Selamat Menyambut bulan Ramadhan

  
Ramadhan datang lagi. Dengan tiba-tiba sahaja kita menjadi seorang yang kuat makan. Kita boleh tengok di pasar-pasar Ramadhan waktu petang , tangan mempunyai sepuluh jari dan kita gunakan sepuluh jari itu untuk menyangkut beg plastik yang mengandungi, ayan percik, gulai daging batang pisang, kuih, buah tembikai, air tebu, murtabak ( telur telah dibasuh) dan macam-macam lagi.

Tapi bila dah berbuka .. kita makan hanya beberapa jenis saja . yang lain?. Juadah yang lain kita makan selepas solat terawih.

Apa-apa pun bulan puasa ni bulan untuk kita mendidik diri dan peribadi . Dan bulan Ramadhan ni bulan yang cukup sesuai untuk mendidik diri dari berhenti merokok.

Merawat 7 Penyakit Hati

Aku bukan seorang ulat buku. Cuma hari tu aku temankan seorang kawan ke Pesta Buku di Kompleks Dato' Kailan di Kepala Batas. Pusing punya pusing jumpa satu buku bertajuk 'Merawat 7 Penyakit Hati". Selak-selak.. isi buku dia hurai satu persatu penyakit hati ni . 7 Penyakit hati ni ialah :

(1) Membanggakan diri
(2) Terpedaya oleh perasaan sendiri
(3) Sombong atau bongkak
(4) Suka Menunjuk-nunjuk
(5) Buruk sangka
(6) Bakhil
(7) Dendam

 Bila tengok satu -satu penyakit hati ni ..semuanya pernah aku alami. Sekarang ni pun ada lagi beberapa penyakit tu. Adoi hai....

"Ghost City" muncul di Sungai Xin'an , China


Kemunculan 'bandar hantu' di langit itu berlaku selepas hujan lebat dan suasana lembap berlaku di sepanjang Sungai Xin'an di bandar ini.

Imej pelbagai bentuk bangunan dan pokok itu menyebabkan beberapa pakar kebingungan kerana imej bandar yang diperlihatkan itu bukan refleksi imej yang terdapat di bandar ini.
Adalah dipercayai bahawa imej itu mungkin satu ilusi penglihatan yang berlaku akibat cuaca lembap. - Agensi
 
***********************************************************************************
Lebih kurang macam fartamogana. Ada yang namakan ilusi maya atau "mirage". Kalau kaki DVD mesti kata vortex ..maknanya itu adalah gambaran satu "bandar disebelah sana". Jika ianya pantulan dari sebuah bandar dibumi...bandar mana ya?

Balik kampung

 Anak saudara aku , Shafiq tengah melayan perasaan.
 Aku ronda-ronda dengan moto

Tak tau nak buat apa ..gambaq depan rumah


Kat tepi bendang. Dulu kawasan ni hutan.

Anak saudara aku , Safuan.
Saja upload gambaq yang ada dalam PC.

Tragedi durian di Lahar Kepar, Kepala Batas

Sewaktu balik dari kayuhan dari Pantai Merdeka, kami terserempak dengan satu kejadian dimana sebuah kereta Myvi mengelongor masuk ke dalam parit?, sungai?,longkang? di Lahar Kepar. Kejadian ni memang berlaku betul-betul dihadapan kami sebab waktu kejadian ini berlaku kami berada dalam 50m dari kereta tu parking.

 Asalnya kereta tu parking di sebelah tebing longkang tu. Tiba-tiba saja dengan perlahan kereta tu mengelongor ke dalam longkang. Ada seorang budak dalam kereta tu . Mengikut kata ibunya Puan Janet Khoo ( bukan nama sebenar). Anaknya Andy Lau ( bukan nama sebenar) sedang tidur.
 Agaknya budak ni mengigau perkara yang menyeramkan kot terus terjaga terus tertolak gear. Puan Janet Khoo memang mengatakan gear sudah diangkat. Puan Janet meninggalkan anakkan dalam kereta untuk memberi durian yang dijual tak jauh dari situ.



Cuma yang pasti Puan Janet selepas ni kena menjawap soalan suaminya . " Mana durian yang aku suruh beli tadi?"

Lepak di pelantaq

 Hari Sabtu yang lepas aku ronda-ronda di pelantaq tempat bot nelayan-nelayan. Kalau nak ikan murah-murah kat sini lah tempatnya. Memang direct dengan nelayan.
 Masa aku pi ,ada yang dah balik dari laut dan ada yang baru balik . Masa tu lebih kurang pukul 10.30 pagi.

Marka dengan anak aku pun nak ikut aku mai sini .

Gunung Reng , Kelantan

Dalam perjalanan balik dari Kelantan  aku singgah sekejap di Gunung Reng,Jeli. Gunung ini terletak di Jeli . Aku singgah di sini sebab tertarik dengan cerita  sejarah mengenai Gunung Reng ni.


Tapak Gunung Reng ini asalnya sebuah Kampung bernama Kampung Tala yang dibuka oleh Tok Tadoh keturunan Pulang Hari dari Jawa kira-kira 1,400 tahun dahulu. Kononnya, Ketua Kampung Tala telah mengadakan kenduri besar-besaran tujuh hari tujuh malam, cukup dengan berbagai jenis permainan.

Setelah sampai hari ketujuh semua jenis permainan telah dilangsungkan. Untuk upacara penutup, mereka telah bermesyuarat dan bersetuju untuk menyediakan pertandingan memperlaga anjing dan kucing di atas bumbung rumah.

Pada waktu Zohor kedua-dua binatang ini dilagakan di atas bumbung rumah, semasa binatang itu sedang berlaga, berlaku ribut dan taufan berserta hujan yang sangat lebat. Dalam keadaan ribut taufan, seorang perempuan tua bersama dengan seorang cucunya berlari ke kampung yang berhampiran bernama Kampung Gantung untuk mengangkut padi yang dijemur. Setelah selesai memunggah padi yang dijemur, ribut taufan berserta hujan pun berhenti.






Perempuan tua tersebut pergi semula ke Kampung Tala, alangkah terperanjatnya apabila perempuan itu melihat Kampung tala telah ditutup oleh sebuah gunung yang besar dengan melenyapkan Kampung Tala sama sekali.


Gunung yang menutupi Kampung Tala itu dikatakan asalnya terletak di hulu Sungai Reng, kira-kira tiga hari dua malam perjalanan iaitu di sempadan Kelantan/Perak.

Tempat asal gunung ini telah menjadi kolam. Daripada nama sungai ini maka gunung ini dinamakan Gunung Reng. Gunung Reng mempunyai gua-gua yang bercorak bilik-bilik seperti Gua Bedak, Gua Payong, Gua Kaca, Gua Rimau dan Gua Batak. Melalui pintu besar Gunung Reng ini ialah Gua Payong, boleh masuk melalui lorong dalam gua ke bilik-bilik serta ke anjung sehingga ke puncak Gunung Reng.

 Muka gua

 Kawasan dalam gua
Sungai di sebelah Gunung Reng..

Aku masuk jugak ke dalam Gunung Reng ni. Agak mengerunkan la jugak. Burung walit banyak bertebangan dalam gua tu. Dengan bau yang agak kurang menyenangkan, mungkin bau najis burung. Masa dok dalam gua tu , aku bayangkan la jugak cerita-cerita mengenai gunung ni yang menghempas satu kampung. Apa-apa pun cerita tu ada pengajarannya tentang balasan Allah terhadap manusia yang leka dan lalai.
 

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...