Bapa sembelih anak 3 tahun di Kota Bharu
2010/08/24
KOTA BHARU: Seorang bapa yang dipercayai sakit mental menyembelih anak sendiri berusia tiga tahun sebelum cuba membunuh diri di Kampung Sg Keladi, Kota Bharu.Dalam kejadian 11.50 pagi tadi, Mohd Adam Muzaffar Muhaimi mati di tempat kejadian manakala bapanya cedera di leher dipercayai akibat cuba menyembelih diri sendiri.
Lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai pernah mendapat rawatan mental di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.
Beliau yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di sini dipercayai sudah lama tidak mendapatkan rawatan penyakit mentalnya itu.
***********************************************************************************
Banyak berita mengenai sakit mental hari.
SELAMAT BERPUASA
Pusat Dirasat Al Quran dan Tahfiz
Beberpa minggu lepas aku dengan beberapa kawan ke Batu Kurau untuk melawat ke Pusat Dirasat Al Quran dan Tahfiz. Ianya terletak di Kampung Sempeneh.
Sebut Batu Kurau memang dalam kepala dok ingat durian dan sememangnya banyak durian . Kena pulak waktu kami pergi tu musim baru bermula.
Kami berjumpa dengan En. Mohd Noor bin Haji Musa yang menguruskan Pusat Tahfiz ni. Banyak juagk yang dibualkan dengan kami ..salah satunya dia pun tak setuju dengan "Pusat-Pusat pengajian Tahfiz" yang menggunakan kanak-kanak mengutip derma. Secara tidak langsung akan menjejaskan nama-nama Pusat Tahfiz yang ada. Siap beliau nagitau kalau ada sapa-sapa nampak logo Pusat ini mengutip derma menggunakan kanak-kanak . call dia .
Pengurangan subsidi , peyelarasan harga dan harga baru
Ada kawan perasan yang dalam tajuk akhbar hari ni tak ada satu perkataan pun " NAIK" . Semuanya hanya tertera pengurangan subsidi dan penyelarasan harga.Semua dah tahu bahwa harga bahan api dan gula telah dikurangkan subsidi oleh kerajaan. Gula telah dinaikan sebanyak 25 sen
dan seperti biasa peniaga dan penjual diberi amaran supaya tidak menaikkan harga . Tapi biasalah.. amaran tu amaran juga.. naik pun naik juga...
Lagi satu kenaikan harga gula ni adalah untuk membantu rakyat Malaysia supaya hidup dengan gaya sihat. Punyalah manja rakyat Malaysia sebab untuk gaya sihat pun kerajaan terpaksa menaikkan harga gula .. Kerajaan mahukan rakyatnya sihat .. jadi jangan komplen mengenai harga baru gula ni.
Harga minyak pula .. harga kita masih lagi rendah berbanding dengan harga jiran-jiran kita . Cuma ada kawan tanya ..awat tak banding harga kereta di negara kita jiran kita?.
Lama dah tak post ..
Lama dah aku tak update blog yang hanpir-hampir bersawang ni.. . Masalah ni jugak dihadapi oleh member-member yang lain .. tak update blog ... Satu saja alasan..: TAK DAN ( tak sempat). Masa buat blog dulu alasan ni tak nampak sangat. Orang buat blog ...kita pun buat blog.. orang update blog ... kita ..?????.(kita disini maksudnya aku la).
Piala Dunia atau World Cup dah habis.. hanya tinggal memori daun pisang saja. Memori berjaga malam, berkumpul di kedai mamak, memori kutuk-mengutuk ( secara bergurau) , memori beli jersey, memori dimana muka belakang akhbar menjadi muka hadapan.., dan tidak ketinggalan memori sotong Paul.
Tak lama lagi Ramadhan menjelma, sekali lagi kita digamit memori. Selalunya bermula Ramadhan sehingga Aidil Fitri, kita selalu teringat berpuasa dan berbuka sewaktu budak-budak . Hari raya walaupun ada orang kata hanya untuk kanak-kanak, tetapi bagi perantau ianya memang menyahdukan..
Piala Dunia atau World Cup dah habis.. hanya tinggal memori daun pisang saja. Memori berjaga malam, berkumpul di kedai mamak, memori kutuk-mengutuk ( secara bergurau) , memori beli jersey, memori dimana muka belakang akhbar menjadi muka hadapan.., dan tidak ketinggalan memori sotong Paul.
Tak lama lagi Ramadhan menjelma, sekali lagi kita digamit memori. Selalunya bermula Ramadhan sehingga Aidil Fitri, kita selalu teringat berpuasa dan berbuka sewaktu budak-budak . Hari raya walaupun ada orang kata hanya untuk kanak-kanak, tetapi bagi perantau ianya memang menyahdukan..
Ladang Anggur Tasik Beris ( Beris Lake Vineyard)
Semalam aku dengan keluarga ke ladang anggur yang terletak di daerah Sik , Kedah Darul Aman.
Kawasan dah dibuka dua tahun lepas dan menjadi popular semenjak kehadiran Menteri Besar Kedah baru-baru ni.
Di rumah aku ada sepokok pokok anggur yang agak-agak nazak la jugak . Aku ke sana untuk tengok cara penanaman pokok anggur yang betul. Banyak jenis buah anggur yang di tanam di situ. Jenis Black Opal, Black Grape, White Malaga dan Loose Pelite..Ceee macam teree saja.
Ladang ni mempunyai keluasan 34 ekar. Di satu sudut ada jualan anggur, jus, jem dan kordial.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Berlalulah Ramadhan
Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...
-
Air Terjun Junjung terletak diselatan negeri Kedah. Bersempadan dengan negeri Pulau Pinang. Jika dari Kulim, simpang Jalan Junjung terletak...
-
Hari isnin yang lepas , aku ada tugasan di Ipoh. lepas habis aku singgah sebentar di Kuala Kangsar untuk melihat kilang IMP ni . Sebabnya ...
-
Hari Sabtu tengah hari, pukul 3.00 petang aku dengan keluarga aku ke kedai buku Hassani di Carrefour ( sekarang ni AEON Big, tapi aku lebih ...


