KUALA LUMPUR: Lagak samseng jalanan yang cuba ditunjukkan lima sekawan ketika jalan sesak akibat satu kemalangan maut di Jalan Loke Yew akhirnya membawa padah apabila mereka dibelasah orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, lima rakan terbabit masing-masing tiga lelaki dan dua wanita yang menaiki Proton Iswara hitam melalui Jalan Loke Yew yang kebetulan ketika itu berlaku satu kemalangan maut hingga menyebabkan kesesakan jalan.Difahamkan, pemandu kereta berkenaan cuba menunjukkan rasa tidak puas hatinya dengan membunyikan hon dan memandu secara bahaya hingga terlanggar sebuah kenderaan di hadapan.Tindakannya itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang kebetulan sedang menyaksikan kemalangan terbabit.
Pemandu kereta yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya bersama empat rakannya itu menjadi mangsa amukan orang ramai apabila kenderaan mereka dikerumuni sebelum cermin belakang kereta itu dipecahkan.
Mereka dapat meloloskan diri apabila kesesakan beransur pulih dan pemandunya terus memecut meninggalkan lokasi terbabit sebelum berpatah balik setengah jam kemudian sambil menunjukkan aksi lebih ganas dengan memecut laju dan melakukan aksi ‘drift’.Akibatnya, pemandu kenderaan itu hilang kawalan apabila keretanya berpusing beberapa kali sebelum bergesel dengan kenderaan yang diletakkan di bahu jalan dan terhenti secara tiba-tiba.
Menurut sumber, ketika itulah orang ramai yang berang dengan kejadian sebelum itu menghampiri kereta terbabit dan cuba mengejar lima sekawan itu dan membelasah mereka hingga cedera.
Sumber: Harian Metro
1 comment:
belajar drift itu penting..
Post a Comment