dengan benda-benda berfaedah.
Ni mengata kat diri sendiri.
Azam aku belum lagi tertunai dalam bulan puasa ni.( Biarlah rahsia ) .Cukup payah dan terasa memang diri aku ni lemah . Seolah-olah yakin yang aku akan berjumpa Ramadhan yang akan datang sebab dok tangguh dan tangguh.
Apa pun tinggal berbaki beberapa hari lagi ni kena buatkan azam untuk buat apa yang aku nak buat dan harap-harap ianya dapat juga aku buat .
Nota tumit .
Dah lama tak menulis dalam blog . Banyak perkara yang dah berlaku dalam masa setahun ni . Antaranya ialah pulangnya kerahmatullah mak mertua aku . Puan Rokiah binti Hasan .
Laluan ke Penaga. Menerai lens baru .
Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts
Hampir setahun
Hampir setahun aku tak update blog ni. Alasan biasa yang orang lain bagi ... SIBUK. Mungkin sibuk sungguh atau sibuk dengan benda-benda yang menyibuk.
Last sekali aku tulis dalam blog ni 11 August 2014. Itu pun fasal gambar di Jalan Pinnag Tunggal. Banyak peristiwa terjadi yang sepanjang setahun tu.
Umur semakin meningkat. Bila tengok anak-anak makin membesar dan untuk mendidik terasa memang besar cabaranya. Aku ada simpan rakaman masa anak-anak aku bayi hinggalah sekarang. Bila pasang tengok masing-masing dok gelak.
Mak la ni "study" di pondok Sungai Bakap. Pondok kecik duduk sorang . Bila kami pi jenuh dok adjust nak duduk kat mana.
Bulan Feb sampai bulan Jun yang lepas aku kena bertugas di Johor. Tukar angin. Dok sorang-sorang di Yong Peng. Ingatkan nak update blog masa dok sana tapi terlupa password. Baru-baru ni saja yang teringat balik password tu.
Bulan March tahun depan kenduri Asrul pulak.

Susunan atau urutan wali nikah perempuan dalam Islam
Wali-wali dalam pernikahan atau perkahwinan mestilah mengikut hierarki atau susunan seperti berikut:- Bapa
- Ayah kepada bapa (datuk)
- Adik-beradik lelaki seibu sebapa
- Adik-beradik lelaki sebapa
- Anak saudara (anak kepada adik-beradik lelaki seibu sebapa)
- Anak saudara (anak kepada adik-beradik lelaki sebapa)
- Bapa saudara seibu sebapa (adik-beradik lelaki kepada bapa yang seibu sebapa)
- Bapa saudara sebapa (adik-beradik lelaki kepada bapa yang sebapa)
- Sepupu (anak lelaki kepada bapa saudara yang seibu sebapa)
- Sepupu (anak lelaki kepada bapa saudara yang sebapa)
- Jika semua wali di atas tidak ada maka yang menjadi wali ialah wali sultan sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Sultan (pemerintah) menjadi wali bagi sesiapa yang tidak ada wali.” (Riwayat Abu Daud).
Pergi tak akan kembali..
Pergi tak akan kembali lagi ..Bulan Jun yang lepas, dua insan yang aku kenali meninggal dunia.
Insan pertama.
Pada 17 Jun 2012, waktu pagi aku terima panggilan . Tengok pada nama pemanggil tulis "Halim". Aku pun jawap dan ucap salam. Terdengar suara perempuan terketar-ketar.
" Waalaikumussalam, ni Azman ka?"
"Ya,
" Saya ni isteri Halim, nak bagi tau Halim dah tak ada.. pagi tadi meninggal dunia di hospital Penang".
Tup..macam kena eletrik aku rasa. Halim sahabat satu sekolah dengan aku dari tahun 1983. Terputus hubungan sejak tahun 1990. Baru-baru ni saja bulan March dapat berhubung itu pun dalam facebook. Dia memang mencari aku dalam facebook.
Memang dia sakit kanser. Kadang-kadang kami bersms sampai tengah malam. Cuma tak sempat nak melawat masa dia sakit. tengah hari 17 Jun 2012, aku sempat melawat jenazah Halim di rumah mertuanya di Kulim. kiriman SMS gurau senda dia masih aku simpan dalam handphone aku.
Insan kedua
Malam 23 Jun pukul 11 malam, sepupu aku phone isteri aku memberitahu nenek (mak kepada mak mertua aku) sesak nafas. Memang 2 hari sebelumnay aku menghantar dia keklinik untuk pemeriksaan kesihatan. tapi doktor memberitahu bahawa kesihatannya baik.
Bila dapat panggilan dari sepupu aku, terus aku dengan isteri ke rumah tok di Permatang Tinggi B. Sebaik saja sampai, Pak lang, mak lang, mak mertua aku dan sepupu aku mengelilingi tok . Bila terpandang wajah tok dengan mata terpejam, terdetik dihati ,tok dah tak ada.
Pak lang panggil doktor dari hospital Kepala Batas untuk pengesahan. Sewaktu doktor sampai ,jiran-jiran dah ramai di rumah tok. Waktu tu pukul 2.00 pagi.
Tok selamat dikebumikan di tanah perkuburan di Kampung Datuk, Kepala Batas. Paksu dari kelantan sampai pukul 7.00 pagi.
Al fatihah kepada mereka berdua.

Bila tiba pilihanraya.

Bila tiba pilihan raya tak kira pilihanraya umum atau pun pilihanraya kecil, suratkhabar selalu menyiarkan gambar-gambar betapa perihatinnya calon-calon yang bertanding untuk memancing undi.
Kalau akhbar dari parti A semestinya banyak menyiarkan gambar-gambar dari calon parti A begitu juga sebaliknya. Satu yang kurang menarik bila tiba pilihanraya ialah bab caci maki , kata mengata. Itu belum lagi kes-kes gaduh. Alahai...Kalau tanpa kata mengata tidak dikatakan kempen agaknya.
Fasal gambar-gambar masa kempen.. rasanya dah biasa sangatgambar calon-calon dokong budak, kacau gulai dalam periuk besar, makan bersila,redah banjir, memasak ( pedang senduk saja), menoreh.. Kalau boleh siarkan gambar calon baiki moto ka , kereta ka , basuh kereta pengundi ka, potong kayu api ka,
Lama dah tak post ..
Lama dah aku tak update blog yang hanpir-hampir bersawang ni.. . Masalah ni jugak dihadapi oleh member-member yang lain .. tak update blog ... Satu saja alasan..: TAK DAN ( tak sempat). Masa buat blog dulu alasan ni tak nampak sangat. Orang buat blog ...kita pun buat blog.. orang update blog ... kita ..?????.(kita disini maksudnya aku la).
Piala Dunia atau World Cup dah habis.. hanya tinggal memori daun pisang saja. Memori berjaga malam, berkumpul di kedai mamak, memori kutuk-mengutuk ( secara bergurau) , memori beli jersey, memori dimana muka belakang akhbar menjadi muka hadapan.., dan tidak ketinggalan memori sotong Paul.
Tak lama lagi Ramadhan menjelma, sekali lagi kita digamit memori. Selalunya bermula Ramadhan sehingga Aidil Fitri, kita selalu teringat berpuasa dan berbuka sewaktu budak-budak . Hari raya walaupun ada orang kata hanya untuk kanak-kanak, tetapi bagi perantau ianya memang menyahdukan..

Bukit Langkap.
Pada Ahad yang lepas.. aku dengan beberapa otai kayuhan berkayuh ke Bukit Langkap yang teletak behampiran dengan mengkuang Dam , Bukit Mertajam.
Memang meletihkan ..tapi bagi otai-otai biasa-biasa saja . Habis bekalan air yang dibawa. Dengan laluan sesat...naik bukit ..last -last sampai la jugak...Tapi tak puas la pulak..sebab banyak MTB.. kena kayuh la jugak..
Proton Exora
Pada 9 Disember 2009, aku mengambil Proton Exor ayang aku temaph pada 26 November 2009.
Mulanya jurujual Proton tanya kalau aku berminat dengan nombor plet yang cantik-cantik.. Aku tak kisah number apa pun. Tapi kira ok jugaklah dapat number PJK9002.
Kesemuanya aku berpuas hati cuma GPS nya yang kerap tersasul ..nak kena upgrade .
Ramadhan pertama
Subscribe to:
Posts (Atom)
Berlalulah Ramadhan
Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...
-
Air Terjun Junjung terletak diselatan negeri Kedah. Bersempadan dengan negeri Pulau Pinang. Jika dari Kulim, simpang Jalan Junjung terletak...
-
Hari Sabtu tengah hari, pukul 3.00 petang aku dengan keluarga aku ke kedai buku Hassani di Carrefour ( sekarang ni AEON Big, tapi aku lebih ...
-
Hari isnin yang lepas , aku ada tugasan di Ipoh. lepas habis aku singgah sebentar di Kuala Kangsar untuk melihat kilang IMP ni . Sebabnya ...