Showing posts with label Antarabangsa. Show all posts
Showing posts with label Antarabangsa. Show all posts

Mangsa rogol di India meninggal dunia.



SINGAPURA: Wanita India yang menjadi mangsa rogol beramai-ramai dalam sebuah bas di New Delhi sehingga mencetuskan tunjuk perasaaan di jalanan, meninggal dunia hari ini di hospital Singapura selepas mengalami kerosakan organ yang teruk, termasuk otak.


Pihak berkuasa di India dilaporkan sudah bersiap sedia kemungkinan berita kematiannya itu membawa protes dan keganasan yang lebih besar dengan polis pencegah rusuhan mula ditempatkan di ibu negara itu. Wanita berusia 23 tahun itu diterbangkan ke Singapura kelmarin selepas diserang lima lelaki dalam sebuah bas yang dinaikinya pada 16 Disember lalu.

 role models

Mangsa dilaporkan dirogol dan dipukul dengan batang keluli sebelum dicampakkan keluar dari kenderaan itu.

Beberapa pengamal perubatan mengkritik mengenai keputusan memindahkan rawatan mangsa ke luar negara.

“Kami amat sedih apabila menerima berita bahawa mangsa meninggal dunia jam 4.45 pagi waktu tempatan hari ini," kata Kelvin Loh, Ketua Eksekutif Mount Elizabeth Hospital, dalam satu kenyataan hari ini. - AFP

Sumber
**********************************************************************************
Hukuman bagi perogol yang ada sekarang adalah hanya penjara dan disebat . Nampaknya hukuman ini masih lagi tidak berkesan untuk memberi pengajaran kepada manusia.
Lagi sedih bila seseorang perogol mengaku merogol tapi dibebaskan kerana dia seorang ahli sukan.sumber.
Adakah seseorang yang berpengaruh boleh lepas dari hukuman ?.

Datuk Bandar Lithuanian langgar Mercedes dengan kereta kebal


Seorang datuk bandar Eropah Timur kecewa dengan orang ramai yang meletakkan kereta mewah mereka di lorong-lorong basikal secara haram di bandarnya telah menaiki sebuah kereta kebal untuk memastikan mesejnya didengar dengan “kuat dan jelas.”


Arturas Zuokas, datuk bandar Vilnius, ibu kota Lithuania, telah mengeluarkan satu rakaman video yang menampilkan dirinya di tempat kawalan sebuah kereta kebal lapan roda menggelek dan menghancurkan sebuah kereta Mercedes Benz yang diletakkan secara haram di lorong basikal.

Apabila pemilik kereta keluar daripada sebuah kedai dan melihat kerosakan yang berlaku, Zuokas menjabat tangan pemilik tersebut dan memberitahunya, “Lain masa,letakkan kereta anda secara sah.”

“Datuk bandar Zuokas inginkan mesejnya terang dan jelas menyatakan bahawa bandar itu tidak akan bersabar dengan tingkah laku biadab dan tidak tahu malu oleh pemandu yang tidak mematuhi peraturan meletakkan kereta.” jurucakap Zuokas, Irma Juskenaite memberitahu U.K Guardian.

“Datuk bandar berharap dia tidak perlu lagi mengulangi ‘persembahannya’ supaya semua pemandu mengendahkan mesejnya, walaupun dia mengatakan yang dia bersedia untuk berbuat demikian,” katanya.
Irma menambah bahawa kereta mewah itu dibeli khusus untuk ‘persembahan’ itu. 
 
*********************************************************************************
Kat Malaysia bila agaknya nak buat macam ni?. Tapi kat sini parking tak pernah cukup.

"Ghost City" muncul di Sungai Xin'an , China


Kemunculan 'bandar hantu' di langit itu berlaku selepas hujan lebat dan suasana lembap berlaku di sepanjang Sungai Xin'an di bandar ini.

Imej pelbagai bentuk bangunan dan pokok itu menyebabkan beberapa pakar kebingungan kerana imej bandar yang diperlihatkan itu bukan refleksi imej yang terdapat di bandar ini.
Adalah dipercayai bahawa imej itu mungkin satu ilusi penglihatan yang berlaku akibat cuaca lembap. - Agensi
 
***********************************************************************************
Lebih kurang macam fartamogana. Ada yang namakan ilusi maya atau "mirage". Kalau kaki DVD mesti kata vortex ..maknanya itu adalah gambaran satu "bandar disebelah sana". Jika ianya pantulan dari sebuah bandar dibumi...bandar mana ya?

The Underwater river at Cenote Angelita.





Jika dilihat dari gambar yang diambil oleh Anatoly Beloshchin di Cenote Angelitta, Mexico, ianya kelihatan seperti satu sungai lengkap dengan pulau-pulau , pokok-pokok yang mati dan daun-daun yang berguguran.

Surat dari Gaza

Surat dari Ummi Taqi dari Gaza
Selasa, 20 Januari 2009

Kepada saudari/saudari, izinkan saya mengambil kesempatan ini utk menyampaikan berita daripada saudara seagama sekelian yang berada di Gaza kini. Tolonglah ketahui dan sebarkan situasi sebenar yang berlaku di sini kepada orang yang anda kenali atau tidak kenali.

Semasa rejim zionis menyerang kami pada 27hb Disember 2008, mereka bukan sahaja menyerang Hamas, atau penduduk Muslim di Gaza, mereka juga menyerang seluruh umat Islam di dunia. Mereka menyerang Islam dengan harapan bahawa mereka akan dapat melemahkan dan membinasakan seluruh umat Nabi Muhammad SAW.

Dan mereka tidak akan berhenti setakat itu sahaja. Mereka ingin menawan Al Aqsa, mereka menginginkan Tebing Barat Gaza, dan percayalah, mereka menginginkan seluruh Timur Tengah jatuh ke tangan mereka.Tetapi Insyaallah, mereka tidak akan berjaya dan mereka tidak akan dapat memadamkan sinar cahaya ALLAH SWT.

Keadaan kami disini memang tersangat daif, tetapi keimanan kami masih kuat. Alhamdulillah, kami masih hidup , walaupun kami tidak mempunyai bekalan air contohnya, kalau ada pun, ianya sudahpun tercemar ataupun berkuman penyakit.Kami tidak mempunyai duit untuk membeli air mineral. Apabila ada yang mempunyai wang untuk membeli air, mereka kata terlalu merbahaya untuk pergi keluar mendapatkan bekalan air. Kami tidak mempunyai gas untuk memasak sejak lebih daripada 4 bulan yang lalu.

Kami hanya memasak sedikit makanan menggunakan bahan api kayu sahaja.Suami kami semuanya telah kehilangan pekerjaan. Suami saya akan menghabiskan masanya keluar sehari suntuk hanya untuk mendapatkan bekalan air. Selalunya dia pulang dengan tangan kosong. Tidak ada sekolah, tidak ada bank untuk kami keluarkan duit. Hanya sedikit sahaja hospital untuk merawat mereka yang tercedera. Kami senantiasa mengetahui tentang bahaya yang menimpa samada kami berada di dalam rumah atau pun keluar rumah.

Mereka mengeluarkan perintah berkurung daripada pukul 1-4pm. Kami boleh keluar dengan selamat untuk mendapatkan bahan bekalan kata mereka, tetapi itu semua hanyalah tipu semata-mata. Mereka menggunakan peluang ini untuk menambahkan lagi ahli shuhadaa ke dalam senarai mereka.Kami hanya makan sekali nasi atau roti selang berganti hari. Daging dan susu hanyalah barang kemewahan.

Mereka menggunakan senjata kimia di kawasan sempadan . Mereka bukan setakat membunuh kami menggunakan peluru, kereta kebal dan B52, tetapi mereka juga membunuh kami perlahan-lahan dengan membuatkan anak=anak kami mati kebuluran, menyebabkan kami mengalami penyakit yang tidak terucap bentuk dan kesengsaraannya akibat senjata kimia. Dan mereka hanya akan ketawa melihat kesan kesangsaraan yang kami hadapi.Kami telah diberitahu bahawa masyarakat dunia telah menganjurkan demonstrasi.

Mashaallah , kami amat menghargai dan merasakan bahawa kami tidak keseorangan dalam perjuangan ini.Akan tetapi dimanakah tentera Islam, Di manakah pemimpin yang betul-betul berjuang untuk menyelamatkan kami dari dibunuh? Dimanakah tentera Salahudeen Ayubi?Jangan diharap kepada UN, mereka mengiktiraf Israel pada 1949 dan meletakkan keadaan kami seperti yang ada sekarang ini.

Jangan diharap kepada Amerika atau Britain, bukankah mereka yang menawan Iraq dan Afghanistan. Panggillah tentera di Mesir Syria, Turki, Saudi Arabia, Pakistan, Bangladesh, di Negara Teluk, di Indonesia dan Libya, di manakah mereka? Adakah mereka berpuas hati dengan hanya menonton kaum wanita menangis semasa mengkebumikan anak-anak mereka ?

Adakah laungan saudara sesesama Islam tidak dipedulikan? Bukankah kami juga berhak untuk makan dan minum dalam keadaan yang selamat? Bukankah kami juga berhak untuk ketawa dan mempunyai harapan untuk hidup?Ya, kami juga sudah penat. Apabila sahaja kami mendengar bunyi roket dan bedilan bom dan kapalterbang yang terbang rendah di atas bumbung rumah kami, saya menjerit ketakutan bersama anak kecil dan suami saya tidak dapat berbuat apa-apa.Kaum lelaki mesti tahu bagaimana perasaan hampa dan tidak berguna apabila tidak dapat menyelamatkan keluarganya dari terus dihimpit kesusahan.

Ianya mematikan sesuatu dalam diri seseorang itu. Kami selalu tertanya-tanya, bilakah kami akan akhirnya menjual tanah kami dengan harga murah. Apakah setelah beribu-ribu kematian? Kami akan menunggu sehingga tiba masanya. Pihak Israel telah pun membina penempatan mereka di Gaza. Dan beginilah nasib yang menimpa kami.Dengan segala kesengsaraan ini harapan kami hanyalah pada ALLAH SWT yang akan menyelamatkan kami.

Janganlah melupai kami, kerana hanya anda sahajalah yang kami ada sekarang. Segala sedekah dan bantuan yang dihantar tidak sampai kepada kami. Apabila mereka membuka pintu sempadan hanya segelintir sahaja yang boleh masuk menggadaikan nyawa hanya untuk mendapatkan bekalan makanan. Mereka akan membunuh sesiapa sahaja walaupun kanak-kanak umur 5 tahun yang membawa makanan untuk keluarganya. Teruskanlah perjuangan untuk ALLAH SWT dan doakanlah agar kemenangan akan datang akhirnya untuk menyelamatkan umat Islam, Insyallah.Semoga Allah SWT senantiasa memperkukuhkan keimanan kami samada di masa susah atau senang.

Ya Allah, berikanlah kami kemenangan yang akan menyinarkan kegemilangan Islam di mana saja kami berada, Ya Allah, hantarkan kami anak Salahudeen, tentera Islam yang akan menyelamatkan umah Nabi Muhammad SAW daripada terus ditindas di bumi kami tinggal. Ya Allah, lindungilah anak-anak kami dan hapuskanlah rejim zionis dari bumi kami. Ya Allah, bersaksikanlah hari ini pemimpin yang ada di kalangan kami sekarang , Kami berdoa agar di kembalikan pemimpin sebenar kami, Ya Khalifah, tidak lama lagi.

Amin.والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saudari anda, ummi Taqi

www.Muslimways.com

Kartun@Cartoon




(1) Kebanyakan kartun membuatkan kita ketawa. Dengan hanya satu lakaran atau sketsa mampu mengeletek kita.

(2) Seorang kartunis yang peka dengan keadaan semasa tidak hanya melakarkan kartun yang mengelek hati tapi membuat pembaca@penonton terasa percikannya malah kadang-kadang terasa disindir.




Obama menang . Apa yang di harapkan?


UKIRAN menggunakan pasir yang dihasilkan oleh Sudarshan Pattnaik di pantai Puri, India hari ini, tertera ucapan tahniah kepada Senator Barack Obama yang dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat
WASHINGTON: Senator Barack Obama mencipta sejarah bergaya dengan memenangi pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) manakala Iran - negara yang pernah dilabelkan oleh Washington sebagai paksi jahat menyifatkan kejayaan senator itu sebagai "peluang dan ujian."
"Pemilihan Obama mengatasi (calon Republikan) John McCain adalah positif," kata Ahli Parlimen Iran terkemuka, Hamid Reza Babai semalam.
"Obama telah menjanjikan perubahan dan perkembangan ini adalah peluang dan ujian bagi Amerika Syarikat," katanya.
"Kami menunggu untuk melihat perubahan," kata Hamid Reza.
Kata beliau, sepanjang lapan tahun lalu Presiden George W. Bush telah mencetuskan persekitaran menentang AS di seluruh dunia dengan pendekatan ketenteraan dan krisis kewangan.

Obama, 47, turun gelanggang persaingan dengan slogan "Change" mencipta sejarah sebagai pemimpin pertama daripada kalangan masyarakat kulit hitam untuk mengetuai White House berkata, "tempoh lama yang dinanti-nantikan sudah tiba."

"Tetapi malam ini, disebabkan apa yang kita lakukan pada hari ini, dalam pilihan raya ini, pada detik yang bermakna ini, perubahan sudah datang ke Amerika," kata beliau dalam ucapan kemenangan di hadapan kira-kira 240,000 penyokong beliau di Chicago semalam.
Sebelum ucapan itu, McCain mengaku kalah dalam pemilihan.

Beliau menghubungi Obama untuk mengucapkan tahniah kepadanya, yang berganding dengan Joe Biden selaku calon Naib Presiden.
Obama memperoleh sokongan padu daripada pengundi-pengundi kali pertama dan mereka yang berusia antara 18 dan 34 tahun selain masyarakat kulit hitam dan Hispanik.
Ini kali pertama sejak 1908 AS menyaksikan peratusan keluar mengundi paling tinggi iaitu kira-kira 64 peratus.

Kemenangan Obama mendapat reaksi positif daripada negara-negara besar dan maju termasuk China yang mengalu-alukan pemilihannya sebagai Presiden AS yang ke-44.
Pemimpin-pemimpin dunia juga mengharapkan hubungan dan dasar luar yang lebih dinamik dengan Washingtion.

AS pernah memiliki senator dan gabenor masyarakat kulit hitam tetapi ini kali pertama seorang menjadi presiden.

Obama hanya memerlukan 270 undi pemilih untuk menang jawatan Presiden. Ia diperoleh dalam tempoh lima jam selepas pusat pengundian mula ditutup secara berperingkat-peringkat.
Dari segi peratusan undi, Obama menerima 52 peratus ataupun 57 juta manakala McCain pula 47 peratus ataupun 52 juta. Dengan kemenangan itu Obama akan mengangkat sumpah dan memasuki White House Januari depan.

Dengan kemenangan di Florida, Ohio, Pennsylvania, Virginia dan beberapa negeri lain, Obama merekodkan prestasi yang 'menarik' untuk mengatasi McCain dengan mudah.
Obama, anak kepada pasangan warga Kenya dan ibunya dari Kansas, mendapat perhatian banyak pihak sejak tahun 2004. Pada tahun itu beliau bertanding kerusi Senat.
Selain laluan cerah bagi Obama, parti yang beliau wakili - Demokrat juga memperlihatkan prestasi baik dengan mampu menguasai majoriti di Dewan Perwakilan dan Dewan Senat - sekali gus mengawal Kongres buat kali pertama sejak 1994.

Bagi pilihan raya anggota Senat, parti Demokrat, yang Obama wakili, juga mencatatkan kejayaan memberangsangkan dengan memperoleh kerusi ketiga daripada penguasaan Republikan, menjadikan majoriti parti itu meningkat kepada 52 daripada 100 kerusi yang diperuntukkan.
Hanya beberapa kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya Dewan Senat kali ini.
Di peringkat awal, bagi tempoh kurang sejam selepas pusat pengundian awal ditutup, McCain berada di depan lebih kelebihan lebih 10 undi pemilih.

Obama juga menang besar di Pennsylvania - salah satu daripada tiga negeri kritikal yang menjanjikan undi pemilih terbanyak.
Kemenangan mutlak di Pennsylvania meletakkan Obama di kedudukan kukuh untuk menuju ke White House.

Beliau juga dikatakan memperoleh sokongan besar etnik kulit hitam, kaum wanita dan masyarakat Hispanik.

McCain terus menerima sokongan penduduk kulit putih dan golongan warga kanan.

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...