En. Azmi , Ayah saudara ( pak menakan kata orang utara) yang saya hubungi telah membawa kami ke sana . Masa kami pergi , 4 dari mereka kesekolah .Hanya yang bongsu saja yang ada. Kami ke rumah Mak Ngah. Menurut En. Azmi Mak Ngah ni membela dan mendidik 2 orang nak yatim piatu ni iaitu yg umur 6 dan 2 tahun:
1. Mohd Shafik (Tingkatan 2)
2. Nur Atikah (Darjah 6)
3. Nur Atirah (Darjah 4)
4. Nor Azian (6 tahun)
5. Nur Amirah (2 tahun)
Semuanya dijaga oleh ayah saudara masing masing. Mula-mula ibu mereka meninggal dunia sewaktu Nur Amirah berumur 12 hari. Lebih kurang setahun kemudian ayah mereka ( pesara tentera) berkahwin dengan seorang perempuan berumur 30an yang mempunyai 3 orang anak.
Sebulan yang lalu ayah mereka pula meninggal dunia dalam ladang kepala sawit akibat sakit jantung.
Sekarang ni mak tiri budak-budak ni dah balik ke kampung asal di Perak. Ayah saudara budak-budak ni ada tanggungan jugak ..anak-anak masih kecil-kecil ...tapi sebab budak-budak ni waris mereka maka tanggungjawap membesarkan budak-budak ni di kongsi bersama.
Ayah saudara budak-budak ni tinggal berdekatan ..jadi bila hari Jumaat cuti sekolah , budak-budak ni berkumpul.
Bila bersembang dengan En Azmi..memang banyak dugaan membela/mendidik anak -anak yatim ni..banyak perasaan kena jaga. Kalau dilebihkan kepada nak yatim yang tinggal serumah , anak sendiri makan hati.. .Perasaan memberontak anak-anak yatim piatu ni mesti ada sedikit sebanyak..nak dimarah..nanti anak yatim ni terasa pulak..Kita yang dengar ni pun simpati kat keluarga yang menjaga anak2 yatim ni.
Sebab tu kadang2 kita terlupa tentang keluarga yang menjag anak2 yatim ni.. Bila bagi bantuan ..kita kerap menyebut.. " Ni untuk anak2 yatim ni"..Macammana dengan anak keluarga yang membela?..Tak kan nak tengok saja..
Sapa -sapa nak bagi bantuan hubungi En. Azmi 013-4886952
No comments:
Post a Comment