Kisah seorang lelaki di kampung aku.

Minggu lepas balik kampung. Mak buat sedikit kenduri doa selamat untuk berangkat ke Mekah. Salah seorang tetamunya adalah seorang lelaki berumur 50an yang tinggal dekat dengan rumah aku.

Sekitar tahun 80an sewaktu aku masih lagi bersekolah dan waktu zaman Search, Battle Of The Band dulu, lelaki ni kerap masuk keluar penjara kerana menghisap dadah. Aku masih ingat lagi waktu kenduri si sebuah rumah, waktu kami nak makan nasi di celah-celah pokok pisang dalam belukar, terserempak dengan lelaki ni dengan rakan-rakan "seperjuangan" berkumpul ramai -ramai sambil bertingung. Di halaunya kami ,apa lagi bertaburan lah lari. banyak kisah dia keluar masuk penjara yang aku dengar.

Sekarang ni, lelaki ni masih lagi belum berkawin. Tinggal dengan mak nya yang sakit, dialah yang memasak, membasuh baju, mengemas rumah. kerjanya pergi ke laut dan mengambil upah memandu lori. Itu pun jika mak dia kelihatan sihat jika tak memang dia tak kerja. nasib baik adik beradik yang ada jauh membantu dari segi kewangan dan barangan keperluan.

" Sapa nak jaga mak kalau saya kawin " Jawap lelaki ni kalau orang tanya kenapa dia tak berkawin. Memang bertukar terus dari kisah lama dia.

Kisah lelaki ni adalah sedikit kisah masyarakat yang boleh kita ambil iktibar. Selalunya kita menjadi "hakim" dalam menentukan masa depan seseorang. Bila tengok kanak-kanak yang terlalu nakal, terus kita "jatuh" hukum budak ni tak ada masa depan yang cerah.


Kejayaan dari segi akedemik sering di raikan ,tapi kejayaan dari segi akedemik jarang di beri iktirafan dan mungkin orang yang berjaya dari segi akhlak sememangnya tidak mahu menonjolkan diri .



Kisah di kedai buku.

Hari Sabtu tengah hari, pukul 3.00 petang aku dengan keluarga aku ke kedai buku Hassani di Carrefour ( sekarang ni AEON Big, tapi aku lebih suka sebut Carrefour). Anak aku nak cari novel, sebab dah lama tak beli novel. Novel untuk kanak-kanak .

Sampai kat sana aku dok belek-belek buku-buku novel Islam, kisah-kisah motivasi ,saja baca dua tiga baris,letak balik. Tengah dok belek-belek buku,

" Laaa, tak pakai tudung pun cari buku Islam" aku toleh tengok ,ada dua remaja lelaki tengah pandang seorang perempuan ( dalam 30an) bersama anak kecilnya .
Aku pandang arah perempuan tu, dia tengah leka belek buku bercirikan Islam. Di tangan dah ada beberapa buah buku. Salah satunya adalah "Amalan harian Sepanjang Zaman" .Dato Ismail Kamus.

Sebelum apa-apa timbul dalam hati aku, aku pangkah awal-awal " Hidayah adalah kuasa Allah, ".

Kita selalu rasa kita lebih dari orang lain terutama dalam hal-hal ibadat. tambahan pula kita cukup solat 5 waktu, ditambah pula dengan solat sunat. kerap solat berjemaah. kadang -kala timbul riak dan pandang orang lain jahil. Kita ketawakan orang lain bila membeli buku-buku asas-asas dalam ibadah .Bila nampak seseorang ( tambahan orang itu dah berumur) beli buku "Cara-Cara solat" , terus kita buat tanggapan

" Ehhh dah tua tak tau solat lagi??" terus dalam hati kita kata " aku lagi alim walaupun aku muda lagi". takut juga bila terlintas rasa riak, bangga dengan amalan kita yang tak seberapa. Teringat aku masa satu kuliah seorang ustaz kata
" kita sangkakan kita dah kaya di akhirat tapi rupanya kita miskin". Maksudnya kita rasakan amalan yang kita buat dah cukup sebab solat cukup berjemaah lagi, kerap baca Al Quran, sedekah., tapi bila ditimbang rupanya ringan sebab amalan yang kit abuat disertai dengan Riak dan rasa bangga .
Ya Allah jauhkan lah kami dari rasa riak dalam menunaikan tanggungjawap kami sebagai hamba Mu"



Lagi kes kanak-kanak kena rogol dan bunuh

2 suspek ditahan

Oleh Hadzlan Hassan, Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Norul Awatif Romli

Klang: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan yang mati disyaki dirogol dalam kejadian di Jalan Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, di sini, semalam.
Kedua-dua suspek berusia 19 dan 24 tahun itu ditahan di tempat kejadian selepas dilihat cuba melarikan diri dari lokasi kejadian pada waktu mayat mangsa ditemui.


Mangsa Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, 11 dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar bermain kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerahj Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof berkata mayat mangsa ditemui kira-kira jam 10.30 malam dalam keadaan menyayat hati di kawasan tanah lapang berdekatan kawasan tempat meletak kenderaan.

Setakat ini, polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian

*******************************************************************************
 Menyirap darah aku kalau ada kes-kes macam ni. Masih lada lagi species yang *^^%$#^()((&^. ( tak boleh digambarkan dengan kata-kata).

"Promosi" tentang hukuman bila melakukan kesalahan merogol masih lagi gagal di pasaran. Tiada syarikat gergasi yang mahu menaja atau membuat iklan mengenai hukuman ini. Jika masih ada yang melakukannya maknanya hukuman sekarang masih "lembut"?.
Promosi tentang hukuman kesalahan rogol ni patut di buat billboard besar-besar, ditanyang di pawagam , dan disiarkan di TV masa iklan.
Jika boleh habiskan duit untuk bendera parti, billboard calon, rasanya tak jadi masalah kalau nak buat iklan mengenai hukuman kesalahan kes rogol.

Pilihanraya yang kita idamkan

Dah lama aku tak update ni. Penyakit kemalasan untuk menulis melanda. Padahal banyak cerita yang boleh dikongsi tapi ..alasan yang biasa diberi ialah SIBUK.

Sebenarnya banyak perkara yang terjadi di sepanjang bulan Januai hingga April. Terutama berita mengenai pilihanraya.Sejak tahun lepas lagi parti-parti politik telahpun berkempen. Masing-masing bertungkus-lumus untuk mendekatkan  dan "menjauhkan"dari masyarakat Malaysia.

Amat kurang kita dengar kempen-kempen dari parti politik ini yang menengahkan perancangan -perancangan mereka bila berjaya membentuk sebuah kerajaan. Yang selalu didengar ialah parti-parti politik ini menyerang peribadi pihak lawan.

"Saya akan buat yang terbaik buat saudara-saudara semua. Terpulang pada saudara untuk memilih saya atau pun tidak. Samaada saya atau atau pun calon pihak sebelah sana yang dipilih, apa yang penting ialah kebajikan pihak saudara semua dijaga"

 Jarang sekali aku dengar kempen macam ni. Tidak mengata orang atau pun pihak lawan.

Kalau di pandang dari pandangan lain. Calon-calon pilihanraya ni masing-masing tak sabar untuk menjadi  kuli kepada rakyat. Ini pandangan yang lurus bendullah. Kalau pandangan yang bengkang bengkok...masing-masing tak sabar untuk ...........................................................(isi tempat kosong).

Penyokong pulak, masing-masing bekerja keras supaya orang ramai membenci parti politik yang disokongnya .Hairankan?. Mana taknya sikap penyokong parti-parti politik ini kadang-kadang melampaui batas. Macamana pengundi atas pagar nak pilih sesuatu parti jika penyokong parti berkenaan tidak berkenan di hati .

Amalkanlah sikap berhemah . 

" Kita jangan gantung semua bendera kat kawasan ni. Bagi kat depa sama . Depa pun ada tinggal ruang kat kita untuk gantung bendera kat kawasan kampung sana."

Kalau ada macam ni kiranya penyokong parti memang dalam keadaan yang amat matang dan moden. malah berfikiran futuristik.

Tapi yang ada sekarang..

" Depa gantung bendera kat sini aku takek 18 kerat. Ni kawasan kita depa berani depa gantung . Hangpa jangan bagi ruang kat depa "

Baguih punya dok ada. Tu belum lagi yang dok salah guna jentera dan media lagi.

Apa-apa pun pilihanraya idaman belum lagi ada. Cuma sedikit catatan .. aku tulis ni pun dah lebih 10min.

Ada yang lebih susah dari kita...(Little brother needs to sleep)



rdn_4ea22d88b3b75 


rdn_4ea22d89e2174
rdn_4ea22d8845dbc

Kisah ini berlaku di Shanjiang, China. Kanak- kanak perempuan ni bawa adik lelaki dia yang menginap penyakit "malnutrition" yang menyebabkan kepalanya membesar dari keadaan normal.
Ibu -bapa mereka bekerja di bandar yang terletak jauh dan mereka tinggal dengan datuk dan nenek. Datuk dan nenek pulak sibuk kerja kat ladang.

Ini adalah salah satu kisah masyarakat dunia. Di sini pun ada kisah yang macam ni. Pelajar terpaksa ponteng sekolah bila menolong ibu bapa bekerja. Memotong getah, jaga adik di rumah, kerja di kedai makan. 
Dengan perbelanjaan harian ,bulanan yang bertambah memang memeritkan untuk menguruskan hal kewangan. Cuma pertambahan perbelanjaan itu adakah keperluan ataupun kehendak (nafsu ) kita?.
 

*********************************************************************************


2013

Hari ni permulaan tahun baru 2013. Seperti tahun-tahun yang lepas, sambutan tahun baru mesti ada bunga api, menyanyi dan tarian seperti beberapa tahun kurun yang lepas.Tak ada perubahan. Masih di takat.
 Cuma sejak dua menjak ni sambutan tahun baru dibuat dengan cara moden. Banyak masjid-masjid dan surau mengadakan ceramah, forum yang boleh memantapkan lagi iman kita.

Kalau baca akhbar di tahun baru , selalunya ada berita mengenai pasangan yang belum berkahwin di tangkap di hotel murah. Alasan yang diberi ialah ketinggalan bas atau keretapi. Memang sedih bila masih ada berita sebegini. Adakah penyampaian mengenai dosa zina tidak sampai atau keadaan sekeliling yang mendorong pasangan muda untuk berzina.?

Kanak-kanak masih lagi menjadi mangsa orang dewasa. Didera, dirogol dan  dibunuh.Tak tahulah apa  jenis specis yang sanggup buat begitu pada kanak-kanak.

Semoga kedatangan 2013 ni dapat membawa perubahan yang baik kepada kita semua .Amin

Kuala Gandah : National Elephant Conservation Centre

 Punyalah lama baru dah post.
Bulan November yang lepas sewaktu operasi JJPT ( Jalan-jalan Pantai Timur) , kami ke Kuala Gandah; Pusat Kebangsaan Konservasi Gajah (PKKG). Aku dok fikir jugak nama yang sesuai untuk tempat ni. Konservasi ni macam titu Conservation saja. Rasanya nama yang sesuai adalah PUSAT PENJAGAAN GAJAH KEBANGSAAN. (PPGK) .
Mungkin ada sebab perkataan Konservasi tu digunakan . Mungkin ada kena mengena dengan sejarah.

Nak ke situ melalui Lebuhraya Pantai Timur. Keluar ke persimpangan Lancang. Kemudian ikut papan tanda ke PKKG. Jalan ke situ memang nampak hutan.
 Masuk ke situ percuma sahaja. Pertunjukan pada pukul 2.00 petang sahaja. Kalau sampai awal , kena daftar dahulu sebab hanya terhad kepada 100 orang sahaja. Mungkin tak nak bagi gajah terkejut kot dengan orang ramai.Mula-mula acara mandi sungai , dulu ada mandi bersama gajah. tapi sebab-sebab tertentu, program tu dibatalkan.
 Lepas mandi, gajah pun dalam keadaan okey sikit, ada sedikit pertunjukkan .Gajah ni masing-masing ada nama sendiri.  Kebanyakkannya diselamatkan semasa kecil.
 Lepas tu orang ramai boleh merasa pengalaman memberi gajah makan buah-buahan. Ramai jugak yang berebut-rebut bagi gajah makan.
Disitu juga ada anak-anak gajah . Dah nama pusat penjagaan gajah mestilah banyak gajah.

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...