Anak yatim -Padang Serai

Khalid dok mengemas barang-barang
Unser Khalid



Boss Uzai ..yang turut memberi sumbangan

Nur Atikah (darjah 6), Nur Atirah ( darjah 4), Nur Amirah ( 2 tahun),Nur Azian ( 6 tahun), Mohd Syafiq ( Tingkatan 2)


Pada hari Ahad 19 Oktober 2009 ,Khalid , boss Uzai Corporation dan aku ke Padang Serai sekali lagi. Kali ni kami membawa sumbangan barangan keperluan hasil dari sumbangan kawan-kawan. Dulu masa kali pi hanya yang bongsu saja yang ada tapi kali ni semua lima beradik yatim piatu tu ada di rumah mak ngah mereka.

Sebelum datang aku ada contact ayah saudara budak-budak ni ..En Azmi ..tapi hari tu dia tak dak la pulak..

Sapa -sapa yang ada kelapangan ..boleh contact En Azmi 0134886952. Tahun depan budak-budak ni nak sekolah..Ayah saudara budak-budak ni pun ada anak-anak kecik jugak...tanggungan bertambah..



Budak dilarikan penyamun

KHADIJAH Awang memeluk cucunya Wan Zainidah. - Foto Fathil Asri

Oleh Wan Faizal Ismayatimwfaizal@bharian.com.my

KHADIJAH Awang memeluk cucunya Wan Zainidah.
KOTA BHARU: Seorang budak perempuan berusia lima tahun menempuh saat cemas apabila dilarikan dan disamun dua lelaki bermotosikal sebelum ditinggalkan bersendirian di kawasan sunyi, kira-kira lima kilometer dari rumahnya di Kampung Kadok di sini, petang kelmarin.
Kejadian jam 4.15 petang itu berlaku ketika mangsa, Wan Zainidah Wan Badrulsham sedang mewarna buku bersama sepupunya, Alia Maisarah Mohamad Khir, 4, di depan pintu rumahnya, manakala nenek kanak-kanak itu menganyam ketupat di ruang tamu. Bagaimanapun, mangsa ditemui semula di kawasan Chekeli dua jam selepas itu dalam keadaan selamat, tetapi rantai, subang dan gelang emas bernilai lebih RM900 yang dihadiahkan neneknya sebelum Aidilfitri lalu, dilarikan dua lelaki berusia 30-an itu.

Menceritakan kejadian itu, nenek mangsa, Khadijah Awang, 64, berkata lelaki terbabit sebelum itu menemui cucunya dan bertanyakan bapa Wan Zainidah yang ketika itu tiada di rumah. "Tidak lama selepas itu, saya ke dapur dan dalam sekelip saya mendengar jeritan Alia Maisarah memberitahu Wan Zainidah dilarikan. "Seorang jiran pula memberitahu dia nampak dua lelaki menekup mulut cucu saya dan melarikannya dengan sebuah motosikal," katanya.

Khadijah yang cemas dengan kehilangan cucu yang dijaganya sejak lebih tiga tahun lalu selepas ibu bapanya berpisah, kemudian meminta bantuan penduduk kampung dan membuat laporan di Balai Polis Ketereh, kira-kira jam 5.30 petang. Sementara itu, Pengerusi Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kadok yang juga jiran mangsa, Ramli Zakaria, berkata sebaik dimaklumkan mengenai kehilangan kanak-kanak itu, beliau segera menyebarkan berita itu melalui radio SRS.
Beliau berkata, kanak-kanak itu ditemui dua jam selepas itu oleh anggota SRS dari Batu 4, Kota Bharu, Tumpat dan Pasir Mas. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu tetapi enggan mengulas kerana siasatan masih dijalankan.
************************************************************************************
Seeloknya kanak-kanak jangan dipakaikan barangan kemas walaupun yang tiruan..

Pesanan untuk Encik Polis..

Banner ini terdapat di Kampung Paya Keladi ,Kepala Batas. Agaknya penduduk ni dah muak dengan kejadian kecurian motosikal dengan pecah rumah ...maka terhasilnya banner ni..

Patutnya ada saty banner lagi :
"PENCURI !... Kalau tak mau retak tulang muka dengan patah tangan ..jangan mencuri..."

Anak yatim piatu di Padang Serai

Aku dapat gambar dari email..salah seorang anak yatim piatu dari empat orang adik beradik di Padang Serai. Hari Ahad 11/10/2009 , dengan seorang kawan , Khalid .. kami ke Padang Serai untuk menziarah keluarga ini.



En. Azmi , Ayah saudara ( pak menakan kata orang utara) yang saya hubungi telah membawa kami ke sana . Masa kami pergi , 4 dari mereka kesekolah .Hanya yang bongsu saja yang ada. Kami ke rumah Mak Ngah. Menurut En. Azmi Mak Ngah ni membela dan mendidik 2 orang nak yatim piatu ni iaitu yg umur 6 dan 2 tahun:


1. Mohd Shafik (Tingkatan 2)
2. Nur Atikah (Darjah 6)
3. Nur Atirah (Darjah 4)
4. Nor Azian (6 tahun)
5. Nur Amirah (2 tahun)



Semuanya dijaga oleh ayah saudara masing masing. Mula-mula ibu mereka meninggal dunia sewaktu Nur Amirah berumur 12 hari. Lebih kurang setahun kemudian ayah mereka ( pesara tentera) berkahwin dengan seorang perempuan berumur 30an yang mempunyai 3 orang anak.

Sebulan yang lalu ayah mereka pula meninggal dunia dalam ladang kepala sawit akibat sakit jantung.

Sekarang ni mak tiri budak-budak ni dah balik ke kampung asal di Perak. Ayah saudara budak-budak ni ada tanggungan jugak ..anak-anak masih kecil-kecil ...tapi sebab budak-budak ni waris mereka maka tanggungjawap membesarkan budak-budak ni di kongsi bersama.

Ayah saudara budak-budak ni tinggal berdekatan ..jadi bila hari Jumaat cuti sekolah , budak-budak ni berkumpul.



En. Azmi..


Nur Amirah dengan Mak Ngah.
Bila bersembang dengan En Azmi..memang banyak dugaan membela/mendidik anak -anak yatim ni..banyak perasaan kena jaga. Kalau dilebihkan kepada nak yatim yang tinggal serumah , anak sendiri makan hati.. .Perasaan memberontak anak-anak yatim piatu ni mesti ada sedikit sebanyak..nak dimarah..nanti anak yatim ni terasa pulak..Kita yang dengar ni pun simpati kat keluarga yang menjaga anak2 yatim ni.
Sebab tu kadang2 kita terlupa tentang keluarga yang menjag anak2 yatim ni.. Bila bagi bantuan ..kita kerap menyebut.. " Ni untuk anak2 yatim ni"..Macammana dengan anak keluarga yang membela?..Tak kan nak tengok saja..
Sapa -sapa nak bagi bantuan hubungi En. Azmi 013-4886952

Perodua MPV








Dijangka bulan November nanti akan dilancarkan MPV ni. Cuma bahangnya agak kurang berbanding dengan semasa Proton hendak mengeluarkan MPV. Mungkin bentuk MPV keluaran Perodua ni dah dapat dilihat pada model yang lain.


Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...