Hari Sabtu lepas 3 Disember 2011, aku, Ehsan, Zubir, Zaffry dengan Sam kayuh basikal dengan target 60km dengan kelajuan 25km/j. Ada sebab kami kayuh selaju tu. Tak tau lah.laju ka dak, bagi setengah orang tak laju tapi bagi kami 25km/j tu kalau nak maintain ..jenuhla jugak.
Start dari Taman Seri Serdang, kami start kayuh, masuk ke Permatang Tok Gelam, Semua jalan tali air. Samap di Teluk Air Tawar kami patah balik ke Penaga, singgah sat kat kampung benggali
Rehat sat di tepi laut.
Alang-alang dah sampai sini snap sat. Aku guna basikal Zaffry sebagai pelakun tambahan
Lepas tu kami terus ke pekan penaga ,makan roti canai.Tambah balik lemak yang hilang tadi.
Showing posts with label Kayuhan. Show all posts
Showing posts with label Kayuhan. Show all posts
Kayuhan tepian Sungai Muda.
Tak tau nak buat apa pagi Sabtu , aku roger abang Lan ajak buat kayuhan. Mula-mula tak tak pi mana. Nak ke Penaga ka, Sungai Muda ka. Last-last abang Lan ajak ke Pinang Tunggal ikut laluan keretapi.
Aku pun dah lama tak sentuh basikal ni start dari bulan posa yang lepas. Tapi kami kayuh dalam 15-20km/j saja secara santai tak lah penat sangat.
Abang Lan sedang sarapan pagi. Kedai ni memang jadi kegemaran kami sebab suasana kampung masih ada lagi. Lagi pun kedai ni hanya orang-oarang tua saja yang singgah.
Kawasan sekitar Sungai Muda yang akan dilebarkan. Pokok ni tak lama lagi akan hilang dari pandangan. banyak rumah-rumah yang dulunya ada sekarang ni dah tak ada akibat pelebaran Sungai Muda.
Cuma masa mula-mula aku kayuh ke Taman Bertam Putra,aku nampak banner ni. Tahniah kepada mereka.
Kayuhan Jejak Kasih di Bukit Birut, Pinang Tunggal
Berkumpul di depan Giat Mara, Permatang Tinggi B
Kayuh melalui kawasan bendang memang menenangkan. Angin pun bertiup tak begitu kuat.
Teknik nak hilangkan penat ada bermacam-macam. Aku menggunakan teknik santai. Maksudnya jangan terlalu fokus dengan kayuhan. Nikmati pemandangan. kelajuan pun sekitar 18km/j-23km/j. Nasib baik geng aku yang kayuh ni pun bukan kaki pecut. Kalau tak ..jenuh nak ligan.( kejar)
Samapi di kaki Bukit Birut, abang Lan sedang memberi teknik-teknik kayuhan supaya tidak penat semasa mendaki. Antaranya ialah..jangan merasa penat.
Masa naik bukit, aku selalunya menggunakan teknik ZZ, zig zag. Dan dengan menggunakan teknik ni lah selalunya aku tertinggal.
Tu dia peserta yang ke ....sampai di puncak. Sapa punya botoi?.
Puncak Bukit Birut. Ikut cakap orang depa kata , Bukit Birut ni sebenarnya asal dari perkataan Biru. "T" tu mai dari mana,aku tak tau
Posing macam la naik ke puncak Kinabalu dengan basikal.
Barisan basikal.
Sebab apa dinamakan kayuhan Jejak Kasih. Sebab ni lah. Di tangki ayaq ni Zubir bertemu dengan rakan sekolahnya. Padahal dari bawah tadi dok kayuh sama-sama. Bila sampai , batu tau rupa-rupanya satu sekolah. Keluaq semua cerita cikgu, rakan dan.tukang kebun
kayuhan pokok petai tidak "menangis" lagi
Hari Sabtu yang lepas, aku dengan abang Lan ronda-ronda dengan basikal kesayangan masing-masing iaitu Giant dan GT. Mulanya tak tau mana hala nak tuju..cadang nak dapat kayuhan dalam 20 km dan sebelum pukul 9.30 habis.
Lepas fikiaq-fikiaq.. kami nak kayuh ikut landasan keretapi dari Kubang Menerong ke Pinang Tunggal. Aku pun tak pernah lagi ikut laluan ni. Abang Lan dah banyak kali .
Landasan berkembar dalam pembinaan di Kubang Menerong. Nasib baik semalam tak hujan . kalu tak mesti lecah ( becak)..
Huh waktu ni angin kuat jugak.. jenuh jugak la nak mengayuh..Masa ni perut pun dah lapaq..Kami target nak shapedek (makan) kat satu gerai klasik .
Tu dia .. syapedek tepi jalan saja. Kami balun 2 bungkus bihun dengan teloq rebus. Boss kedai ni memang peramah . Orang pangge dia pak Chot. Dia kata kedai dia hanya orang naik moto dengan basikal saja boleh singgah. Orang naik kereta tak boleh singgah...Aik memilih pelanggan ka Pak Chot ni...Dia kata orang naik kereta tak boleh singgah sebab tak dak tempat nak parking.. memang tepi jalan sungguh.
Lepas tu Abang Lan teringin pulak nak tengok pokok petai menangis yang popular masa dulu . Aku pun bawa la dia . Aku pernah mai sini masa meriah dulu. penuh orang di kawasan ni.Tapi la ni tah tak dak orang dah. Pokok pun dah tak " teriak" lagi. Berita pasai pokok ni ada di sini
aku suka kayuh di kawasan bendang , kampung sebab kawasan tenang , pemandangan pun menarik. Budak-budak pun kalau nampak kita ..siap angkat tangan..macam kita ni pro...hahah.
Lepas tu kayuh balik..Sampai rumah tengok meter 24km .. sampai pukul 9.45..Kira ok lah tu ..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Berlalulah Ramadhan
Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...
-
Air Terjun Junjung terletak diselatan negeri Kedah. Bersempadan dengan negeri Pulau Pinang. Jika dari Kulim, simpang Jalan Junjung terletak...
-
Hari Sabtu tengah hari, pukul 3.00 petang aku dengan keluarga aku ke kedai buku Hassani di Carrefour ( sekarang ni AEON Big, tapi aku lebih ...
-
Hari isnin yang lepas , aku ada tugasan di Ipoh. lepas habis aku singgah sebentar di Kuala Kangsar untuk melihat kilang IMP ni . Sebabnya ...