Kemalangan di jambatan Pulau Pinang- penumpang tercampak


Sepasang suami isteri muda maut selepas kenderaan MPV yang dinaiki mereka merempuh besi selusur Jambatan Pulau Pinang dalam satu kemalangan di Georgetown malam tadi, manakala seorang daripada tiga penumpang MPV itu tercampak keluar daripada kenderaan tersebut dan jatuh ke dalam laut.

Ketua Trafik Pulau Pinang DSP Abdul Rahim Md Din berkata remaja berumur 17 tahun yang tercampak ke dalam laut itu kemudiannya berenang ke salah satu tiang jambatan sebelum diselamatkan oleh polis marin kira-kira pukul 1.30 pagi.Beliau berkata pemandu MPV itu Teh Boh Yi, 17, dari Sungai Rambai Bukit Mertajam dan isterinya Khor Lee Mui, 17, dari Mukim 8 Tanah Liat Bukit Mertajam, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada kira-kira pukul 1 pagi akibat kemalangan pada kira-kira pukul 11 malam itu.

Bercakap kepada Bernama ketika dihubungi di Georgetown beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku semasa kenderaan yang dipandu Teh dalam perjalanan menghala Pulau Pinang itu hilang kawalan semasa ia cuba memotong sebuah kenderaan.Katanya MPV itu kemudiannya terbabas ke pembahagi jalan sebelum dilanggar pula oleh sebuah lori membawa sayur, mengakibatkan ia merempuh besi selusur jambatan.Abdul Rahim berkata rempuhan itu mengakibatkan remaja berkenaan tercampak keluar dari kereta, dan terjatuh ke dalam laut.

Katanya ketiga-tiga penumpang MPV yang terselamat dalam kejadian itu kini menerima rawatan itu Hospital Pulau Pinang, dan salah seorang daripadanya sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)."Keadaan mereka baik, namun ketiga-tiganya masih dalam keadaan trauma akibat kejadian itu," katanya.Adul Rahim berkata polis sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan 1987.--Bernama

Macam-macam berita

Dah lama aku tak mengupdate blog ni..dulu orang buat blog ..aku pun buat blog jugak..last-last tak update.

Semenjak dua ni bermula dari bulan puasa ..kita di sajikan dengan berita mengenai jutawan kosmetik. Dato Sosilawati. Berita mengenai kejadian pembunuhan kejam beliau dengan tiga yang lain memang mengejutkan.

Padahal kita hari -hari terkejut dengan berita mengenai buang bayi.

Tabikkepada polis sebab cepat selesaikan kes ini dengan cepat . Aku harap kes Nurin pun boleh selesai dengan cepat.

Lagi berita ..yang mengejutkan

Bapa sembelih anak 3 tahun di Kota Bharu

2010/08/24

KOTA BHARU: Seorang bapa yang dipercayai sakit mental menyembelih anak sendiri berusia tiga tahun sebelum cuba membunuh diri di Kampung Sg Keladi, Kota Bharu.Dalam kejadian 11.50 pagi tadi, Mohd Adam Muzaffar Muhaimi mati di tempat kejadian manakala bapanya cedera di leher dipercayai akibat cuba menyembelih diri sendiri.

Lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai pernah mendapat rawatan mental di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Beliau yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di sini dipercayai sudah lama tidak mendapatkan rawatan penyakit mentalnya itu.

***********************************************************************************
Banyak berita mengenai sakit mental hari.

Pasar Ramadhan di Sungai Acheh

Jalan-jalan cari mercun



Aku berada di kampung aku hari ni. . .
Petang tadi aku ke pasar Ramadhan Sungai Acheh. Tak banyak beza dari tahun-tahun yang lepas. Jumpa jugak member-member lama yang balik kampung untuk berbuka dengan keluarga.
Mercun tak dak pulak ..

SELAMAT BERPUASA


Berpuasa lah kita . Dan seperti biasa banyak gerai-gerai didirikan. Masa inilah terasa semua makanan sedap. Nak diborong semua makanan yang dijual. Bila berbuka hanya makan beberapa sahaja yang lain dibuang.


Pusat Dirasat Al Quran dan Tahfiz

Beberpa minggu lepas aku dengan beberapa kawan ke Batu Kurau untuk melawat ke Pusat Dirasat Al Quran dan Tahfiz. Ianya terletak di Kampung Sempeneh.
Sebut Batu Kurau memang dalam kepala dok ingat durian dan sememangnya banyak durian . Kena pulak waktu kami pergi tu musim baru bermula.
Kami berjumpa dengan En. Mohd Noor bin Haji Musa yang menguruskan Pusat Tahfiz ni. Banyak juagk yang dibualkan dengan kami ..salah satunya dia pun tak setuju dengan "Pusat-Pusat pengajian Tahfiz" yang menggunakan kanak-kanak mengutip derma. Secara tidak langsung akan menjejaskan nama-nama Pusat Tahfiz yang ada.
Siap beliau nagitau kalau ada sapa-sapa nampak logo Pusat ini mengutip derma menggunakan kanak-kanak . call dia .


Terdpat sebuah surau yang dalam pembinaan sesiapa yang nak menderma boleh lah menghubungi En. Mohd Noor.


En Mohd Noor bin Haji Musa.(019-4616355)
Akaun Bank Islam - 08-040--01002709-4 atas nama Pusat Dirasat Al Quran dan Tahfiz.




Pengurangan subsidi , peyelarasan harga dan harga baru

Ada kawan perasan yang dalam tajuk akhbar hari ni tak ada satu perkataan pun " NAIK" . Semuanya hanya tertera pengurangan subsidi dan penyelarasan harga.

Semua dah tahu bahwa harga bahan api dan gula telah dikurangkan subsidi oleh kerajaan. Gula telah dinaikan sebanyak 25 sen
dan seperti biasa peniaga dan penjual diberi amaran supaya tidak menaikkan harga . Tapi biasalah.. amaran tu amaran juga.. naik pun naik juga...
Lagi satu kenaikan harga gula ni adalah untuk membantu rakyat Malaysia supaya hidup dengan gaya sihat. Punyalah manja rakyat Malaysia sebab untuk gaya sihat pun kerajaan terpaksa menaikkan harga gula .. Kerajaan mahukan rakyatnya sihat .. jadi jangan komplen mengenai harga baru gula ni.
Harga minyak pula .. harga kita masih lagi rendah berbanding dengan harga jiran-jiran kita . Cuma ada kawan tanya ..awat tak banding harga kereta di negara kita jiran kita?.

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...