Mesyuarat Persatuan Bapa, Ibu dan Guru ( PBIG)

Tadi satu mesyuarat PIBG telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bertam Indah. ( baca .Bertam Perdana). Seperti biasa mesyuarat -mesyuarat yang melibatkan ibubapa sambutannya amat..................( isi tempat kosong).

Mesyuarat ini untuk membubarkan ahli penaja yang lama dan melantik ahli jawatan kuasa yang baru. Semapat juga berjumpa dengan guru kelas anak aku ( Ain) .Memang aku dah agak yang cikgu akan bagitau yang Ain ni senyap kat sekolah .Tapi prestasi pembelajaran ok kata cikgu dia.

Mesyuarat berlangsung smapi pukul 12.00 dimana setelah semua jawatan telah diisi. Banyak juga muka2 jawatan AJK yang dilantik yang aku kenal..

Guru besar kata bulan Jun 2010 ,sekolah Bertam Perdana ini akan digunakan TETAPI bergantung kepada keadaan sebab banyak budget kena potong.


Tujuan-tujuan Persatuan ialah:

a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah;

b) untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;

c) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;

d) untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan

e) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran

Fungsi Persatuan

Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti:

a) membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;

b) menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah;

c) meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat;

d) meningkatkan kecerian premis Sekolah supya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.

No comments:

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...