Utamakan pasangan yang tidak merokok


Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.


Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.
Ini atas beberapa alasan;


(1) Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.

(2) Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.

(3) Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.

(4)Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.

(5)Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.

(6)Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.


Kaki lima zon baru larangan merokok

LIOW menunjukkan contoh kotak rokok yang bakal diguna pakai oleh semua syarikat rokok mulai Januari tahun depan pada sidang media di Putrajaya, semalam.


Peraturan di pusat beli-belah, restoran kuat kuasa serta-merta

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa semalam, semua kaki lima kompleks beli-belah termasuk restoran dan kafe terbuka di luar premis berkenaan diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok. Mereka yang didapati merokok di kawasan berkenaan boleh dikompaun maksimum RM5,000 atau denda RM10,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, ketika mengumumkannya berkata, peraturan baru itu adalah antara peruntukan dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2008 yang diwartakan pada 15 September lalu bagi melindungi rakyat daripada bahaya rokok. "Kawasan larangan merokok di kompleks membeli-belah sudah ditakrif semula dengan merangkumi kawasan premis berkenaan termasuk kaki lima di sekeliling bangunan," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini. Ketika ini, banyak restoran dan kafe termasuk daripada franchise terkemuka, beroperasi di hampir semua kaki lima kompleks membeli-belah seluruh negara dan menjadi tarikan pelanggan yang merokok.

Liow berkata, papan tanda amaran larangan merokok akan dipasang di kawasan berkenaan bagi mengingatkan orang ramai mengenai peraturan baru itu. Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2008 itu juga memperuntukkan seluruh kawasan berpagar Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai kawasan larangan merokok. Semua yang didapati bersalah sama ada pelatih, kakitangan dan pelawat, boleh dikenakan hukuman sama, berkuat kuasa semalam. Beliau berkata, peraturan melarang pengeluar rokok menggunakan istilah atau deskriptif mengelirukan pada kotak rokok atau memperdayakan perokok seperti 'low tar', 'light', 'ultra-light' atau 'mild', turut berkuat kuasa pada tarikh yang sama. Peraturan mewajibkan pengeluar mencetak amaran kesihatan bergambar, maklumat kesihatan mengenai bahaya kandungan rokok dan Penyataan Larangan Jualan kepada individu di bawah usia 18 tahun pula akan berkuat kuasa mulai 1 Januari depan.



Pengilang atau penjual yang melanggar peraturan baru itu boleh dihukum denda RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Liow juga berkata, peraturan harga minimum rokok RM6 bagi kotak 20 batang berdasarkan formula yang mengambil kira cukai semasa, akan dikuat kuasa menjelang akhir tahun ini dan harga minimum rokok itu akan disemak setiap kali berlaku perubahan cukai tembakau.





Beliau berkata, peruncit yang menjual rokok kurang daripada harga minimum itu boleh didenda hingga RM10,000 atau dipenjara hingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. "Sila ambil perhatian bahawa menjual rokok secara sebatang daripada kotak yang dibuka adalah dilarang dan satu kesalahan di bawah Sub-Peraturan 9(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004," katanya. Beliau berkata, Kementerian Kesihatan sedia membantu perokok untuk menghentikan tabiat itu.

Salah guna duit derma

Oleh YUSRI ABDUL MALEK dan NORFAISAL JAHURIam@hmetro.com.my

ALOR GAJAH: Seorang nenek kesal kerana derma yang disalurkan orang ramai melalui tabung khas untuk membawa pulang anak bersama lima cucunya yang kini di Lombok, Indonesia, yang dilancarkan Biro Kebajikan Umno Kuala Linggi dua bulan lalu dan dianggarkan lebih RM1,000, kini hanya berbaki RM450 tanpa diketahui ke mana jumlah lebihan itu dibelanjakan.

Malah, nenek itu yang juga ibu tunggal, Salmah Mahmud, 67, dari Kampung Bukit Darat, Kuala Sungai Baru, dekat sini, tidak pernah menerima sesen pun wang berkenaan walaupun tabung itu ditubuhkan bagi membantu membawa anak keempat dan lima cucunya pulang ke negara ini selepas ada di Lombok kerana mengikut menantunya enam tahun lalu.Salmah pernah bertanya mengenai jumlah duit dalam tabung itu, tetapi jawapan diberi sungguh mengecewakan dan kini dia tidak lagi mahu mengharapkan bantuan biro berkenaan.“Biar saya cari wang sendiri. Saya tidak harapkan wang dari biro itu lagi. Cukuplah apa yang berlaku,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, Salmah masih mengharapkan ada pihak sudi membantunya membawa pulang anaknya, Sanisah Abu Bakar, 33, dan lima cucunya yang mengikut suaminya pulang ke Lombok pada 2002 dan tidak pulang hingga kini.

Sebagai ibu tunggal yang tidak bekerja, tidak banyak yang dapat saya lakukan untuk membawa pulang anak dan cucu saya. Anak saya sering menangis minta dibawa pulang ke sini selepas tidak tahan menanggung derita akibat kemiskinan di negara orang,” katanya.Salmah berkata, anaknya tidak putus-putus menghubungi dan merintih supaya beliau berikhtiar mencari bantuan daripada mana-mana pihak yang sudi menolong.“Saya sudah kering air mata mendengar rintihan Sanisah yang merayu mencari wang untuk membawa dia pulang,” katanya.

Menurut Salmah, dia terharu pada mulanya apabila ada pihak sanggup membantu menubuhkan tabung khas untuk membantunya sejak dua bulan lalu.“Namun setakat ini jumlah sumbangan orang ramai hanya RM1,000, sedangkan jumlah diperlukan adalah RM10,000.“Saya harap impian bertemu Sanisah akan menjadi kenyataan. Hampir enam tahun kami tidak bertemu, makcik sangat merindui mereka. Makcik harap ada orang bersimpati dengan nasib saya,” katanya.Salmah berkata, Sanisah berkahwin dengan warga Indonesia, Widodo Cinasin, 35, yang berasal dari Lombok.Selepas beberapa tahun berkahwin atas restu keluarga dan dikurniakan anak, Salmah meminta izin mengikut suaminya pulang ke kampung halamannya di Lombok bagi bertemu mentuanya.

“Pada mulanya Salmah dan suaminya hanya merancang bercuti selama sebulan selepas keluarga mentuanya teringin mahu menemuinya, tetapi tidak pulang sehingga kini,” katanya.Sesiapa yang mahu menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya ke akaun Bank EONCAP di akaun 6089000578.Sementara itu, Ahli Dewan Undangan negerin (Adun) Kuala Linggi, Ismail Othman, gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan.

Proton MPV



Ramai yang tertunggu-tunggu MPV proton yang pertama. Banyak email gambar-gambar MPV ini yang tersebar .






Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal

Dr Fatimah meneliti kertas bacaan ujian yang keluar dari alat analisis penyepadanan bio
Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan. “Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur. “Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya. Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang. Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak. Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah. “Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir. Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik. Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian. “Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. “Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya. Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah. Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat. Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot. Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan. “Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang.

Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya. Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus. “Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring. “Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring.

Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya. Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Sumber : Berita Harian


Kisah Nurliyana

DI sebalik gelak tawa dan senyuman manja itu, tersimpan satu penderitaan yang begitu sukar untuk digambarkan bagi seorang kanak-kanak seusia dengannya.

Siti Nurliyana Arsila Abdul Raob, 4, pada zahirnya menampakkan ciri-ciri seorang kanak-kanak yang manja dan periang. Malah riak wajahnya tidak langsung menampakkan yang dia sedang menderita mengalami sejenis penyakit yang dikenali sebagai Acute Exacerbation of Bronchial Asthma atau lebih dikenali dengan panggilan asma.

Anak kelima daripada enam orang adik-beradik ini telah mengalami penyakit itu sejak dari umurnya dua tahun. Bayangkan ketika kanak-kanak lain sibuk berpusu-pusu di padang permainan, dia pula sedang menunggu giliran untuk dipanggil namanya oleh doktor untuk mendapatkan oksigen.

Menurut ibunya, Rosmafatimawaty Othman, 38, oleh kerana terlalu kerap ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mengambil oksigen, dia sudah dikenali oleh doktor di situ dan kadangkala Siti Nurliyana tidak perlu lagi untuk menunggu giliran namanya.

“Doktor menyarankan supaya kami membeli peralatan mesin oksigen tersebut. Oleh kerana terlalu mahal dan mencecah harga sehingga seribu ringgit, maka terpaksalah kami melupakan hasrat tersebut,” ujar Rosmafatimawaty dalam nada hampa.

Ekoran ayahnya, Abdul Raob Jantan, 42, hanya seorang pekerja kilang yang berpendapatan bersih RM630 sebulan, maka terpaksalah mereka melupakan hasrat untuk memiliki mesin tersebut walaupun keinginan dalam hati meluap-luap untuk melihat anak mereka mendapatkan oksigen tanpa perlu berulang-alik ke PPUM.

Tambahan pula, hanya bapanya seorang yang bekerja dalam keluarga tersebut sedangkan pelbagai bayaran dan komitmen harus diambil kira setiap bulan.

Menurut bapanya, kos untuk mengambil oksigen di klinik swasta adalah sebanyak RM20 hingga RM30. Siti Nurliyana perlu mengambilnya sekurang-kurangnya tiga hari sekali bergantung pada keadaan cuaca. Jika terlalu sejuk, maka akan lebih kerap mereka ke PPUM.

Setiap malam, Rosmafatimaty tabah melihat anaknya itu menarik nafas dengan begitu terseksa. Menurutnya, Siti Nurliyana terpaksa menggunakan tiga biji bantal untuk tidur dan setiap kali hendak tidur, ibunya akan mengurut dadanya dengan minyak angin sehinggalah dia tertidur.Apakan daya, itu sahaja yang termampu dibuat oleh si ibu untuk melihat anaknya lena tidur.Walaupun berat untuk bapa membuka mulut meminta bantuan, tetapi akibat desakan hidup dan keperluan anak kesayangannya itu, Abdul Raob terpaksa jua meluahkan segala yang terpendam.

“Jika ada sesiapa yang sudi untuk menghulurkan bantuan kepada kami, ia amatlah kami alu-alukan. Kami tidak minta banyak, cukuplah sekadar mesin oksigen itu buat penyambung nyawa anak kesayangan kami ini,” ujar Abdul Raob dalam nada sebak.

Mungkin bantuan yang dihulurkan sedikit, tetapi jika dikumpul ia dapat meringankan lagi beban yang selama ini hanya ditanggung oleh mereka sekeluarga.

Bagi pembaca yang ingin meringankan beban Abdul Raob, anda boleh menghubungi isteri beliau di talian 0183987060. Buat masa sekarang HP rosak .Anda boleh SMS kepadanya .

Kisah Nurliyana pernah disiarkan dalam Utusan Malaaysia pada tahun 2006.

Asal usul nama tempat

Tiga Ringgit saja permatang ni..
Apa peristiwa disebalik nama tempat ni?
Tak tau lak aku ada tempat nama Mangkuk.

Jika kita tengok di sekeliling kita, terdapat banyak nama-nama tempat yang menarik. Kadang-kadang terfikir jugak , dari mana asal usul nama tersebut?

Sejarah itu amat penting. Jika kita boleh ingat 911 yang di promosi hebat oleh US, bagaimana pula dengan sejarah tempat kita ( kampung kita , pekan kita).
Antara nama-nama menarik yang saya dapat :
Kampung Kelaka, Kampung Tapak Sekolah, Kampung Jambu Lapan, Kampung Dada Kering, Felda Chemomoi ,Permatang Tiga Ringgit, Pasir Gebu , Tikam Batu, Mangkuk . bnayka lagi lah
Rasanya kena ada satu tempat di setiap kampung yang menyimpan bahan -bahan sejarah setempat untuk rujukan generasi baru

















Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...