Showing posts with label Kepala Batas. Show all posts
Showing posts with label Kepala Batas. Show all posts

Sukan Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana

Pada 29hb Jun yang lepas ,rasanya semua sekolah mengadakan acara sukan sekolah. Sempat berbual dengan guru besar, memang padat jadual . Sepatutnya sukan dibuat pada minggu lepas tapi "berlaga" dengan sukan sekolah menengah . Tambahan pulak dikawsan Bertam Perdana ni hanya satu padang saja yang sesuai digunakan untuk acara sukan.
 Acara dimulakan dengan perbarisan murid-murid. Ada pertandingan perbarisan terbaik. Cikgu -cikgu jenuh nak perah idea nak cipta satu perbarisan dan pakaian yang sesuai untuk pertandingan ni.
 Lepas tu ada ikrar dari Mohd Wazif ,dengar kata dia olahragawan sekolah
 Murid-murid sekolah dari pasukan Puteri Islam bertungkus lumus membantu cikgu dari segi logistik, minuman,makanan kepada ajk sukan.
 banyak acara yang dipertandingkan Antaranya ialah acara lari,
 acara lari
 lumba lari
 acara untuk pra sekolah
 lari
dan lari lagi.
*****************************************************************************
Terima kasih kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana kerana mengadakan acara sukan ni.

Taekwondo. First fight

 Pada 1 Julai 2012 yang lepas, Aisyah dan Ain masuk pertandingan 1st Bakat Taekwondo Championship 2012( Circuit 2) di Sekolah Sains Mara Kepala Batas. Memang depa beria-ria nak masuk. nak test skill. Asyik dok berlatih saja.
 Memang ramai yang masuk bertanding . Seluruh kelab di Seberang Prai. Banyak kelab rupanya, kelab Bravo, SPU ( kelab Aisyah dan Ain),World Teakwondo Federation, RTS dan banyak lagi
Muka-muka saspen sebelum masuk bertanding di gelangang.

 Ain dipakaikan pakaian keselamatan sebelum bertanding. Muka masih saspen lagi.
 Iyahhhh..
 Aisyah pula boleh sembang lagi dengan lawan dia sebelum bertemu di gelangang
Iyahhhh..
Keputusannya : Dua-dua kalah. walaupun depa kecewa tapi bagi aku masuk bertanding tu pun dah kira menang dah.
Ada lagi pertandingan bulan September ni.

Ijaz Ahmed datang ke Bertam Indah


"Man, satgi ada lelaki tertinggi di dunia mai masjid Bertam lepas asaq". kawan aku bagi tau petang 5 Ogos 2011. Masjid Bertam Indah, Kepala Batas ni memang penuh dengan aktiviti. Lepas kuliah asar, ramai yang bergambar dengan dia.  ketinggian Ahmed ni 2.38m.

Ijaz Ahmed ni mengalami masalah tulang dan hormon. Sesiapa yang bergambar dengan dia memberi sumbangan kat dia untuk perbelanjaan perubatan.


Ijaz Ahmed (also known as Ajaz Ahmed, born 1976) is a Pakistani farmer, claiming to be the world's second tallest living person. He hails from Bakkhar village in Daryakhan, Punjab, and claims to be 8 feet and 4 inches. (254cm). Ijaz Ahmed is a victim of hormonal disfunction. He suffers from an orthopaedic problem that afflicted his right leg after he underwent surgery for a hip-bone fracture. Being a farmer from a rural family, he came to the notice of a Pakistani social worker, Talat Mehmood, who helped him get in touch with Qamruddin Ansari, the manager for Ghulam Shabbir, a former holder of the Guinness Record for the biggest shoe size, and the late Alam Channa, the world's tallest man at the time.

sumber :http://www.thetallestman.com/ajazahmed.htm

Tragedi durian di Lahar Kepar, Kepala Batas

Sewaktu balik dari kayuhan dari Pantai Merdeka, kami terserempak dengan satu kejadian dimana sebuah kereta Myvi mengelongor masuk ke dalam parit?, sungai?,longkang? di Lahar Kepar. Kejadian ni memang berlaku betul-betul dihadapan kami sebab waktu kejadian ini berlaku kami berada dalam 50m dari kereta tu parking.

 Asalnya kereta tu parking di sebelah tebing longkang tu. Tiba-tiba saja dengan perlahan kereta tu mengelongor ke dalam longkang. Ada seorang budak dalam kereta tu . Mengikut kata ibunya Puan Janet Khoo ( bukan nama sebenar). Anaknya Andy Lau ( bukan nama sebenar) sedang tidur.
 Agaknya budak ni mengigau perkara yang menyeramkan kot terus terjaga terus tertolak gear. Puan Janet Khoo memang mengatakan gear sudah diangkat. Puan Janet meninggalkan anakkan dalam kereta untuk memberi durian yang dijual tak jauh dari situ.



Cuma yang pasti Puan Janet selepas ni kena menjawap soalan suaminya . " Mana durian yang aku suruh beli tadi?"

TT di Kiosk Bertam >>>> Bertam Putra


2 April yang lepas ...ada acara menambahkan kalori dan lemak di kiosk di Bertam. Ada 12 orang ahli  EOCM jumpa untuk ke majlis SUT ( Sambutan Ulang Tahun) ke -2 EOCM di Lumut pada 30 April ni. Aku tak pi..Pi tempat lain..Majlis ni di ideakan oleh Chip Penang Tuan Nuarque.
 Arar@man  dengan syamx
Jerwest78 , Madex71, G-One dan Azhari. Madex dok tunggu G-One download papagomo....err papago.

 Nuarpng, Wantu,dgn Nuarque..
Lepas habiskan teh kat kiosk ,pi kat Bertam Putra pulak ...kedai mamak..Dah pi kat situ .. semua pakat makan "berat" lah... mee goreng, roti canai, mee basah ....

Pemuzik di Pasar Malam

Hari Sabtu yang lepas ,saya ke Pasar Malam di Kepala Batas. Terserempak dengan pemuzik ni. Ok jugak suara dan muzik yang dia main. tak lah sumbang sangat . Kiranya memang berbakat
Dula ada rancanagn Sinaran di TV3. Senario dengan Samsul bermula dari rancangan ni . Tak tau lah bila nak ada lagi rancangan yang boleh memberi ruang pada mereka yang seperti insan ini.

Karnival Sukan Tadika Islam 2009

Aliah sedang memastikan keadaan padang supaya selamat sebelum sukan dimulakan.
Hari Sabtu yang lepas 16 Mei 2009, berlangsungnya Karnival Sukan Tadika Islam 2009 di Padang MRSM Kepala Batas. Tiga Tadika Islam mengambil bahagian, Tadika Khalifah Intelek, Permata Intelek dan Amal Educare.

Kanak-kanak dari Tadika Khalifah Intelek lah yang paling ramai . Anak aku salah seorang yang mengambil bahagian.

Ain Syahirah sempat lagi posing sebelum acara dimulakan.
Salah satu acara untuk kaum bapa, tarik tali.aku salah seorang yang meyertainya setelah kekurangan seorang ahli.

Acara penyampaian hadiah.

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...