Surat dari Ummi Taqi dari Gaza
Selasa, 20 Januari 2009
Kepada saudari/saudari, izinkan saya mengambil kesempatan ini utk menyampaikan berita daripada saudara seagama sekelian yang berada di Gaza kini. Tolonglah ketahui dan sebarkan situasi sebenar yang berlaku di sini kepada orang yang anda kenali atau tidak kenali.
Semasa rejim zionis menyerang kami pada 27hb Disember 2008, mereka bukan sahaja menyerang Hamas, atau penduduk Muslim di Gaza, mereka juga menyerang seluruh umat Islam di dunia. Mereka menyerang Islam dengan harapan bahawa mereka akan dapat melemahkan dan membinasakan seluruh umat Nabi Muhammad SAW.
Dan mereka tidak akan berhenti setakat itu sahaja. Mereka ingin menawan Al Aqsa, mereka menginginkan Tebing Barat Gaza, dan percayalah, mereka menginginkan seluruh Timur Tengah jatuh ke tangan mereka.Tetapi Insyaallah, mereka tidak akan berjaya dan mereka tidak akan dapat memadamkan sinar cahaya ALLAH SWT.
Keadaan kami disini memang tersangat daif, tetapi keimanan kami masih kuat. Alhamdulillah, kami masih hidup , walaupun kami tidak mempunyai bekalan air contohnya, kalau ada pun, ianya sudahpun tercemar ataupun berkuman penyakit.Kami tidak mempunyai duit untuk membeli air mineral. Apabila ada yang mempunyai wang untuk membeli air, mereka kata terlalu merbahaya untuk pergi keluar mendapatkan bekalan air. Kami tidak mempunyai gas untuk memasak sejak lebih daripada 4 bulan yang lalu.
Kami hanya memasak sedikit makanan menggunakan bahan api kayu sahaja.Suami kami semuanya telah kehilangan pekerjaan. Suami saya akan menghabiskan masanya keluar sehari suntuk hanya untuk mendapatkan bekalan air. Selalunya dia pulang dengan tangan kosong. Tidak ada sekolah, tidak ada bank untuk kami keluarkan duit. Hanya sedikit sahaja hospital untuk merawat mereka yang tercedera. Kami senantiasa mengetahui tentang bahaya yang menimpa samada kami berada di dalam rumah atau pun keluar rumah.
Mereka mengeluarkan perintah berkurung daripada pukul 1-4pm. Kami boleh keluar dengan selamat untuk mendapatkan bahan bekalan kata mereka, tetapi itu semua hanyalah tipu semata-mata. Mereka menggunakan peluang ini untuk menambahkan lagi ahli shuhadaa ke dalam senarai mereka.Kami hanya makan sekali nasi atau roti selang berganti hari. Daging dan susu hanyalah barang kemewahan.
Mereka menggunakan senjata kimia di kawasan sempadan . Mereka bukan setakat membunuh kami menggunakan peluru, kereta kebal dan B52, tetapi mereka juga membunuh kami perlahan-lahan dengan membuatkan anak=anak kami mati kebuluran, menyebabkan kami mengalami penyakit yang tidak terucap bentuk dan kesengsaraannya akibat senjata kimia. Dan mereka hanya akan ketawa melihat kesan kesangsaraan yang kami hadapi.Kami telah diberitahu bahawa masyarakat dunia telah menganjurkan demonstrasi.
Mashaallah , kami amat menghargai dan merasakan bahawa kami tidak keseorangan dalam perjuangan ini.Akan tetapi dimanakah tentera Islam, Di manakah pemimpin yang betul-betul berjuang untuk menyelamatkan kami dari dibunuh? Dimanakah tentera Salahudeen Ayubi?Jangan diharap kepada UN, mereka mengiktiraf Israel pada 1949 dan meletakkan keadaan kami seperti yang ada sekarang ini.
Jangan diharap kepada Amerika atau Britain, bukankah mereka yang menawan Iraq dan Afghanistan. Panggillah tentera di Mesir Syria, Turki, Saudi Arabia, Pakistan, Bangladesh, di Negara Teluk, di Indonesia dan Libya, di manakah mereka? Adakah mereka berpuas hati dengan hanya menonton kaum wanita menangis semasa mengkebumikan anak-anak mereka ?
Adakah laungan saudara sesesama Islam tidak dipedulikan? Bukankah kami juga berhak untuk makan dan minum dalam keadaan yang selamat? Bukankah kami juga berhak untuk ketawa dan mempunyai harapan untuk hidup?Ya, kami juga sudah penat. Apabila sahaja kami mendengar bunyi roket dan bedilan bom dan kapalterbang yang terbang rendah di atas bumbung rumah kami, saya menjerit ketakutan bersama anak kecil dan suami saya tidak dapat berbuat apa-apa.Kaum lelaki mesti tahu bagaimana perasaan hampa dan tidak berguna apabila tidak dapat menyelamatkan keluarganya dari terus dihimpit kesusahan.
Ianya mematikan sesuatu dalam diri seseorang itu. Kami selalu tertanya-tanya, bilakah kami akan akhirnya menjual tanah kami dengan harga murah. Apakah setelah beribu-ribu kematian? Kami akan menunggu sehingga tiba masanya. Pihak Israel telah pun membina penempatan mereka di Gaza. Dan beginilah nasib yang menimpa kami.Dengan segala kesengsaraan ini harapan kami hanyalah pada ALLAH SWT yang akan menyelamatkan kami.
Janganlah melupai kami, kerana hanya anda sahajalah yang kami ada sekarang. Segala sedekah dan bantuan yang dihantar tidak sampai kepada kami. Apabila mereka membuka pintu sempadan hanya segelintir sahaja yang boleh masuk menggadaikan nyawa hanya untuk mendapatkan bekalan makanan. Mereka akan membunuh sesiapa sahaja walaupun kanak-kanak umur 5 tahun yang membawa makanan untuk keluarganya. Teruskanlah perjuangan untuk ALLAH SWT dan doakanlah agar kemenangan akan datang akhirnya untuk menyelamatkan umat Islam, Insyallah.Semoga Allah SWT senantiasa memperkukuhkan keimanan kami samada di masa susah atau senang.
Ya Allah, berikanlah kami kemenangan yang akan menyinarkan kegemilangan Islam di mana saja kami berada, Ya Allah, hantarkan kami anak Salahudeen, tentera Islam yang akan menyelamatkan umah Nabi Muhammad SAW daripada terus ditindas di bumi kami tinggal. Ya Allah, lindungilah anak-anak kami dan hapuskanlah rejim zionis dari bumi kami. Ya Allah, bersaksikanlah hari ini pemimpin yang ada di kalangan kami sekarang , Kami berdoa agar di kembalikan pemimpin sebenar kami, Ya Khalifah, tidak lama lagi.
Amin.والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saudari anda, ummi Taqi
www.Muslimways.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Berlalulah Ramadhan
Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...
-
Hari Rabu yang lepas , lepas buat kerja di taiping, aku dengan seorang kawan ke rumah Kebajikan Nurkasih di Ulu Sepetang. Masa nak pi aku...
-
Pada 29hb Jun yang lepas ,rasanya semua sekolah mengadakan acara sukan sekolah. Sempat berbual dengan guru besar, memang padat jadual . Sepa...
-
Tragedi pada 7 Jun 1962 lenyapkan satu pertiga daripada pekan Port Royal di Jamaica SEKITAR jam 11.40 pagi pada 7 Jun 1692, bandar pelabuh...
No comments:
Post a Comment