Pengurangan subsidi , peyelarasan harga dan harga baru

Ada kawan perasan yang dalam tajuk akhbar hari ni tak ada satu perkataan pun " NAIK" . Semuanya hanya tertera pengurangan subsidi dan penyelarasan harga.

Semua dah tahu bahwa harga bahan api dan gula telah dikurangkan subsidi oleh kerajaan. Gula telah dinaikan sebanyak 25 sen
dan seperti biasa peniaga dan penjual diberi amaran supaya tidak menaikkan harga . Tapi biasalah.. amaran tu amaran juga.. naik pun naik juga...
Lagi satu kenaikan harga gula ni adalah untuk membantu rakyat Malaysia supaya hidup dengan gaya sihat. Punyalah manja rakyat Malaysia sebab untuk gaya sihat pun kerajaan terpaksa menaikkan harga gula .. Kerajaan mahukan rakyatnya sihat .. jadi jangan komplen mengenai harga baru gula ni.
Harga minyak pula .. harga kita masih lagi rendah berbanding dengan harga jiran-jiran kita . Cuma ada kawan tanya ..awat tak banding harga kereta di negara kita jiran kita?.

Lama dah tak post ..

Lama dah aku tak update blog yang hanpir-hampir bersawang ni.. . Masalah ni jugak dihadapi oleh member-member yang lain .. tak update blog ... Satu saja alasan..: TAK DAN ( tak sempat). Masa buat blog dulu alasan ni tak nampak sangat. Orang buat blog ...kita pun buat blog.. orang update blog ... kita ..?????.(kita disini maksudnya aku la).

Piala Dunia atau World Cup dah habis.. hanya tinggal memori daun pisang saja. Memori berjaga malam, berkumpul di kedai mamak, memori kutuk-mengutuk ( secara bergurau) , memori beli jersey, memori dimana muka belakang akhbar menjadi muka hadapan.., dan tidak ketinggalan memori sotong Paul.

Tak lama lagi Ramadhan menjelma, sekali lagi kita digamit memori. Selalunya bermula Ramadhan sehingga Aidil Fitri, kita selalu teringat berpuasa dan berbuka sewaktu budak-budak . Hari raya walaupun ada orang kata hanya untuk kanak-kanak, tetapi bagi perantau ianya memang menyahdukan..

Ladang Anggur Tasik Beris ( Beris Lake Vineyard)

Jalan masuk ke ladang anggur.
Mula-mula sampai anak aku pi tala tempat ni dulu

Waktu aku pi buah black grape ni tak masak lagi ..




Peringatan kalau ada yang gatai tangan petik buah dan makan tanpa kebenaran pihak pengurusan .


Semalam aku dengan keluarga ke ladang anggur yang terletak di daerah Sik , Kedah Darul Aman.

Kawasan dah dibuka dua tahun lepas dan menjadi popular semenjak kehadiran Menteri Besar Kedah baru-baru ni.

Di rumah aku ada sepokok pokok anggur yang agak-agak nazak la jugak . Aku ke sana untuk tengok cara penanaman pokok anggur yang betul. Banyak jenis buah anggur yang di tanam di situ. Jenis Black Opal, Black Grape, White Malaga dan Loose Pelite..Ceee macam teree saja.

Ladang ni mempunyai keluasan 34 ekar. Di satu sudut ada jualan anggur, jus, jem dan kordial.

Lorong 1 Bentara, Mawar, Bertam Perdana

Khalid dok tuang sos kat ayam
Pada 17 April 2010 , lorong Bentara 1 Fasa Mawar telah mengadakan satu jamuan dengan tujuan untuk mengeratkan lagi tali siratulrahim dan suai kenal oarang baru di lorong 1. Idea ni dah lama tahun lepas lagi, tapi sebab ada beberapa perkara yang tak dpat dielakkan maka pada malam 17 April tu la berlangsungnya majlis suai kenal .

Majlis ni sederhana sahaja, bak kata tuan pengerusi persatuan penduduk ( En Hisyam ) , majlis ini bertujuan untuk kenal mengenal antara penduduk lorong 1, sebab masing-masing sibuk dengan tugas harian..kadang-kadang jiran sebelah rumah pun tak kenal.
En Ruzlan dan isteri.
Malam itu jugak sapa2 yang sambut birthday, ulangtahun perkhawinan..boleh la potong kek..

En Naseer dan isteri .
Harapan semoga majlis ini dapat dilanjutkan kepada semua penghuni fasa Mawar Bentara. Insyaallah.

Apa dah jadi kepada rakyat Malaysia?


Muka depan Berita Harian hari ni mengenai satu lagi kes buang bayi. Aduihhh... apa dah jadi ..? nyawa bayi macam tak ada harga dah. Sebab itu jika ada kesalahan rogol patut si penjenayah tu dikenakan hukuman mati sebab kemungkinan bayi yang dibuang adalah kerana mangsa rogol tak mahu menanggung malu.
Jika ada pasangan yang berdua-duaan di taman maka patut ditangkap kerana ianya berkemungkinan akan berlakunya zina .



EOCM D Teluk Batik

Baru-baru ni 3 April 2010, Kelab EOCM telah mengadakan satu pertemuan di Teluk Batik anjuran EOCM Perak. Aku terlewat sampai dan tak sempat nak berkonvoi bersama.
Sampai disana anak aku tak tahan daulat nak mandi laut. Aku pun kena jaga yang kecik ( Aliah) sebab dia pun tergagap-gagap lagi nak mandi laut.
Aku pun tak sebab nak kenal-kenal dengan ahli-ahli kelab yang lain..dok sibuk jaga budak-budak ni..

Apa-apa pun tahniah kepada Zam dan geng Perak kerana mengajurkan majlis ini.




The Underwater river at Cenote Angelita.





Jika dilihat dari gambar yang diambil oleh Anatoly Beloshchin di Cenote Angelitta, Mexico, ianya kelihatan seperti satu sungai lengkap dengan pulau-pulau , pokok-pokok yang mati dan daun-daun yang berguguran.

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...