Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Gunung Reng , Kelantan

Dalam perjalanan balik dari Kelantan  aku singgah sekejap di Gunung Reng,Jeli. Gunung ini terletak di Jeli . Aku singgah di sini sebab tertarik dengan cerita  sejarah mengenai Gunung Reng ni.


Tapak Gunung Reng ini asalnya sebuah Kampung bernama Kampung Tala yang dibuka oleh Tok Tadoh keturunan Pulang Hari dari Jawa kira-kira 1,400 tahun dahulu. Kononnya, Ketua Kampung Tala telah mengadakan kenduri besar-besaran tujuh hari tujuh malam, cukup dengan berbagai jenis permainan.

Setelah sampai hari ketujuh semua jenis permainan telah dilangsungkan. Untuk upacara penutup, mereka telah bermesyuarat dan bersetuju untuk menyediakan pertandingan memperlaga anjing dan kucing di atas bumbung rumah.

Pada waktu Zohor kedua-dua binatang ini dilagakan di atas bumbung rumah, semasa binatang itu sedang berlaga, berlaku ribut dan taufan berserta hujan yang sangat lebat. Dalam keadaan ribut taufan, seorang perempuan tua bersama dengan seorang cucunya berlari ke kampung yang berhampiran bernama Kampung Gantung untuk mengangkut padi yang dijemur. Setelah selesai memunggah padi yang dijemur, ribut taufan berserta hujan pun berhenti.






Perempuan tua tersebut pergi semula ke Kampung Tala, alangkah terperanjatnya apabila perempuan itu melihat Kampung tala telah ditutup oleh sebuah gunung yang besar dengan melenyapkan Kampung Tala sama sekali.


Gunung yang menutupi Kampung Tala itu dikatakan asalnya terletak di hulu Sungai Reng, kira-kira tiga hari dua malam perjalanan iaitu di sempadan Kelantan/Perak.

Tempat asal gunung ini telah menjadi kolam. Daripada nama sungai ini maka gunung ini dinamakan Gunung Reng. Gunung Reng mempunyai gua-gua yang bercorak bilik-bilik seperti Gua Bedak, Gua Payong, Gua Kaca, Gua Rimau dan Gua Batak. Melalui pintu besar Gunung Reng ini ialah Gua Payong, boleh masuk melalui lorong dalam gua ke bilik-bilik serta ke anjung sehingga ke puncak Gunung Reng.

 Muka gua

 Kawasan dalam gua
Sungai di sebelah Gunung Reng..

Aku masuk jugak ke dalam Gunung Reng ni. Agak mengerunkan la jugak. Burung walit banyak bertebangan dalam gua tu. Dengan bau yang agak kurang menyenangkan, mungkin bau najis burung. Masa dok dalam gua tu , aku bayangkan la jugak cerita-cerita mengenai gunung ni yang menghempas satu kampung. Apa-apa pun cerita tu ada pengajarannya tentang balasan Allah terhadap manusia yang leka dan lalai.
 

Sebuah masjid di Kuala Dal, Kuala Kangsar

 Masjid lama Kampung Kuala Dal terletak di Mukim Padang Rengas, daerah Kuala Kangsar perak. Masjid Lama Kampung Kuala Dal telah dibina oleh Sultan Iskandar Shah iaitu Sultan Perak ke 30 pada tahun 1936. Berdasarkan pahatan tulisan yang terdapat pada papan plag perasminan masjid, mengisahkan majlis perasmian telah diadakan pada hari Jumaat tanggal 10 Zulhijjah pada tahun 1356 Hijrah bersamaan dengan 11 Februari 1938 oleh Sultan Iskandar Syah. Masjid ini telah dibina oleh Sultan Iskandar Syah pada masa itu bersempena menunaikan hajat baginda.

Baginda Sultan telah berniat atau bernazar untuk membina sebuah masjid apabila salah seorang daripada anakanda baginda telah sembuh dari gering. Lokasi Kampung Dal menjadi pilihan kerana baginda dan para pembesar serta kerabat DiRaja sering pergi berkelah di Lata Bubu iaitu kawasan perkelahan DiRaja yang berhampiran dengan kampung tersebut.

 Di dalam perjalanan baginda sering melihat orang-orang kampung tersebut bersembahyang di madrasah yang telah usang. Maka lahirlah rasa belas kasihan baginda terhadap penduduk setempat, dengan itu masjid yang telah siap dibina itu dinamakan Masjid Ikhsaniah Iskandariah.


Masjid yang dibina dengan wang ihsan daripada Sultan Iskandar Syah itu menelan belanja sebanyak RM 8,000 dan telah dibina di atas sebidang tanah yang diwakafkan secara lisan oleh seorang bangsawan iaitu Juragan Abdul Syukur bin Mohamad Ali.

 Pembinaan masjid ini diketuai oleh tukang berbangsa Cina dan dibantu oleh orang-orang kampung tersebut secara bergotong-royong di dalam menyiapkan kerja-kerja mengayam dinding tepas atau kelarai dan ukiran kayu. Tukang kayu mahir seperti Panjang Noh, Ngah Gadoh, Wan Ibrahim dan Kulup Ngah adalah diantara Sembilan individu yang turut menyumbangkan kepakaran dan kemahiran mereka semasa pembinaan masjid dijalankan. Masjid ini mempunyai ciri-ciri seni bina Istana Kenangan di Bukit Chandan dikatakan daripada hasil ilham baginda Sultan Sendiri.


Masjid Lama Kampung Kuala Dal dibina daripada kerangka kayu yang terdiri daripada dua aras. Tingkat atas digunakan sebagai ruang bersolat. Terdapat ruang mihrab yang mengujur keluar mengadap kiblat. Tingkat bawah dijadikan ruang untuk aktiviti keagamaan masyarakat kampung seperti kelas mengaji Quran dan kenduri. Bangunan ini disokong dengan lapan batang tiang daripada kayu ‘kempas’.

Setiap tiang berlapikkan batu alas 50mm ( 1’6” ) yang dikonkritkan bersama lantai simen. Masjid yang berdindingkan panel-panel kelarai buluh dengan corak berlian atau rubus. Masyarakat tempatan menyebutkan corak ’tiga’ kerana terdapat tiga lingkaran kelarai. Dinding kelarai dikenali juga sebagai dinding tepas. Setiap panel kelarai diperkukuhkan dengan palang kayu yang dihiasi corak ‘tampuk manggis’ daripada kayu dipersilangan palang.

Pelan lantai berbentuk segiempat dan dinding dibahagikan kepada tiga bahagian mengikut pembahagian tiang. Di keempat-empat penjuru masjid terdapat seolah-olah empat menara terkeluar daripada dinding. Ruang- ruang yang terkeluar itu berbentuk segi empat tepat yang berukuran ( 3’ x 3’). Bumbung masjid ini berbentuk limas bungkus dengan bahan zink yang merupakan bahan yang esklusif pada masa itu.


Di tingkat atas dewan solat menggunakan tingkap labuh dengan dua daun pintu dan berpagar, untuk pengudaraan dan pencahayaan. Setiap tingkap berdaun dua dihiasi kerawang ukiran “tebuk terus tidak bersilat” bermotif pucuk kacang, bulan sabit dan bintang. Semua ragam hias ini dibuat oleh penduduk tempatan. Penggunaan kayu silang atau corak jejala terdapat di bahagian atas dinding kelarai, manakala di atas tingkap terdapat ram kayu tetap (sisip angin) untuk pengudaraan. Keseluruhan bahagian siling adalah terdiri daripada papan. Di tingkat bawah, dinding panel kelarai diselang-selikan dengan tingkap dua daun.  

 
*********************************************************************************

Aku bila tengok gambar-gambar lama ni, terbayang keadaan masyarakat ketika tu.  Cuba tengok perbezaan antara gambar baru dan gambar lama.

Landasan Maut:1942

Kalau buka bahagian filem-filem yang ditayangkan di akhbar-akhbar, aku tengok banyak filem-filem tempatan kita yang "berasaskan" filem seram. "SERU", SENJAKALA",DILARANG MASUK"MOMOK,JANGAN PANGGIL AKU"..dan banyak lagi filem-filem yang sebelum ni semuanya berkisar kisah seram. Di TV pun terikut-ikut buat filem seram.

kemungkinan cerita seram ni dapat memberi mesej-mesej yang lebih berkesan untuk penonton supaya menjadi seorang yang beperibadi yang baik.

Terfikir jugak aku mengapa tak banyak kisah-kisah sejarah difilemkan. Setahu aku ada beberapa saja filem sejarah yang difilemkan antara nya "Bukit Kepong" ,dan" Leftenan Adnan". Bagi aku filem Bukit kepong lebih menarik lagi dari filem Leftenan Adnan.

Kita ada banyak sejarah atau kisah yang menarik yang boleh difilemkan . Antaranya kisah buruh paksa yang membuat landasan maut di Burma pada tahun 1942. Pada Jun 1942, pemerintah tentera Jepun mula mengumpulkan pekerja bagi membina jalan keretapi dari Nong Pladuk, di daerah Kanchanaburi di Thailand, ke Thanbyuzayat di Burma.

 Seramai 68,000 tahanan perang British, Australia, Amerika, New Zealand dan Belanda manakala 200,000 lagi buruh paksa India, China dan Melayu terlibat dalam pembinaan landasan maut itu. Sepanjang tempoh tiga tahun pembinaannya, seramai 16,000 tawanan perang maut dan lebih 100,000 buruh dari Asia itu dilaporkan meninggal dunia atau hilang. Sepanjang tempoh 1942 hingga 1946, sebanyak 72,000 rakyat negara ini menjadi buruh paksa, namun hanya kira-kira 30,000 orang sahaja selamat pulang


Bagi aku kisah ni memang menarik untuk difilemkan dalam bentuk hitam putih. Novel mengenai kisah ni telah pun dikeluarkan oleh PTS dan penulisnya ialah Salleh de Ran
 
http://sallehderan.blogspot.com/2010/07/landasan-maut-sejarah-hitam-perang.html

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...