Budak dilarikan penyamun

KHADIJAH Awang memeluk cucunya Wan Zainidah. - Foto Fathil Asri

Oleh Wan Faizal Ismayatimwfaizal@bharian.com.my

KHADIJAH Awang memeluk cucunya Wan Zainidah.
KOTA BHARU: Seorang budak perempuan berusia lima tahun menempuh saat cemas apabila dilarikan dan disamun dua lelaki bermotosikal sebelum ditinggalkan bersendirian di kawasan sunyi, kira-kira lima kilometer dari rumahnya di Kampung Kadok di sini, petang kelmarin.
Kejadian jam 4.15 petang itu berlaku ketika mangsa, Wan Zainidah Wan Badrulsham sedang mewarna buku bersama sepupunya, Alia Maisarah Mohamad Khir, 4, di depan pintu rumahnya, manakala nenek kanak-kanak itu menganyam ketupat di ruang tamu. Bagaimanapun, mangsa ditemui semula di kawasan Chekeli dua jam selepas itu dalam keadaan selamat, tetapi rantai, subang dan gelang emas bernilai lebih RM900 yang dihadiahkan neneknya sebelum Aidilfitri lalu, dilarikan dua lelaki berusia 30-an itu.

Menceritakan kejadian itu, nenek mangsa, Khadijah Awang, 64, berkata lelaki terbabit sebelum itu menemui cucunya dan bertanyakan bapa Wan Zainidah yang ketika itu tiada di rumah. "Tidak lama selepas itu, saya ke dapur dan dalam sekelip saya mendengar jeritan Alia Maisarah memberitahu Wan Zainidah dilarikan. "Seorang jiran pula memberitahu dia nampak dua lelaki menekup mulut cucu saya dan melarikannya dengan sebuah motosikal," katanya.

Khadijah yang cemas dengan kehilangan cucu yang dijaganya sejak lebih tiga tahun lalu selepas ibu bapanya berpisah, kemudian meminta bantuan penduduk kampung dan membuat laporan di Balai Polis Ketereh, kira-kira jam 5.30 petang. Sementara itu, Pengerusi Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kadok yang juga jiran mangsa, Ramli Zakaria, berkata sebaik dimaklumkan mengenai kehilangan kanak-kanak itu, beliau segera menyebarkan berita itu melalui radio SRS.
Beliau berkata, kanak-kanak itu ditemui dua jam selepas itu oleh anggota SRS dari Batu 4, Kota Bharu, Tumpat dan Pasir Mas. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu tetapi enggan mengulas kerana siasatan masih dijalankan.
************************************************************************************
Seeloknya kanak-kanak jangan dipakaikan barangan kemas walaupun yang tiruan..

No comments:

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...